KD minum di warung kopi.KD tak mampu nak minum di kopi house,hotel 5 bintang maupun restoran mewah. KD bukanlah orang senang.KD tak dapat kontrak.Tak ada ali baba umno yang nak beri KD projek.Pakai lesen orang pun dapat juga untung seribu dua.KD tak ada pun saham felcra.Tanah anugerah jauh sekali sebab semuanya di sapu oleh kaki tangan pejabat tanah dan kroni-kroninya.Tak percaya tanya lah mereka.Ada pun kedua-dua laki bini pun dapat.Padahal mereka bukan anak tempatan Jerantut pun.Dubuk pariah dan segelintir kaki tangan pejabat tanah sama aje.Sama waktu dan sama warna.
KD bukan ahli umno baru.KD ahli umno lama.Sedangkan ahli umno yang lama pun tak dapat apa-apa, apatah lagi orang macam KD ni.
KD pernah bersembang dengan aktivis yang lama dalam umno.Beliau ni biasa-biasa saja.Tak senang tak susah.Beliau menyatakan kemusykilannya kepada KD tentang ahli umno yang baru berkecimpung dalam umno sudah besar kepala.Beliau bukan dengki tapi seperti kebanyakan ahli umno yang lain melihat keadaan ini dengan perasaan meluat.
Baru sehari dua kenal umno,baru pandai mengeja perkataan umno sudah rakus mengejar habuan politik.Atas kapasiti sebagai ajk bahagian,ajk wanita bahagian dan juga puteri mereka berebut dengan kontraktor marhaen yang lain.Tentulah berlaku persaingan yang tidak adil.Kontraktor rakyat Marhaen terpinggir kerana mereka menggunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan projek.Tentulah mereka yang menang.
Mudah cakaplah,dapat kontrak secara curang.Projek besar maupun projek cipang-cuping habis kebanyakannya disapu oleh mereka dan kroni-kroni mereka.Kontraktor marhaen mengeluh dan mengadu bahawa mereka hanya dapat kuah.Malah ada kontraktor yang menoreh untuk menampung sara hidup.Itu mana yang ada kebun getah.Kalau tak ada......?
Kontraktor dubuk pariah ini mungkin tak sedar orang memerhati dan menyumpah mereka saban hari baik secara vokal mau pun kebencian di hati.Pilihan raya nanti dubuk pariah ni aje lah bekerja untuk parti.Ahli umno yang lain duduk diam aje di rumah.Mana boleh jadi masa berperang ajak orang ramai tapi bila bagi harta rampasan perang dapat ke dubuk pariah yang asyik goyang kaki.
Ada dalam kalangan dubuk pariah ini ahli umno pun tidak.Tapi dialah yang handal sangat mengerjakan segala projek.Lepas dia,dia.Orang lain mampus belaka.Apa orang lain tak boleh buat kerja?Cuma tak diberi peluang aje.Berselindung di sebalik lubang hidung pemimpin besar mereka,mulalah rakus meratah habuan.
Ahli umno yang serius berjuang untuk parti tidak di pandang sebelah mata pun.Jadilah mereka hamba tebus sepanjang masa.Ini adalah kenyataan.Tanyalah majoriti ketua pemuda,ketua cawangan dan wanitanya.Jawapannya sama.Kami terpinggir!
Dubuk-dubuk pariah nilah yang banyak menyamun peruntukan umno negeri semasa kedatangan Najib ke Jerantut dulu.Ini bukan cerita rekaan.Heboh dalam mesyuarat AJK Bahagian.Perbelanjaan terlampau luar kawalan.RM 280 000 peruntukan perhubungan umno negeri melarat sampai hampir setengah juta.Begitu rakus dubuk-dubuk ini merantah bangkai kerbau besar.
Kalau tak percaya tanyalah Kamaruzaman Baria yang terlalu prihatin menentang penyelewengan peruntukan ini.Tapi beliau keseorangan dalam hal ini.Kalau KD ajk bahagian sudah pasti KD bersama Kamaruzaman nahi mungkar.
Ada juga sepasang dubuk jantan betina pariah yang sangat tamak.Dubuk ni pasangan sejoli.Semua projek dia nak.Tak malu-malu merengek-rengek sambil menyeringai tunjuk gigi kuning tajamnya depan Ku Lan.Hamun juga lah Ku Lan melihatnya.Padahal Ku Lan tahu dubuk inilah yang pernah bersumpah takkan bertuankan Ku Lan semasa dia berkempen untuk Dr Shukri dulu.Alih-alih mencium buntut Ku Lan juga.Tapi Ku Lan baik sangat tahap piang.Ada juga anak raja yang macam ni.Kalau kena ke Tengku Rahman mau makan penampar dubuk pariah ni.Bila Ku Lan balik ke Jerantut mula lah dia datang minta duit.Tak begitu Dolah Kicap abang Dolah Tomato?
Ada juga dubuk pariah yang bergantung pada bulu ketiak Ali Baba Umno.Semua projek dia hendak dan dapat pulak ke dia.Kontrak saban tahun bersambung.Agensi kerajaan ini asyik nampak muka dia aje.Orang lain pun boleh buat.Tapi kedudukan dia dalam parti dan Sokongan Kuat Ali Baba Umno maka itu semua dah jadi macam harta pusaka mak bapak dia.Kontraktor lain meleleh air liur.Dia ni pernah mengibas-ngibas seikat wang di depan muka ahli umno.Mesejnya mudah,lu orang lama dalam umno dapat apa?Lu orang semua manyak bodo.Dia tak bertanding G7 takut kutu kerat dia sebab sombong bangat.Tau takut!
Satu lagi kelompok dubuk pariah penyamun ada di Jerantut.Ini adalah dubuk pariah elit.Dubuk pariah ini satu keluarga sental projek.Tak cukup dengan itu sepupu sepapat dia pun sental juga.Dalam erti kata mudah proksi dan kroni.Dubuk bapak,dubuk emak,dubuk anak dan dubuk sepupu sepapat ni mengilai-ngilai meratah daging korban!!!!
Ingatlah,
Mendapatkan rezeki dengan cara menganiayai orang lain tidak akan ada keberkatannya.Sebab itu lah sentiasa berada dalam keadaan serba tidak kecukupan.Hendak lagi,hendak lagi,hendak lagi samapailah mati.
Itulah UMNO yang penuh warna-warni.Dunia,dunia.Macam-macam ada!!!!!!!!!
7 comments:
Biarkanlah mereka memuaskan nafsu terhadap harta dunia ni,takkan ke mana mereka tu.Tiada berkat dan jiwa sentiasa tak tenang kerana asyik mengejar dunia takut-takut terlepas projek pulak.
KD teruskan usaha anda untuk mengingatkan rakyat agar berhati-hati terhadap manusia jenis ini dan lain jenis manusia yang tak tahu bersyukur akannikmat Allah.
Pendedahan terhadap penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan perlu diteruskan kerana ianya membabitkan kepimpinan dan pemerintahan negara dan melibatkan kepentingan Umum.Syabas KD,kebenaran pasti menang.Anda adalah pejuang rakyat marhaen!
kd penakut..ckap biar terang..buktikan..ckap kias2 mcm tu, tak da batu peler..akhirnya org kata kd blog sasau je
Hanya orang yang cerdik dan berakal saja memahami bahasa kiasan.orang bodo,orang pekena syabu,orang terencat akal,orang yang terlibat,orang yang suka maki hamun orang,orang yang suka mencarut memang tak kan faham sebab akal tak sempurna!!!!
itulah haji rusdi,bangang itu pn x tau. keje dia lah yg mengerjakan projek jerantet ni.xde kias dah.ckp terus terang je dah.mampus gitu lah rusdi awang liku, eh silap pulak..sulong
Haha pemimpin pemimpin UMNO tetap tidak akan berubah.Kitalah yang mkesti merubahy mereka jika kita bijak
Denyutan nadi Umno dulu, kini dan seterusnya... Sekarang musim mereka berebut2 harta mengikut nafsu nafsi kerana bimbang berakhirnya sebuah impian....
Pang5 Banir...
Tahniah KD.
Post a Comment