Friday 3 August 2012

MANDI KOLAM.

Sebab Apa Kena Pakai Baju Renang Semasa Mandi Kolam???






Kalau kita pergi kat mana-mana hotel, mesti akan ada arahan seperti ini.

No t-shirt, no jeans. Only swimsuit allowed here.

Oh, kenapa mesti dengan pakaian renang? Kenapa tak boleh berendam dalam kolam tu dengan baju t-shirt atau baju kurung? Why? Why?

Disebabkan kita semua keliru dengan semua ini, tepat jam 11 aku telah bertolak ke sebuah hotel terkenal yang mempunyai beratus-ratus hektar kolam di seluruh hotel dan kondo semata-mata untuk berjumpa dengan Mr. Pul (pemilik kolam).

Aku : Hello, Mr Pul. My name is Mushroom. (sambil berjabat tangan dengan Mr Pul.)

Mr Pul : Hey you! What the fungi you come here?

Aku : Rilex Mr Pul. I'm coming to interview you.

Mr. Pul : Oh, sure! Take a seat.

Aku : Thanks Mr. Pul. (terus duduk kat tepi kolam bersama Mr Pul sambil kaki berendam dalam kolam.) So, can we start now?

Mr Pul : Sure! But can we talk in Malay? Because sometimes my English is broken. You know, my name is not Mr Pul but Encik Saiful. I'm Malaysian so we must speak Malay.

Aku : Berlagak. Nama nak macam mat salleh. Konon Hot Setaplah tu. Okey, straight to the pointlah. Kenapa kalau kat hotel, nak mandi kolam, mesti kena pakai baju renang? Ramai pengunjung yang tak setuju dengan syarat ni.

Mr Pul : Okey, sebab yang pertama kenapa kena pakai baju renang masa mandi kolam kerana kita utamakan ciri-ciri keselamatan. Kalau pakai T-shirt, gerenti lemas punya.

Aku : Eh, kenapa pulak?

Mr Pul : Yela, T-shirt besar, tidak mengikut bentuk badan seperti baju renang. Kalau sekali kau terjun kat dalam kolam tu, mahu tak lemas? Sebab T-shirt tu nanti kembang dan menggelembung-gelembung masa dalam air. Kalau gelembung je tak apa. Ni gelembung dan tersangkut kat celah-celah penyedut kolam tu, tak ke lemas.

Aku : Oh, yeke Mr. Pul. Tak munasabahlah.

Mr Pul : Ah! Lantak akulah. Sebab kedua kena pakai baju renang kerana mahu tarik pengunjung ke kolam renang. Contoh bila girls yang Hot Setap mandi pakai bikini, mesti pengunjung lelaki yang gatal anu nak mandi kolam jugak. Macam hotel aku ni, kalau nak mandi kolam kena bayar tau. Untung tahu kalau aku buat syarat macam ni.

Aku : Fikir nak untung je.Tapi akhirat tak fikir. Patutlah hotel Mr Pul ni banyak mat salleh je. Apa lagi sebab kena pakai baju renang masa mandi kolam?

Mr Pul : Lagi satu, aku tak naklah nanti bila pengunjung aku pakai baju t-shirt, boleh pulak colour baju dorang tu luntur kat dalam air kolam aku. Kalau baju dia colour merah, tak ke"Apa pun alasannya aku tetap tak bersetuju nak pakai baju renang kat kolam. Tak sempoi langsung." - Mushroom nanti pangunjung aku yang lain menggelabah sebab dorang akan sangkakan yang itu ialah darah.

Aku : Tapi Mr. Pul, saya rasa dalam kolam Encik tu ada clorox kot. Tu luntur kan?

Mr. Pul : Jangan salahkan aku. Dorang yang main kencing je kat dalam kolam. Banyak air kencing akan menyebabkan warna baju dorang luntur. So, jangan saman aku.

Aku : Err. Menggelabah gila Mr. Pul ni. Okeylah Encik, saya blah dulu. Nyampah tengok rambut encik macam cendawan ni.

Mr. Pul : Apa ko kata? Macam cendawan?!! Beramboooosss!!!!

Aku : Berambus tu boleh. Air liur tu. (terus berlalu meninggalkan Mr. Pul)
"Apa pun alasannya aku tetap tak bersetuju nak pakai baju renang kat kolam. Tak sempoi langsung." -by Mushroom

No comments: