Monday, 14 November 2011

400000 Guru Bakal Jadi Amah Ganti Amah Indonesia.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.


KD pun tergolong dalam kalangan orang yang bodoh.Tapi bodoh KD tidak sebodoh piang orang yang mengemukakan cadangan bangang ni.Menteri pak turut pakai menurut aje tanpa mengira sensitiviti guru.

KD ada pertanyaan kepada si bodoh piang ni.

1.Mengapa orang yang merancang sistem pendidikan moden meletakkan tempoh pengajaran dan pembelajaran seperti tempoh masa yang ada sekarang ini?

2.Apakah sistem pendidikan yang di rancang dulu-dulu mengambil murid sebagai fokus atau guru itu sendiri?

3.Mengapa KPM sering mengganggu dan membebani guru yang memang sentiasa terbeban dengan bebanan yang di reka oleh KPM.?

4.Hendak undi guru atau tak nak?

JAWAB JANGAN TAK JAWAB.


TING!TING!TING! Opppph.....masa habis.Bodoh piang tak boleh jawab.

Biar bodoh ni yang jawab.

1.Pakar yang menggubal dasar pendidikan negara dahulu telah mengambilkira pandangan pakar-pakar kesihatan.Mengambil kira pandangan pakar-pakar psikolog serta orang yang arif tentang sekolah baik sekolah inggeris atau sekolah melayu maupun sekolah vernakular serta sekolah mubaligh.

Gabungan pemikiran mereka dapat melihat setakat mana daya guna pakai otak kanak-kanak dan remaja.Berbeza dengan orang dewasa.Orang dewasa pun kalau menyertai seminar,kursus ilmiah pun hanya tahan beberapa jam aje.Lepas tu mula lari kelaur dewan hisap rokok.

Barang dingat,berdasarkan faktor itulah juga maka mereka memberi cuti seminggu dua,kemudian sebulan dihujung tahun.Bukan untuk guru tapi untuk murid.Guru tak kisah,kadang-kadang cuti pun pergi sekolah.
Kalau nak sekolah sepanjang tahun tak apa guru-guru sanggup.Tapi sanggup dan mampu ke murid-murid menghadapinya.

Tengok ajelah murid-murid apabila tiba waktu tengah hari.Mulalah mereka gelisah nak balik.Asyik tanya cikgu pukul berapa sekarang.Otak mereka dah letih disumbat dengan pelbagai maklumat.Kalau laksana juga 9 jam maka pitam dibuatnya.Pakar-pakar di sekeliling Muhyiddin apa tahu.Duduk bilik ekon sejuk beku pandai-pandai  cadang itu ini.

Murid kat bilik kelas sekolah berpeluh jejes dengan bahang panas mentari.Kipas ada kadangkala berfungsi adakala terhenti.Kesian lah sikit kat budak-budak tu.Kipas tak mampu menyejukkan tubuh dan minda mereka.

2.Soalan nombor 2kalau tak boleh jawab memang sah bodoh piang.

3.Penyakit ini pun tak terubat.Nak tambah penyakit lain.Pelbagai bebanan di cipta KPM.PPD pun tumpang semangkuk.Ditambah lagi oleh pengurusan sekolah.Bermacam dokumen perlu diisi.Padahal ada dokumen yang jika digabungkan boleh memudahkan kerja.Guru yang menurut  perintah lakukan juga walau pun sering kali mengabaikan pengajaran dan pembelajaran di kelas.Masalah ini pun tak boleh diselesaikan.Yang tak bersangkut paut dengan pembelajaran murid yang banyak guru kena selesaikan.

4.Undi guru sikit aje,tak undi BN tetap menang.marilah kita semua kaum guru jangan undi BN.Kurangkan majoriti aje.BN tetap menang sebab dia kuat amat tak lemah macam kita.

Guru adalah spesis yang sering diganggu.oleh ibu bapa,oleh umno,oleh KPM,oleh semua yang bencikan guru.Terima kasih.

suatu ketika dulu gurulah pejuang tulen umno.berkhidmat untuk parti sepenuh jiwa raga.Datang golongan koporat(keparat?)terajang guru tak meninggal sekor pun.kalau ada pun hanya guru mati pucuk tak berdaya.
maka bermula dari situ imej umno mula tercalar angkara korporat mengejar projek dan membolot laba.Rakyat jadi bosan dan meluat.

Sekarang kerajaan kacau lagi guru dengan cadangan mengarut ini.Sadis,Sadis.!!!!!!!

