Saturday, 19 November 2011

UMNO Perlu Berubah Part 2.

Terumbu cantik dilaman dasar,
 Buluh cina gemuk ruasnya,
Kelambu antik jangan dibakar,
Bunuh saja nyamuk durjana.

Imej yang musnah perlu dipulihkan kembali.

Imej umno rosak teruk pada mata rakyat.Selaku parti yang telah lama mentadbir negara adalah suatu yang amat malang sekiranya ia dibiarkan berterusan.Umno akan menjadi sejarah.Umno akan hanya tinggal nostalgia yang mengharukan,memilukan bagi para pejuangnya yang tulen angkara perangai puaka pemimpinnya sendiri.

Lihatlah di mana-mana,pelbagai penyelewengan baik yang haram,mahu pun yang terancang,atau pun yang nampak kelam-kelam semuanya membabitkan pemimpin.Yang besar menyental jumlah yang besar.Yang kecil membaham jumlah yang kecil.Yang ciput makan yang ciput.Janji semua dapat merasa.

Pemimpin nasional balun ratusan juta.Pemimpin negeri balun puluhan juta.Pemimpin bahagian hentam juta-juta.Pemimpin cawangan melantak juga juta-juta tapi juta rupiah ajelah.Yang menambahkan cantiknya lagi ialah habis anak bini pun terlibat.Belum lagi campur kroni kronik.Sehinggakan mereka macam tak nampak langsung atau tak terfikir langsung akan balasan  yang menanti.Kalau di dunia pengundi yang balas mahkamah  menanti.Kalau akhirat Allah membalas neraka menanti.Subhanallah!

Banyak mana lagi yang mereka hendak ni?Apakah 9 mereka nak sapu 1 untuk rakyat tunggu?Keranda emas  bersalut berliankah yang mereka nak tempah?Kapan sutera cinakah yang nak dibalut pada mayat mereka?Air wangi peranciskah yang hendak dimandikan pada tubuh mereka?Hubaya hubaya ingatlah.

Janganlah mau disanjung-sanjung,engkau digelar manusia agung,sadarlah diri tahu diuntung,sebelum masa keranda diusung.Tiada lagi gunanya harta,kawan karib sanak saudara,jikalah ada amal didunia itulah saja pembela kita.

Lihatlah di depan mata kita sebanyak ratusan juta wang rakyat dikerjakan oleh keluarga menteri untuk ternak lembu.Yang anehnya harga lembu sentiasa naik tak turun-turun.Bapak mentua aku ternak lembu juga,tak ada pun kerajaan nak bagi pinjaman untuk tambah lembu dia.Namun begitu adalah juga dalam 40 ekor.Banyak juga.Kalau kerajaan bagi 100000 rm aje pun aku gerenti berjaya juga dia menambah  jumlah lembu dan kerbaunya.Sebab apa?Bukan nak cakap besar,kalau lembu atau kerbau liar dia boleh pegang tanduk dan tampar hidung maka senyap diam binatang tersebut.Senang cakaplah,pelihara lembu dan kerbau ni dah jadi kepakaran dia.Ini baru bapak mentua aku.Belum lagi taukeh-taukeh lembu dan kerbau yang ramai di Pahang ni.Mereka lagi profesional.Duit ratusan juta  tu bagi aje,agih aje kat  penternak  di seluruh Malaysia.Ramai yang akan merasa termasuklah para pekerja mereka.

Namun apakan daya,mereka bukan bapak-bapak ibu-ibu menteri.Mereka hanya sendiri-sendiri.Rakyat melihat dengan teliti.Pemimpin rakus memusnahkan imej sendiri.Ahli umno yang tulen mahu membela rakyat menjadi ngeri.Melihat perangai itu menteri.Tak cukup anak tambah suami.Diselit juga itu kroni.Perdana menteri hanya mampu memerhati.Cakap banyak dikerling isteri.Punah habis imej menteri,Jari-jemari rakyat dah mula menari-nari.Bila lagi nak mengundi.Kerajaan harus sedar diri,pulihkan imej bermula ini hari.Yang buruk halau pergi,yang baik-baik terus menanti.Baru lah bersih diri sendiri.Barulah rakyat yakin kembali.

Kalau masih berdegil lagi,tak mahu berubah besarkan diri,bodoh sombong setiap hari,nasihat orang tolak ke tepi,LU TUNGGULAH ITU HARI,WA RAMAI-RAMAI TARAK KASI UNDI,LU SEMUA BOLEH PEGI MATI,ITU HAJI HADI GERENTI PERDANA MENTERI.

ITU HAJI HADI LU JANGAN JADI KUDA DAP,GERENTI JADI PM SAMPAI MATI.

 P/S; OOOUITTT URAG DRULLUG!MANE GON NIH,RINDUK AMARHT AKUQ KE GON NIH,TAK DEK URAG NOK KELAHIK DENGAN AKUQ NIH.BALIK LARH SAYYYYANGGGGG!
HIK!HIK!HIK!HIK!

7 comments:

Anonymous said...

umno memang tak bole nak repair dah..buang yang tak elok pun, yang ganti nanti mcm tu juga..rakyat harus brsatu, kita buang semua sekali pru13 ni..

Anonymous said...

urang UMNO ni jihet yok?

hati remuk said...

umno mulek amat oh, tapi yang jehet nya ialah kebanyakan pemimpin pemimpin umno, dari pm sampai lah kebawah, termasuk lah bini atau laki pemimpin mau pun kroni. pangkah parti lain jer pru 13 nanti, kita cuba acu tray tengok, tok mulek juga tukar lain pulak, jadi tak sempat lah para pemimpin nok buat kekayaan,

hati mulia said...

hati remuk akuq tork beranik nork tukor takuit melayu kebulor.

hati remuk said...

aih ong ne hati mulia, beliwat amat takutya, hakuk sebenar bukan penyokong penbangkang, tapi dah remuk hati dah dengan pemimpin pemimpin bn ne, tok ada lagi orang melayu kelantan, selangor mau pun pulau pinang mati kebuluran, takut nanti ayam mati di kepuk padi jer biarkan bn ne lama lama sangat membaham khazanah negara.

Anonymous said...

Tuan2 anon,

Amba nok wayat,kok2 demo setuju cuba ikut amba jupa wali seliper kat Kelatan,kita mitak dia ajar do'a pecah porok.Lepas tu kita pakat rami2 do'a moga2 hak pemipim yang
tak molek biar meletok perok belaka.

Kalau tak jadi juga,kita pakat do'a
rami2 mitak Allah hilangkan seliper
wali seliper.... guana dema setuju ka weh....

Kelambu cantik jangan dibakar,
Bunuh saja nyamak durjana,
Jangan Dewata bermadah besar,
Dapat piteh lupa semua.



AKU CAYANG UMNO TK.

Kutukandewata said...

Aku cayang umno,

Mu ingat maruah aku semurah itu.Kalu aku nak duit dah lama aku dapat sebab ada orang nak upah suruh lanyak musuh dia.

Biasanya orang kuat umno macam mu ni yang kuat makan pitih haram.he!he!he!he!he!he!