13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia
Anda mahu merasai sendiri berada di tempat-tempat yang paling berhantu
di Malaysia? Terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling
berhantu di Malaysia.
Ini mungkin kerana terlalu banyak
kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikawasan tersebut sehinggakan
kawasan tersebut menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang
ramai.
Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia:
1. HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR
HIGHLAND TOWER,suatu masa dahulu
merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan
masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya
segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.
2. BANGLO MONA FANDEY
Banglo yang pernah didiami oleh
seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang
Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat
dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang yang telah menggemparkan
dunia.
3. KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU
Sebuah komplek membeli belah
yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut
telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.
4.LEBUHRAYA KARAK
Kita pernah digemparkan dengan
cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu
yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini.Kawasan terowong ini juga
seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.
.VILLA NABILA,JOHOR BAHRU
Pada suatu masa dahulu, Johor
Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak
dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar
kawasan tersebut.
6.AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND
Sebuah apartment usang yang
sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik
kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa
kisah hitam mengenai tempat ini.
Beberapa pengunjung pernah melihat
kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila
sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.
Antara tempat-tempat yang berhantu lain ialah:
7. Simpang-T Georgetown Pulau
Pinang
Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak
bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak
kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu
secara bersendirian pada waktu malam.
Dikatakan juga terdapat sebatang
pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya
ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan
mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.
8.Institusi St Michael, Ipoh
Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun
sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering
menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap
tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh
tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan.
Kawasan
paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di
sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah
hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi.
Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.
9. Malay College Kuala
Kangsar(MCKK)
Kuala Kangsar Perak - Seperti Institusi St Michael, MCKK
juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu.
Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti
sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai
yang diheret sepanjang koridor.
Terdapat juga sebatang pokok yang
berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti
ada orang di gantung di pokok berkenaan.
10. Victoria Intitution, Kuala
Lumpur
Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak
lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan
dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah.
Banyak kejadian
kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang
boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak
roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.
11. Bukit Tungku, Kuala Lumpur
Satu kawasan yang menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan
paling elit di KL.
Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat
seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang
menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga
vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang
motosikal dalam kawasan gelap.
Mungkin sebab terdapat banyak pokok
besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun
pada waktu siang.
12. Rumah ADO Menumbok, Sabah
Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu
orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah
tersebut.
Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam
gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika
tidur selain bunyi yang menyeramkan.
13. Penjara Pudu
Tidak dapat
disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling
keras dan berhantu di Malaysia.
Ini dibuktikan lagi bila hampir semua
akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di
kawasan Penjara Pudu.
Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam,
wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi
gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu
pegawai penjara yang bertugas.
Namun kini penjara yang pernah
menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Bentung Kali dan
lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.
No comments:
Post a Comment