Thursday, 27 October 2011

UMNO,UMNO!Berubahlah Kalau Hendak Menang!

KD bersimpati dengan UMNO.Di selaputi kudis dan pekung bernanah.Bau hanyir yang meloyakan tekak sudah mula menular, bertebaran, saujana mata yang memandang.Sinar UMNO yang dulu menyilaukan mata orang melayu kini sudah semakin sirna.

Ungkapan keramat "Dulu,Kini dan Selamanya"sudah semakin hampir menjadi ungkapan "Aku,Kroni dan Nafsu Nafsinya".Hai,UMNO,UMNO!Ubatilah kudis dan pekungmu itu.Nescaya kami rakyat marhaen akan datang berduyun-duyun mendakapmu yang berbau wangi.

Cis,impian tadi tidak mungkin terjadi kerana kedegilan OKU(Orang Kuat Umno)yang tidak ingin berubah dan melakukan transformasi.Terlaung-laung lah engkau Najib seorang diri.Kegagalan pelaksana dasar merealitikan VISI DAN MISI(bukan misi hospital) Najib akan menghumban Umno jauh ke jurang gaung yang dalam.Maka berkuburlah OKU di situ tanpa nesan dan pusara.

Tiada lagi para pesimpati  membaca talkin peringatan.OKU akan dilupakan.Buku baru akan memaparkan helaian halaman.Generasi x dan y akan merubah zaman.Lahirlah budiman mencipta aman.Umno hanya tinggal kenangan.Apakah kenyataan ini akan menjadi realiti atau fantasi serta impian?Sukar untuk dibayangkan.

KD hanya memaparkan serba kemungkinan yang akan bakal terjadi.Apabila OKU masih berdegil tidak mahu mencermin diri.Rasa ujub dan takkabur masih melekat di hati.Bila ditegur untuk kebaikan mereka kita dikatakan dengki dan iri.Telinga kita dengar rasa kecil hati.Amarah timbul maka kita jauhkan diri.Lantak kau orang lah nak hidup ke matiKD apa peduli.Kedudukan dan kuasa, engkau orang punya denyut nadi.Tidak jaga kau orang tersungkur sendiri.Ketika itulah KD akan kata kau orang semua boleh pergi mati.Kau orang boleh lah jadi Gadaffi.Dibunuh dan dihina rakyat sendiri.


Kenapa dan mengapa KD berleter di sini?Sebabnya dia orang ni bila KD sentuh sedikit untuk menyedarkan diri dan merubah sikap untuk kebaikan dia orang juga maka dia orang ni siap upah mafia taik kucing dia orang telefon KD main ugut-ugut segala.Dia orang ingat KD boleh diugut-ugut dan di gertak-gertak.Siap nak repot polis lagi.

Silakan wahai mafia taik kucing.Pergilah repot.KD alu-alukan.Tak mampu bayar peguam KD akan membela diri dalam kandang orang tertuduh.Macam Anwar Ibrahimlah.Tapi tak apa.KD akan dapatkan perintah sapina mahkamah panggil segala saksi-saksu.Bila dalam mahkamah saksi-saksu ini kena bersumpahberkata benar.Ketika itu kita tengok siapa yang masuk ke dalam.KD kalau kalah habis tinggi kena bayar saman.Kalau sampai beratus ribu habis-habis KD kena isytihar bangkrapsi.Biarlah KD bangkrapsi hanya kerana menyatakan kebenaran dan menyampaikan luahan rakyat marhaen.Sungguh mahal harga sebuah kebenaran.

Apabila dah bangkrapsi,KD tetap akan menyatakan kebenaran dan menegakkan hak rakyat marhaen.Ingat,mata pena lebih tajam daripada mata pedang!Kalau selepas itu nak saman,saman lah lagi.Semua itu akan jadi sia-sia kerana orang yang dah bangkrapsi tidak boleh lagi disaman.LIHAT kes yang ditangani Karpal Singh.

BENAR BANGAT SEPERTI KATA BRAVEHEART "SUSAH SUNGGUH HENDAK MENEGUR PEMIMPIN.KD AMAT SAYANGKAN UMNO.KD TAK MAHU HANYA KERANA BEBERAPA KERAT AHLI UMNO BUAT PERANGAI,UMNO JADI HANCUR.

p/s.berkata benarlah walaupun pahit!

5 comments:

Anonymous said...

Salam KD.Memang kita sygkan UMNO namun apa daya kita ahli biasa yg tak mengharapkan belas ikhsan UMNO dapat merubah OKU UMNO?.Kita berjuang tanpa mengharapkan apa apa cuma untuk bangsa kita.Sedangkan OKU yg mendapat harta rampasan.Namun mereka juga yg membinasakan UMNO.Biarlah mereka yg berkepentingan ini yg berjuang untuk memenagkan UMNO di PRU nanti. Kita sama sama lihat

Anonymous said...

Kalau kita sayang UMNO, kita kena lakukan perubahan dengen menyenki rkan pemimpin kotor.Mereka
ini sangat senan dikenali.

Apa yang saya bimbang cakap saja sayang, bila mesyurat perwakilan UMNO bahagian untuk memileh pemimpin,
akan berlaku salam pelok dan diselitkan dengan pulus.Perwakilan
tidak lagi melihat kapada kebaikan
dan kepentingan UMNO.Masa itu perwakilan akan buta hati,orang pindik tak sampai 5 kakipun dia akan
kata tngginya 7 kaki,,,,,,ta gitu KD.Tak caya ,kita tunggu dan lihat nantai,,,,,,,,


AKU SAYANG PEMIMPIN HAPRAKKKKKKK,TK

Anonymous said...

umno umno kesian sungguh dah kat umno skrg nih, meraih simpati pengundi muda yg tidak mengenali pemimpin umno yg rata rata memang penipu ambik hak rakyat utk hidup dlm kemewahan rumah byk, kereta hingga tak terbawa berplat seluruh malaysia memang patut benar mari kita tolak pemimpin umno....undilah sape sape pn jgn undi pemimpin umno ni

Anonymous said...

Sapa nak saman KD,sila lah..jangan cakap aje,kalau dah dasar polong,polong jugek la..

chenerong ular said...

wat apaq lah wookmear nak saman menyaman, ugut mengugut?, mungkin cakap KD turk ada yang betul, dia sayangkan UMNO, dia nesihatlah ke urrang2 umno ne?.

Adalah pulak hok tak boleh terima, pukul talipon ke KD main ugut?, mengelabahlah sekejap KD gamok hakuk.

Tapi hakuk puji juga lah kd ne, kerana berani, dia kata dia benar?. sekarang ne dah oke dahlah gamok nya.