Tak habis-habis mengganggu guru.Dah lah tak beri salam malah di tendangnya pintu rumah guru sampai tercabut.Guru terkejut dari tidur.Paksa pula guru yang biasa tidur pukul 10 suruh tidur pukul 2.Mangantuklah wehhhhh!!!!!!!

Tak mengapalah cikgu.Hari ini dia tendang pintu rumah kita.Esok lusa kita bakar rumah dia biar dia jadi HOMELESS.

Andainya cadangan 9 jam ini dipaksakan juga,maka KD cadangkan bawa sekali bayi-bayi yang ada dirumah ke sekolah.tak cukup lagi bawa sekali nenek dan datuk yang uzur.Jangan bimbang 400000 amah baru akan ambil alih tugas amah indonesia.HIDUP MUHYIDDIN,SELAMAT DATANG SAIFUDDIN(NASUTION BAKAL MENTERI PELAJARAN  MALAYSIA)

ESOK SMBUNG LAGI TENTANG KESAN KEPADA MURID DAN EKONOMI KELUARGA.9 JAM YANG MENGARUT.

15 comments:

bekas guru said...

salam kd, ikut jerlah apa yang telah diarahkan, ini baru cubaan, kenapa harus takut jika sistem yang di cadangankan untuk kebaikan semua, mungkin dengan berkerja sampai 9 jam, semua kerja sekolah boleh di siapkan diwaktu guru guru berada di sekolah, sebagai contoh pemeriksaan buku pelajar boleh di buat di sekolah dan tak perlu di bawa balik kerumah. lagi pun jika di hitung secara total berapa kah jumlah jam cigu berkerja atau mengajar dalam sehari yang sebenarnya, adakah cigu sentiasa mengajar dalam kelas dari jam 8 pagi hingga jam 2.30 ptg sekarang ini, rehat cuma sejam, pas tu sambung balik, fikir fikirkan lah.!!!

Anonymous said...

guru2 kerajaan bayar gaji..jgn kuang ajar dgn kerajaan..ikut je

Kutukandewata said...

Anon di atas,
9 jam untuk guru tak ada masalah.yang perlu di ambil kira jangan libatkan murid.Pikul 1.30 lepaskan mereka balik.mereka perlu rehat atas kemampuan otak mereka.

anon 5.34,

siapa yang kurang ajar.menyatakan yang benar adakah termasuk kategori kurang ajar.ingat,guru kerajaan yang bayar gaji.tapi kerajaan siapa yang angkat mereka?jadi berlaku adil dan logiklah sikit.Jangan jadi sadis sangat dengan menganiaya budak.saya perjuangkan kepentingan anak-anak murid yang juga anak-anak kita.

silakan jalankan dasar ini.gru tak tolak tanggungjawab.tapi tolong sikit ya,jangan libatkan anak didik yang kami sayangi.Tiada murid tiada guru.Tiada kerajaan tiada guru tetap guru.

bekas menteri pelajaran said...

nanti saya cadangkan pada mahyuddin agar lepaskan para pelajar pulang kerumah selepas jam 2pm, tapi cigu kena berada di sekolah sampai jam 5pm jika mula berkerja jam 8am, rehat 1 jam sahaja?. buat lah apa yang patut di waktu murid tak ada,jangan asyek berborak jer pulak atau berbincang jualan langsung atau skim cepat kaya,jika murid murid tak ada dlm kelas semantara menunggu jam 5 pm?

Anonymous said...

Oi....apa pasal pasal undi2 lak.Orang nak tentu masa kerja tak boleh.Ape?Guru nak senang lenang aje makan gaji buta!Ganti Amah ape nya?Guru bukan mengajar aje.Perlu buat persediaan.Mesyuarat hal perancangan.Kalau dibiarkan aje....pasti dok borak pasal politik,jualan langsung,hal bini ramai la.Tapi setahu aku banayk benda lain dibuat oleh guru.Klau betul2 mendidik murid pasti tak ade yg ketinggalan.Ni dak.....banyak sangat urusan lain.Tak profesional la cikgu ni semo.Guru gaji besar la tapi kerja hampeh je!

spirit of gusai said...

kau bolehla cakap cam tu sebab kau dulu belajar dengan beruk mat yeh.sebab tu kau bodoh macam beruk.aku sayang cikgu aku.terima kasih cikgu.kau berterimakasih la dengan beruk.tak faham isu nak campur sangat!!

spirit of kampung moggol said...

semua orang sayang cigu, berterima kaseh dengan cigu, tapi kita harus fikir tanggung jawab dan amanah yang di pertanggung jawab pada kita, tak kira lah siapa kita, apa jawatan kita, jangan cakap soal terima kaseh, kenapa pulak cakap orang tak faham isu, moralnya apa yang di bahaskan oleh pembaca ialah seolah olah, jawatan guru ini langsung tak boleh di sentuh, tak boleh di bincangkan, kerana dalam keadaan apa sekali pun kita kena menghurmati dan berterima kaseh pada guru?, langsung tak boleh kata perkara yang tak baik tentang guru, guru juga tertakluk pada perintah am kerajaan, jika tak sanggup nak ikut arahan sila letak jawatan beramai ramai, maseh belanar lagi garuduan di luar sana yang memerlukan jawatan sebagai guru. saudara spirit og gusai, ada ke agak nya cigu ne nak ngajar jika kerajaan beri elaun jer, bukan gaji, jika ada itu wajib kita berterima kaseh, selama ini pun kita berterima kaseh pun kerana hurmatkan guru, jika guru yang buat kerja sukarela lagi lah kena ucapkan terima kaseh.

Yang sebenarnya puak puak cigu lah yang tak berterima kaseh pada kerajaan? anak murid akan menjadi beruk jika belajar dari cigu yang selalu membuat ugutan?

spirit bapak kau said...

dengkilah tu,masa kecil malas belajar masa besar dengki kat orang.kalau kau pandai sangat mintak lah nak tengok dapat ke tak dapat.orang gaji besar kau dengki.kerajaan yang adil kita terima kasih.selama ini masa belajar 6 jam dah berpuluh tahun berjalan.tak ada masalah pun.murid makin cerdik 10 A ada,20 A pun ada.tak macam kau asyik F aja.basa bodoh bangang tu lah.menteri saja aje nak timbulkan masalah.dah banyak cadangan mentri pelajaran tapi separuh jalan aje.tengok sekolah wawasan gagal,ppsmi gagal,ini cadang pulak 9 jam.buat kerja macam orang tak bersunat.serupa aje macam spirit terung monggol

Pegawai PTD said...

kat orang semua tak faham isi cerita. Kd tu bukan tak setuju 9 jam,cuma dia harap jangan libatkan murid atas alasan kemampuan otak budak.Maksud dia budak balik sekolah macam biasa.Guru terus sambung tugas sampai 5.15 petang.tak faham duduk diam

mantan pengetua said...

400 ribu cigu g pikit mintak kerja dari 6 jam turun sampai 3 jam jer lagi senang, budak budak masa ne dah pandai pandai, mahyuddin yang bodor, patut cigu ne bagi gaji buta jer lagi depa suka, pergi sekolah 3 jam, bukan buat semua kerja, pas tu buat lah apa yang patut?, cigu ne ada lah pilihan yang terakhir, bagi yang bodor bodor jer mintak masuk u jadi cigu, yang cerdik cerdik mintak keja lain dulu, dah tak dapat baru lah mintak cigu?

hormat cikgu said...

itulah kata-kata orang tak berilmu.otak letak kat mulut.bahasa jiwa bangsa.tengok bahasa pun dah tahu setakat mana daya fikirnya.KD jangan dok layan orang tak faham apa yang orang sedang bincang.mulut celupar tak hormat orang langsung.

Anonymous said...

Alahai...orang lain kerja 9 jam selama ni tak kecoh pun... ni mesti geng yg tak minat jadi cikgu tapi terpaksa sebab dah tak dapat kerja lain dan interview PTD tak pass.

Anonymous said...

Kau ingat semua cikgu pemalas macam kau ke? Sikit-sikit ugut undi, ugut undi...sakit jiwa punya cikgu. Kena kerja 9 jam je dah bising . Ugut tak nak undi BN. BN tak kempunan la dengan cikgu pemalas macam kau ni. Kau ingat 400,000 cikgu tu semua pemalas macam kau kee? Tak dapat jadi PTD marah pulak ..kau yg tak pass periksa PTD ...relek laa..

Kutukandewata said...

Anon-anon diatas,
saya harap beri cadangan yang bernas yang boleh wujudkan situasi menang-menang.bukan kutukan,ejekan dan makian.Kita semua orang dewasa bukan budak-budak.

Barang tegang said...

anon 23.00,
aku cabar kau cakap macam tu depan cikgu yang ajar anak-anak kau,kalau kau berani.atau kau mungkin tak ada anak sebab pelir kau mampus.