Sunday, 23 October 2011

Ali Baba UMNO Dan 40 Penyamun UMNO

Beberapa blog di Jerantut telah menyentuh tentang pemimpin basi dan kroninya di Jerantut khususnya dan tentulah di Malaysia amnya.Apa yang diperkatakan itu memang banyak benarnya.Tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Manusia dan alam telah menyaksikan kebenaran tersebut.Maka jadilah ia buah mulut bagi orang yang ada satu mulut apatah lagi bagi orang yang ada dua mulut.Lantas bertebaran tutur kata mereka di ruang udara terbuka.

KD telah menyaksikan perihal ini sejak sekian lama.Hanya dapat memerhati tapi tak dapat mengubati penyakit ini.Kerakusan mereka ini ibarat rakus seekor sang dubuk di bumi Afrika.DUBUK adalah sejenis binatang yang sangat rakus.Bau busuk badannya tahap tok pekong.Habis semua binatang yang lain lari apabila di hampiri dubuk ini.

Selain itu dubuk ni mempunyai gigi yang sangat tajam.Kulit gajah yang tebal tahap gili pun terkoyak jika dibaham dubuk.Setelah binatang lain bersusah payah berjuang untuk mendapatkan rezeki buruan maka terhegeh-hegeh lah dubuk menghampiri.Binatang yang malang dah lah letih berjuang mencari rezeki tiba-tiba lari lintang pukang nampak dubuk yang tersengih-sengih tak tahu malu.

Kalau setakat serigala tak apalah.Ini harimau apa jenis pun baik puma,harimau akar,harimau kumbang dan lain nama un takut kan dubuk.Hebat betul hamba Allah yang bernama dubuk ni.Yang melengkapkan kehabatan mereka ini ialah mereka sangat bersatu dalam menyamun harta rampasan.Tidak seperti UMNO dan PAS yang sentiasa bercakaran sesama sendiri.Akibatnya Kuasa yang tinggal ini lambat laun akan tergadai kepada puak kuffar.

Di Jerantut dan mungkin juga di seluruh Malaysia ada juga manusia dubuk.Jadi KD orang Jerantut.maka tak nak lah KD ambil tahu hal orang di tempat lain berkaitan dengan politik sang dubuk ni.

Sang Dubuk sama tarafnya dengan Ali Baba Umno dan 40 penyamunnya.Di Jerantut Ali Baba UMNO amat pemurah.Selain itu dia dia ramai pengikut dan di hormati kawan dan lawan.Namun begitu dia juga berkawan juga dengan 40 penyamun.Perkawanan itu sangat erat.Oleh kerana eratnya persahabatan maka 40 penyamun ini mula mengambil kesempatan dan keuntungan atas persahabatan yang erat itu.

Maka mereka berjaya mendapat tempat dalam kalangan kepemimpinan atasan parti.Penyamun ini juga lah yang dilantik menjadi ahli majlis daerah.Dengan sedikit kuasa yang dipinjamkan kepada mereka mulalah dubuk penyamun ini merompak segala projek yang ada untuk diagih-agihkan kepada dubuk-dubuk pariya poodah.

Segala kontrak baik kontrak bagi,kontrak sebut harga,kontrak tender dan segala macam nama kontrak apa jadah pun di sapu oleh dubuk penyamun dan dubuk-dubuk pariah ni.Tak cukup dengan itu dubuk bini,dubuk anak dan dubuk sepupu dan sepapat pun mengketedarah secara haram.

Yang menjadi rungutan kontraktor-kontraktor marhain ialah pembahagian yang tidak adil.Banyak kerja kontrak hanya dapat kepada dubuk anak emas dubuk penyamun.Dubuk anak emas guna lesen orang.Banyak lesen orang di pegangnya.Dubuk emas ni dapat segalanya.Kerbau,lembu,rusa,dan lain-lain binatang kaki empat yang besar-besar termasuklah babi tunggal dapat dibahamnya.Tuan punya lesen dapatlah habuannya anak tikus mondok.

Ada dubuk anak angkat dubuk penyamun ni yang saban tahun dia dapat sambung kontrak yang sama.Dah jadi macam harta pusaka dubuk pulak.Kontraktor-kontraktor marhaen hanya dapat memerhati dengan hati yang terguris luka.Kalau dapat pun yang lebih-lebih habuan dubuk penyamun and compeni.Dapatlah anak kambing gurun,arnab australia dan juga landak kurus.

Dalam kalangan rakyat marhaen Jerantut tiadalah dapat sedikit pun nikmat dari dubuk-dubuk pariah ni.Kedekut nak mampus.Tapi dubuk penyamun bolehlah tahan pemurahnya.Dia tahu bersyukur dan rajin membantu orang.Ada juga kebaikannya.tidak boleh dinafikan begitu saja.Cuma dubuk-dubuk pariah ni tak tahu bersyukur dan bersedekah.Maklum lah orang tak pernah dapat wang banyak.

Keadaan ini kalau terus di biarkan akan merosakkan sokongan rakyat kepada pihak pemerintah.Penyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan kroni dan nepotism yang menjadi-jadi tanpa ada kawalan sang pemerintah akan membawa rebah tersungkur dan tersingkir.

Ingatlah,buatlah baik,kalau boleh tambah lagi kebaikan tersebut.Buatlah jahat,kalau boleh tambah lagi kejahatan tersebut.Tapi apakah Allah hanya memerhati? 

8 comments:

TUALANGTIGA said...

salam KD, satu kiasan yang amat tepat, sudah menjadi darah daging bagi mereka yang berkepentigan?, syabas, harap harap saudara dapat memberi ulasan yang lebih tajam bagi setiap kecelaruan yang berlaku di dalam ORGANISASI TERTENTU JUGA AGENSI RERLIBAT!!!

Anonymous said...

Tak payah kias-kiaslah KD.Sebut aja orangnya.Tak payahlah awak buat-buat cerita tak betul.Cocok ajalah gaji tu lepas tu main macok.Tak payah gi sekolah.

Peminak KD said...

Anon deratah,
kalau nork kumen-kumenlah molek sikit.Gun tu kroni dubok.

Anonymous said...

cakap terus terang je la kd..bru gentleman..main kias2 tak terasa sgt..pembaca ppun tak faham. atau kd takut? kalau takut, tak payah la tulis..

Anonymous said...

mentekedarah haram ni dah memang jadi cara UMNO sejak dulu lagi.tiada UMNO tiada rasuah

Kutukandewata said...

anon 1.34,
Ketidakupayaan otak berfikir dan berhujah tentang sesuatu isu dengan hujahan yang logik dan berfakta mengakibatkan keluarnya kata umpat dan cacian dari mulutnya.Mulutnya mengambil fungsi otak.

Buktikanlah otak anda berfungsi dengan baik.nyatakan hujah anda samada betul atau tidak apa yang saya kata.kalau betul sokong.kalau tak betul sanggah dan berikan buktinya sekali.Kalau anda termasuk dlam kalangan dubuk tersebut belalah diri anda,bersihkan nama anda dengan keterangan yang menyokong hujah anda.Barulah otak anda berfungsi dengan baik.TQ

Rakan sepermainan KD said...

KD main macuk?KD mengajar? Kah!kah!kah!kah!Bila pulak KD jadi Cikgu?Sarjana sains politik jadi cikgu?Kah!kah!kah!

Saudara Arif Fahmi,teruskan usaha anda menulis demi kepentingan rakyat jelata Jerantut.Bak kata saudara menekalahlah dalam kesamaran buat anon-anon yang sibuk menjejak kasih!

Anonymous said...

kak kah kah kah hanya yang tau jer tahu?