Friday, 14 October 2011

Ku Lan Perlu Jadi Aset Politik Jerantut


Ku Lan tokoh politik Jerantut. Berwarna warni. Dulu Semangat 46 dicemuh kemudian UMNO dijulang ahli parlimen dan Ketua Bahagian.

Berjawatan Timbalan Menteri. Orang Jerantut berharap Ku Lan pergi jauh...tak kesampaian. Ku Lan menolak jawatan Timbalan Menteri mengejutkan negara. KD faham....

Bila tidak berjawatan, kurang orang beri perhatian...itu adat dan lumrah politik. Sebenarnya Ku Lan menyesal tapi nasi sudah menjadi bubur.

Namun di dewan parlimen Ku Lan dihormati kawan dan lawan. Pegawai kerajaan hormat kepadanya. Ku Lan anak raja yang gentelman dan cultured. Payah mahu jumpa orang yang sangat humble macam Ku Lan. KJ pun akui orang lain ramai yang langsi tidak down to earth macam Ku Lan.

Di Jerantut Ku Lan layan semua orang tak kira apa kumpulan. Ku Lan menerima pandangan semua kumpulan. Walau ada orang atau kumpulan mengata dan memburuk serta menganiya Ku Lan tetap Ku Lan sabar. Kalau ada kelemahan orang-orang tertentu yang rapat dengannya tetap Ku Lan lindungi. 

Begitulah Ku Lan anak raja yang mulia.

Tetapi politik Jerantut mahu Ku Lan menyedari realiti politik bahawa Ku Lan tidak berbuat apa-apa. Bila tidak berbuat apa-apa tentu tidak nampak salah. Wan Amizan yang banyak eksperimen buat banyak apa-apa di DUN Tahan orang mudah nampak ada buat salah.

3 penggal sudah cukup lama buat Ku Lan. Ku Lan sudah membazir waktu, masa dan peluang. Sudah ramai ahli-ahli politik Jerantut yang berkebolehan dan berpengalaman mati begitu saja hilang dari persada politik Jerantut....

Patah tumbuh hilang berganti. Pemimpin lama pergi , pemimpin baru datang...Ku Lan berhadapan dengan pengundi muda Jerantut yang membentuk 60% daripada jumlah keseluruhan 52,000 pengundi. Mereka adalah generasi Z, X dan Y yang 'savvy' media baru, facebook, twitter, blog dan internet.

Pengundi muda Jerantut mahu orang baru yang muda menganti Ku Lan. Adakah Ku Lan memahami?

Ku Lan perlu belajar politik mengundur diri dari kumpulan singa dan buaya. Dalam kumpulan singa dan buaya ada ketuanya. Setelah lama memerintah....akan ada 'fresh blood' yang akan mencabar. Mungkin boleh menang mungkin kalah. Tetapi pertarungan sengit selalu berlaku. Biasanya ketua baru akan mengambil alih.

Apa yang Ku Lan mahu lagi dalam politik Jerantut? Semuanya sudah dapat. Tan Sri sudah dapat. Orang Jerantut sudah lama menunggu Ku Lan samada boleh dapat menteri penuh. Pandangan KD mudah saja...dealnya cukup mudah. 

Jika Ku Lan boleh membuktikan kepada orang Jerantut bahawa jika Ku Lan bertanding lagi sekali dan pastikan dapat jawatan Menteri Penuh...KD jamin Ku Lan boleh menang lagi. Masalahnya bagaimana nak yakinkan orang Jerantut. Orang Jerantut sudah kecewa. Sedara sedarah daging Ku Lan sendiri sudah tidak yakin dengan kesungguhan Ku Lan.

Sepatutnya anak raja Pekan tidak begitu. Anak raja Pekan adalah 'fighter'. Ku Lan telah diberi option A dan option B. Dapatkan Menteri Penuh....atas kertas boleh buat apa yang susah PM orang Pekan...Option B jadi MB Pahang PRU 13 tapi Ku Lan teragak-agak.

Apa keputusan Ku Lan sekarang?....pepatah Inggeris mengatakan anda boleh bawa seekor kuda ke sungai sampai ke gigi air namun anda tidak boleh memaksa kuda itu minum air!

No comments: