Friday, 14 October 2011

Gendang Perang Bila "Hanya Babi Makan Biji Getah"....


Orang Melayu tradisional Pahang suka makan perah. Asam rong dibuat dari perah.


Bila perah payah dapat orang Melayu tradisional Pahang guna biji getah sebagai inovasi buat asam rong melalui proses. Ikan Kenerak rasi dengan gulai asam rong.


Orang Jerantut suka makan gulai asam rong yang dibuat dari biji getah atau perah. WZWH kata sebab payah perah orang Jerantut cipta bahan asam rong baru dibuat dari biji getah.

Inilah makanan kesukaan orang Jerantut, Raub dan Lipis. Bila balik Jerantut mesti cari gulai asam rong. Orang luar pun bila dah rasa pasti gila.

KD bukan nak cerita resepi gulai masakan tradisional. KD nak cerita perihal politik asam rong. Ada pemimpin luar hina orang Jerantut bila kata "hanya babi makan biji getah!"

SPU dan Urag Drrulug dalam posting mereka kata ada parti baru mahu bertapak dan begitu bersemangat mencari pengaruh politik Jerantut. Parti baru ini mahu letak calon parlimen dan 3 DUN di Jerantut pada PRU 13.

KD tahu pemimpin ini dan pengikut tegarnya suka makan budu tapi janganlah hina asam rong gulai kesukaan orang Jerantut. Pernah dulu seorang mantan ahli parlimen berkata begitu, "hanya babi aje makan biji getah". Lihat apa jadi pada PRU 1995, ahli parlimen itu tewas majoriti 900 undi di DUN Tahan!

Bila WZWH dalam posting terbaru menyebut "hanya babi makan biji getah" itu sebenarnya mesej halus gendang perang dari WZWH kepada orang Jerantut. KD tak kisah kalau pemimpin parti baru itu mahu bertanding parlimen Jerantut dan DUN Tahan sekaligus itu hak demokrasi.

Buatlah program di Jerantut. Buatlah program di DUN-DUN...tapi bila hina orang Jerantut terutama di DUN Asam Rong maka terimalah akibatnya...

No comments: