Blog WZWH telah meramalkan pertandingan 3 penjuru parlimen Jerantut PRU 13. Beberapa blog Jerantut seperti Urag Drrulug dan Suara Prihatin UMNO Jerantut bersetuju bahawa kemungkinan berlaku pertandingan 3 penjuru.
WZWH telah memberi amaran kepada UMNO Bahagian Jerantut bahawa pengundi muda yang membentuk 60% dari kesemua pengundi 52,000 parlimen Jerantut akan membuat perubahan dan kejutan besar dalam PRU 13 nanti.
WZWH juga mengatakan parti 'underdog' KITA akan menurunkan calon muda anak tempatan berkelulusan tinggi dan berjaya untuk menarik pengundi muda Jerantut.
KD merasakan pengundi muda Jerantut mahu orang muda bertanding parlimen Jerantut. kalau dilihat UMNO dan PAS telah mengemukakan calon lama yang muka mereka sudah basi dan tidak ada daya penarik tidak berseri. Pengundi muda Jerantut sudah muak dengan calon lama UMNO dan PAS.
Calon UMNO sudah 3 penggal menjadi ahli parlimen namun pengundi muda Jerantut bertanya apa sumbangan kepada Jerantut? Apa program interaktif dengan orang muda Jerantut? Pengundi muda Jerantut mahu calon anak muda tempatan yang memahami rentak naluri ledakan kemahuan darah muda dan cita rasa anak muda Jerantut.
Calon UMNO otai itu telah membazirkan peluang mandat 3 penggal yang diberi oleh pengundi Jerantut. 60 % pengundi dari 52,000 pengundi Jerantut adalah anak-anak muda yang tidak heran dan kisah apa istimewanya calon yang turun dari dewa kayangan kalau tidak boleh memijak pasir dan lumpur apa lagi merempuh semak belukar.
KD dapat merasai dan menjiwai calon UMNO otai itu tidak dihati pengundi-pengundi muda Jerantut. Pemimpin dewa kayangan ini tidak boleh berjemur panas dan berhujan di Jerantut.
PAS juga perlu tukar calon lama parlimen yang muka masam dan tidak mesra anak-anak muda Jerantut. Anak-anak muda Jerantut juga tidak suka parti PAS Jerantut yang bersikap anak beranak dan lebih mementingkan puak plet D Batu Balai saja. Anak-anak muda PAS tempatan Jerantut apa kurang kehebatan mereka.
Calon lama PAS Jerantut ini pun duduk di Kuala Lumpur sibuk dengan perniagaan SPA sudah jarang-jarang balik ke Jerantut. Apa yang ditulis dalam posting terbaru Parlimen 81 bahawa PAS Jerantut semakin parah adalah benar.
KD tertanya siapa anak muda tempatan calon parlimen KITA Jerantut PRU 13 yang akan menarik perhatian majoriti pengundi-pengundi muda Jerantut. Anak muda tempatan Jerantut ini dikatakan sedang meyusun jadual perjumpaan dengan pengundi-pengundi muda terutamanya di parlimen Jerantut. Anak muda tempatan Jerantut ini akan mula berkempen ke DUN Damak, DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan.
Perjumpaan dengan anak-anak muda Jerantut di bandar Jerantut akan diadakan pada masa terdekat. Sebuah restoran besar di Jerantut telah ditempah bagi mengatur pertemuan dengan pemimpin-pemimpin muda NGO Jerantut.
KD ingin mengingatkan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut tidurlah...dan tidurlah....dan tidurlah wahai UMNO....tidurlah wahai Raja...
Amaran SPU bahawa kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang jauh ketinggalan dalam penggunaan media baru dan media sosial akan memberi kesan dalam PRU 13 nanti akan menjadi kenyataan!
6 comments:
kaweh setuju amat wehhh dengan penulisan awok yg nieeee.....hok dduk bahagian tidor laaaa...Ajk pong tidor..hok atas lge lohhhh...org lain semua uat kejerr dohhhhh demerrr...huhhh dok mengaturr ank buah melobi projekkk..molek amat lahhh...bior nyer kalah baruuuu lohhh demer reti bahasa..tp demer semua doh kayo...apaer peduli sama org lainnnnn...
Sebenornya UMNO dah tua.Dah nyanyok dah kalau mengikut umur tu, Sebab tu UMNO dah nampak tak relevan lagi dah.Pemimpin pemimpin UMNO asik nak cari duit poket aje tanpa mengira kepentingan rakyat jelata.Selamat tinggal UMNO
takyah nak beranganlah KD..kalu takat parti KITA ni..nak tanding P081 kalu tak hilang posit pun mujur.. bkn nyer org muda Jtut ni pandir supe aok ... mereka pun ada wawasan juga sbb mereka nih berpendidikan ... lain lah kalu calun yang mereka nak sokong tu tak berpendidikan... ha tu mungkin diaorg tak ndak...... sbb kalu blh calun yg mereka akan sokong nnt biorlah bijak dan berpendidikan tinggi............... ( bak kata org kalu nak ikut biorlah org tu bijak drpd kita.tak gitu )
takburlah takbur,umno dah nazak nak mampus pun kau masih takbur.orang macam kau ni lah yang menyebabkan najib hampir kalah di pekan.
jangan menidakkan keupayaan golongan muda yang banyak terdedah kepada teknologi maklumat terkini.orang macam awaklah yang menyebabkan pengundi muda benci kepada umno.mampuslah kau.
Minta link kan blog 123silekuk.blogspot.com ke laman blog saudara. Terima Kasih
Saudara 123 lekuk,
blog saudara dah di link kan.link lah pulak blog kas ke blog awok.
http://kutukandewata.blogspot.com.
terima kasih.
Post a Comment