Thursday, 15 November 2012

MATA MENAWAN HATI TERTAWAN!!!!!


Bagaimanakah Cara Menjadikan Mata Kelihatan Bersinar?



Kau orang inginkan mata yang kelihatan sentiasa bersinar? Disini nak kongsikan pada semua bagaimanakah caranya untuk menjadikan mata kita sentiasa kelihatan bersinar. 
 
 
Sepertimana yang kita tahu mata yang bersinar dan memikat jiwa sememangnya didambakan oleh kebanyakan wanita dan adakalanya lelaki. 
 
 
Namun untuk mendapatkan mata yang cantik menawan dan sentiasa mengekalkan kilauan pada mata memerlukan kos yang besar.
 
 


 
Bagi sesiapa yang berkeinginan tapi kurang berkemampuan, bolehlah cuba petua tradisional yang lebih jimat tapi dikatakan mampu memberikan kesan yang hebat. Jom lihat apakah petua tersebut.



Caranya ialah ambil sekeping kapas bersih dan rendamkan ke dalam bancuhan air teh yang pekat dan sejuk.

 
Sandarkan sedikit kepala ke belakang atau kalau nak berbaring terus pun boleh juga, pejamkan mata dan tempekkan kapas tu pada mata.

 
Pastikan kapas yang dicelup atau direndam tu tidak terlalu basah sehingga airnya boleh meleleh ke dalam mata. Dan pastikan mata tu dipejam rapat agar air teh tak mengalir masuk. Takut-takut nanti tak pasal-pasal ‘merah’ dan bengkak pulak mata tu.

 
Jangan pula lupa untuk tempek  kat kedua-dua belah. Kalau buat sebelah jer, nanti sebelah mata je lah yang bersinar. Cuba amalkan petua ni 2-3 kali setiap minggu. Jika rajin diamalkan 
InsyaAllah, pasti akan melihat perubahannya.

 
Kau orang boleh la  cuba petua tradisional ni. ia lebih natural berbanding menggunakan contact lens yang mungkin boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak digunakan dengan betul. Semoga porkongsian ini dapat dimanfaatkan. 

No comments: