Friday, 16 September 2011

Mansuh ISA,UMNO Dan BN Bakal Ditalkinkan.

Mansuh ISA?Terkejut aku.Majoriti rakyat tidak takut  ISA.Takut apa?Kita tak buat salah.Yang takut orang yang bercita-cita nak buat salah.

ISA ada pun dia orang terang-terang buat huru hara.ISA tak ada dia orang terang benderang berpiang-piang menganjing kerajaan.

Lu tengoklah nanti.

Kerajaan ingat dapatlah undi dia orang.Ptuuiihh,tak dapat punya.Hilang undi lagi ada.Penyokong yang sedia ada dah menyampah dan meluat sokong kerajaan yang penakut tahap dewa ni.Yang dikendong berciciran yang dikejar lintang pukang tunggang langgang.Tak Caya?Sendiri tengoklah nanti.

Bukti apa lagi yang kerajaan mahu untuk percaya yang silent majoriti ni sentiasa di belakang mereka.Tidak cukupkah  Lebih 4000 NGO yang mewakili jutaan rakyat  Malaysia menentang himpunan BERSIH dulu.Tidak cukup lagi kah?

Tidak cukup tambah lagi.Banyak dah NGO buat laporan polis tentang perangai Mat Sabu.Rakyat dah muak dengan kerenah pembangkang.

TETAPI apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa?Mereka bebas lepas menjelir lidah kepada kerajaan.Hina jalur gemilang, lepas,hina mahkamah,lepas.Hina SPB Yang Di Pertuan Agung,Lepas. 

Rakyat melihat semua ini dan beranggapan bahawa tiadalah kerajaan sepenakut ini didunia melainkan BN saja.Ada menteri yang bertanggungjawab asyik amaran saja tanpa tindakan.

Perlukah kita yang setia di belakang kerajaan terus mempertahankan kerajaan?Rasa-rasanya waham. Sokongan akan terhakis sedikit demi sedikit dek kerana bosan,meluat dan menyampah menyokong kerajaan yang selemah ini.

Kemungkinan tangan yang mengangkat mereka juga lah yang akan menjtuhkannya.

Kalau berterusan begini maka selamat menganggurlah wahai semua bapak bapak menteri.

Kita angkat kerajaan baru.Baik buruk belum tahu.Kita cuba cuba dulu.

1 comment:

Anonymous said...

Hi KD,
Bagus juga mansuh.ada pun hishamudin tak berani guna.kecut telur punya orang.