Sunday, 18 November 2012

ULAMAK PAS, ULAMAK DUIT SYILING!!!!


dariblog 1 MALAYSIA.

Pengkalan Chepa: Setelah memperkenalkan pelbagai ‘fatwa’ kontroversi sebelum ini, Muktamar PAS Ke-58 di sini semalam, disogok dengan konsep tahaluf siyasi, untuk menghalalkan undi PKR dan DAP.


Konsep ini dianggap bercanggah dengan penegasan PAS dalam beberapa pilihan raya umum lalu yang menetapkan pengundi Islam hanya boleh mengundi calon Islam atau calon parti Islam.


 Ia juga bertentangan dengan pegangan PAS sebelum ini yang mengecap UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. 


Menjelaskan maksud tahaluf siyasi, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata ia adalah konsep kerjasama bersama rakan pembangkang berdasarkan al-Quran dan hadis. 


KOMEN KD:


BETUL KE BERDASARKAN AL QURAN DAN HADIS???


JANGAN HANYA KERANA DATANG DARI PAS MAKA SEMUANYA DATANG DARI AL QURAN DAN HADIS.BERHENTILAH MENIPU ORANG.


ALLAH HITUNG APA YANG KAU ORANG BUAT.DIA TAK AKAN MEMBIARKANNYA SAJA.INGAT SIKIT!!!


BETUL KE BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS???


TAK KE RASULLULLAH  TELAH MENEGASKAN BAHAWA BERLEMBUTLAH SESAMA ISLAM DAN BERTEGASLAH DENGAN KAFIR LAKNAT.



INI DENGAN KAFIR DAP MENIKUS MASUK LUBANG TANAH TAKUT SANGAT.


INI BUKAN TAHALUL SIYASI,INI TAHALUL SIALAN+SI.
(SI TU BERMAKNA SERABUT INTELEK).  



BETUL KE BERDASARKAN ALQURAN DAN HADIS???


BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS DAH TENTU HUKUMNYA TETAP.MANA MUNGKIN BERUBAH MENGIKUT KEADAAN DAN KEPENTINGAN.


INI PAS BILA KENA KAT ORANG LAIN HUKUMNYA BERUBAH MENJADI LAIN.BILA KENA DIRI SENDIRI HUKUM PUN BERUBAH DEMI KEPENTINGAN POLITIK.


UMNO BUAT KAFIR,TAPI BILA PAS BUAT SEPERTI YANG UMNO DAH BUAT TAK KAFIR PULAK.HUKUM AL-QURAN KE NI,BERUBAH IKUT SELERA ULAMA.


PAS KATA ULAMAK YANG MIRIP UMNO,BARU MIRIP AJE DAH KATA ULAMAK TEROMPAH.

KALAU DILIHAT PADA REALITI DAH PASTI ULAMAK   
 PAS ULAMAK DUIT SYILING.PUNYA DUA MUKA DAN DUA HUKUM.HUKUM KIRI KALAU KENA KAT ORANG LAIN,HUKUM KANAN KALAU KENA PADA DIRI SENDIRI.

NAMPAK SANGAT ISLAM HAK MILIK MAK BAPAK DIA ORANG,ORANG LAIN TIDAK BERHAK!!!! 











Tanpa mengulas panjang, beliau berkata, ulama PAS akan memberi penjelasan mengenai perkara itu kepada ahli parti.
Hadi berkata, PAS akan meminta PKR dan DAP memberi undi kepada calon PAS yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Ia selaras keputusan ulama PAS mengarahkan semua ahlinya mengundi calon DAP dan PKR. Pada PRU-13, ketiga-tiga parti akan meletakkan calon atas tiket dan lambang parti masing-masing kerana secara rasmi mereka tidak berdaftar sebagai pakatan pembangkang.

Memang itulah dan mereka pun kena undi kita jugalah, katanya dalam ucapan dasar bertema Negara Kebajikan Teras Perpaduan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini, semalam. 


Hadir sama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw serta barisan pucuk kepimpinan PAS.

Abdul Hadi juga mendakwa sejak 50 tahun lalu, keseluruhan kuasa politik di negara ini disyaitani manusia yang menganggap diri mereka suci daripada kesalahan dan kelemahan.



Beliau juga sekali lagi menuduh UMNO menggunakan kalangan ulama tertentu sebagai terompah untuk dipakai ke sana sini.


Mendakwa BN sengaja melambat-lambatkan PRU-13 kerana mahu menurunkan moral dan melemahkan kedudukan kewangan pembangkang, Abdul Hadi berkata, pelbagai isu juga akan digunakan bagi memancing undi.


Presiden PAS itu turut mengingatkan petugas PAS bersedia menangani kehadiran generasi muda Melayu yang didakwa menyokong PAS tetapi tidak mahu menjadi ahli.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHyFF71mK9HYqIqkCkvM30OJu7KkRQ1vQ488QCMpP1JukqKec4dJCOXdd8XNjz4sUjzzy2UFoh5vIjtxhFwLIM-DIoNJMAqZZCrVRauDEumgmgN-yXpvZPJgNPOZiLqPc-yIgOJmWApu-m/s1600/Abdul%252520Hadi%252520Awang%252520bersama%252520Mohamad%252520Sabu%252520dan%252520Mahfuz%252520Omar%252520pada%252520hari%252520terakhir%252520Muktamar%252520Tahunan%252520PAS%252520Ke-57.jpg


KOMEN KD:                                             


WAJAH-WAJAH YANG TAK TAKUTKAN ALLAH. MENTERJEMAHKAN PERLAKUAN IKUT NAFSU DAN KEPENTINGAN POLITIK SERTA PUAK SAMBIL MENJAJA DAN MEMPERDAGANGKAN SLOGAN JENAMA ISLAM.


MENJADIKAN AGAMA ISLAM ITU HAK MILIK PERIBADI DAN KELOMPOK SENDIRI.SEDANGKAN PEGANGAN MEREKA KE ATAS ISLAM SUDAH MULA LONGGAR ANGKARA TAHALUL SIYASI MERAPU.    


No comments: