Isteri sanggup bagi minum darah haid dan air mani gajah sihir suami.
SEORANG
isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk
menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas
melakukan apa saja.
Selain
dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak
pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di
atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah
ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.
Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.
Apabila
meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata
isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit
badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.
Kesengsaraan
itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an,
apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.
Dia
yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya,
Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum
berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar
Disember lalu.
Menurutnya,
dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di
rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.
“Selama
ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas
hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun
ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati
selalu tidak tenteram.
“Segala
masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas
meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis
tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.
“Saya
turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan
suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan
berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia
akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi
sasaran,” katanya di sini, kelmarin.
akhbar sinar
No comments:
Post a Comment