Saturday, 17 September 2011

Adakah Najib Tidak Mendengar Suara Majoriti UMNO?

Masih ramai yang terkejut dengan apa yang diumumkan oleh PM baru-baru ini. Ada dikalangan mereka yang bertanggungjawab penuh juga masih didalam kegelapan dan masih mencari-cari rasional pengumuman PM.

Tindakan PM Najib nampaknya bakal memberi tindak balas yang amat menyakitkan sama ada dari dalam mahupun luar parti. Nyata sekali pasca pengumuman yang mengejutkan itu boleh dikatakan 90% dari penyokong UMNO dan kerajaan mengkritik atau tidak bersetuju langsung.

Ini juga mengambarkan suara majority yang GAGAL PM Najib mendengar. Jika beliau mengatakan pihak kerajaan mendengar suara rakyat, satu persoalan yang timbul ialah ‘suara rakyat majority atau minority’?

PM Najid sekali lagi telah mengecewakan penyokong kerajaan dengan tunduk kepada desakan pembangkang. Ini satu trend yang amat-amat dikesali oleh penyokong kerajaan. Jelas menunjukan PM Najib seorang yang lemah dan tidak berkemampuan untuk mentadbir negara.

Sampai bila kita sebagai rakyat majority mahu berdepan dengan pentadbiran yang lemah dan hanya mahu popularity jangka pendek? Hakikatnya inilah yang sedang berlaku.

Jika dikaji sejarah politik dunia tiada satu parti politik dimana-mana negara mampu bertahan melebihi 50 tahun dan tanda-tanda itu makin ketara dalam negara ini.

Ada seorang sahabat bertanyakan pada MM tentang teori RAHMAN, jawapanya cukup mudah jika kita lihat sejarah politik dunia kita bakal berdepan dan menghadapi teori RAHMAN.

Ini hakikatnya jika PM Najib masih tidak mengendahkan suara majority. PM Najib bakal menjadi Perdana Menteri terakhir dari UMNO selepas memtadbir negara selama lebih 50 tahun.

Ada yang mungkin menganggap ini satu ugutan tetapi ini lebih kepada suara kesedaran buat PM Najib. Sekali lagi MM ingin menyatakan PM Najid tidak mewarisi ketokohan Al Marhum ayahanda beliau TUN RAZAK.

Kegagalan PM Najib untuk mendengar suara majority adalah satu kesilapan besar yang boleh mengakibatkan UMNO hilang kuasa. Tidak melampau jika MM katakan ianya juga akan mengakibatkan raja-raja Melayu turut menjadi mangsa kehilangan kedudukan dan taraf dan hak orang Melayu akan dihapuskan sama sekali.

Adakah ini yang kita mahukan? Jika ianya berlaku siapa yang harus kita persalahkan? Najib ataupun rakyat? Tepuk dada tanya selera…….(Dipetik dari blog Melayu Muda)

No comments: