Wednesday 21 September 2011

Jamuan Politik Raya DUN Pulau Tawar Agenda Terserlah



Dalam politik mekanisme yang berkesan untuk sampaikan mesej ialah melalui jamuan, perjumpaan kasual, main golf dsb. Itulah apa yang dibuat oleh ADUN Pulau Tawar.

Jamuan Itu anjuran bersama DUN Pulau Tawar dan Parlimen Jerantut di Felda Lepar dalam DUN Pulau Tawar. Sepatutnya pemimpin tertinggi UMNO Bahagian Jerantut seperti YB Dato' Wan Amizan Wan Razak Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan Dato' Nazri Ngah Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut dijemput tetapi oleh kerana Puak Dr Shukri mahu mengasingkan puak Wan Amizan dan Nazri Ngah dari Ku Lan ahli parlimen Jerantut.

Strateginya mudah...Dr Shukri mahu ambil tempat Ku Lan itu...dikatakan CONFIRMED Ku Lan sudah mahu mengundurkan diri. Itu yang buat Dr Shukri excited sekarang..

Dr Shukri sudah umum kepada semua bahawa beliau mahu bertanding parlimen Jerantut dan orang yang layak menganti tempat beliau ialah Mohd Zukarmi Abu Bakar calon yang kalah bertanding jawatan Naib ketua UMNO Bahagian Jerantut kepada Dato' Hj Nazri Ngah.

Dr Shukri mahu impression bahawa hanya puak Dr Shukri yang menganu dan menghormati Ku Lan. Maka juak-juak Dr Shukri mengelilingi Ku Lan sekarang. Dr Shukri dan kroni mengepung Ku Lan sekarang.

Kutukan Dewata baca sifir mudah politik kalau mahu bertanding parlimen Jerantut kena dapat sokongan semua pihak kalau mahu menang tetapi kalau belum apa-apa sudah mengasingkan pemimpin-pemimpin 'de facto' Jerantut dan suka memburukkan tokoh-tokoh tertentu maka alamatnya payahlah hendak menang.

Disamping banyak isu-isu seperti orang Jerantut marah kerana beberapa projek silang, tanah MDJ di tengah bandar boleh terlepas kepada towkay Cina, projek bandar baru, tanah simpang Jengka 8, generasi ke2 pula marah tanah Ibol Tunggal dijual oleh Dr Shukri dan Mohd Zukarmi.

Dr Shukri perlu jelaskan semua isu-isu itu kepada orang Jerantut dan cuba selesaikan tidak termasuk isu hutang peribadi RM24 juta. Orang Jerantut mahu tahu apa kedudukan dan cerita yang sebenarnya.


Dr Shukri pandai membodek Ku Lan, Wanita dan Puteri bersama...tapi jaga-jaga Ustaz Mat Jaafar yang duduk disebelah Ku Lan itu pun berhajat mahu jadi ahli parlimen Jerantut. Dr Shukri kena ingat Ustaz Mat Jaafar sangat 'clean' rekodnya.


Ku Lan diakhir servisnya cukup dipuja dan dihormati oleh Dr Shukri....sebab senang nak sepak keluar boleh ganti tempat Ku Lan...


Encu Nazeri termenung jauh merenung nasibnya yang tidak disokong kuat oleh Dr Shukri untuk jadi ADUN Pulau Tawar...kesian ke orang tua berjurus dan baik budi pekerti ini.


Mohd Zukarmi Abu Bakar calon favourite disokong kuat oleh Dr Shukri untuk jadi ADUN Pulau Tawar merenung masa hadapan politik dengan konfiden. Kutukan Dewata ingin mengingatkan Mohd Zukarmi ada isu peribadi yang melibatkan sebuah masjid di Felda Jengka 8 telah dimusnah dan diruntuhkan oleh Mohd Zukarmi. Kalau mahu jadi pemimpin jangan main dengan bini orang sampai bercerai berai rumahtangga orang.

11 comments:

Anonymous said...

Salam KD,
dengor cite program hari raya dun PT join parlimen makan belanja RM60000.
Ada dua program.Jadi jumlahnya RM120000.nordin toyik yang uruskan.
kayalah dia.itulah orang umno jantet,bab mengerjakan dan menghabiskan duit parti memang terrer
dari atas sampaila kebawah.Bab nak menambah dana umno langsung tak reti.mengabis lagi ada.yang kaya deme.makan lah duit haram.jadi kayu api nerakalah nanti.

Anonymous said...

boommm.$$$$

Anonymous said...

semua cite ini ada udang di sebalik mee

Anonymous said...

kd, beria benar nampoknya menghentam dr shukri dgn zukarmin. matnya ong tak nak cerita sama rata jer, jika yb dompok buat salah, lau lee buat salah, cite lah perkara benar, ini asyik keluar perkara yang dah basi,shukri ada salah, dato nan ada salah, dan semua orang ada salah, yang tak ada salah ada lah saudara awak dompok jer, mat weh awak takut dia tak dapat bertanding parlimen ke?, kenapa takut gelap masa depan awak dan wzwh?

Anonymous said...

Rakyat Jerantut mahu bakal ahli parlimen yang bebas dari unsur rasuah terutama makan duit cina dengan meluluskan permohonan tanah-tanah di dun Damak, Pulau Tawar dan Tahan. Ahli politik Jerantut yang ada hutang melampau adalah liabiliti kepada UMNO dan BN Jerantut. Ahli politik ini tidak segan silu menjadikan amalan rasuah sebagai budaya dan ibadahnya hanya untuk bayar hutang mengelak dari muflis.

Anonymous said...

wookey jika itu macam anon 18:51 kita kasi tukar semua yb yang ada itu sama yb baru yang baik baik pada permulaannya, jika mau bikin jahat macam yb sekarang pun mau tunggu dua tiga tahun baru boleh kumpul harta, macam itu yb DOMPOK, jadi itu next pru kita lagi tukar woorang baru, ada setuju ke ?. biar woorang macam KD dan penyokong lain tak dapat mau makan utu wang yb, ada berani ke?

Anonymous said...

Salam semua,

apa sibuk2.Tukar aje kerajaan yang ada habis cerita.kasi pkatan komunis pula memerintah kan bagus

Anonymous said...

betul...betul....betul.., ah dah macam upil dan ipin lah pulak

Kutukandewata said...

Salam 19.50,

KD parti gerakan,tak bergerak tak makan.Duit gaji lebih dari cukup tak perlu makan duit mana-mana YB.

Awok makan duit yb ke?he! he! he! he! he !

Anonymous said...

Salam,
nampaknya anon2 di atas sal orang.lain orang bikin lain orang kena ekekekek!
untuk KD teruskan menulis.cuma satu jangan lupa sabtu depan jumpa kat kelab golf.ada tournament.

addy gemok said...

hoi,kau orang ni tak ada kerja lain ke.asyik fitnah orang.kau orang baik sangat ke?seorang kaki bantai bini orang,seorang lagi kakiminum arak.moleklah tu.