Thursday, 1 November 2012

'Semi Porno' Pacar Hantu Perawan.

Filem 'Semi Porno' Pacar Hantu Perawan, Banyak Tayang Aksi Bogel Dan Memberahikan.

MESKIPUN negara Indonesia dipercayai mempunyai populasi umat Islam paling ramai di dunia, penerbit filem di negara itu masih berani untuk menerbitkan filem ‘semi-porno’ yang membabitkan adegan-adegan hampir bogel dan mengghairahkan.



Misalnya, filem “Pacar Hantu Perawan” yang diterbitkan di negara seberang itu jelas menunjukkan eksploitasi tubuh-tubuh wanita yang melampau sehingga ada ketikanya memaparkan hampir keseluruhan tubuh bogel pelakon wanitanya, Dewi Perssik.




Aksi panas filem tersebut memaparkan Dewi Perssik atau lebih dikenali sebagai Depe sedang mandi secara terbuka dengan hanya dibaluti kain basahan berwarna putih yang sangat nipis dan mendedahkan bahagian buah dada, puting buah dada serta keseluruhan tubuhnya.

Dipercayai Depe berbogel ketika adegan tersebut dirakam oleh jurukamera filem tersebut, melainkan sehelai kain nipis itu sahaja.


Selain itu, beberapa adegan lain turut memaparkan aksi-aksi panas dan memberahikan yang berani dipertontonkan tanpa sebarang penapisan dari pihak penerbit.
 
 



Sebahagian dari aksi-aksi yang dimaksudkan itu boleh ditonton di laman Youtube yang disiarkan sebagai mempromosikan filem separuh lucah tersebut.





Selain Depe, filem yang diterbitkan pada Julai tahun lalu itu juga membariskan pelakon seksi lain seperti Vikcy Vette, Misa Campo, Olga Syahputra dan lain-lain yang menjayakan filem “tidak cukup kain” itu.


Harapnya pihak berwajib berhati-hati dan memastikan agar filem tersebut tidak terlepas masuk ke Malaysia memandangkan ia mampu menyebabkan ramai lelaki bakal “berdarah hidung” selain menambah “dosa kering”. – Mynewshub.my





No comments: