Friday, 28 October 2011

Umno Sakit,Tentu Ada Ubatnya.

Kita sering mengatakan bahawa Umno sudah punah dan ranah.Kita kata umno sudah teruk.Urag dRuluug kata umno perlu di perabihkan semua calonnya(he!he!he!he!).Orang kata umno dah tak dapat sokongan orang muda.Deme kata umno akan kalah pilihanraya.Wak me kate...................

Teruk amat weh umno ni kena belasah.Semua orang belasah secukup-cukupnya.Belasah memang senang.Kutuk memang senang termasuk aku lah yang jadi pengutuk hantu seharu-harunya.Ye ke KD ni kaki kutuk umno?Cuba tengok posting-posting KD.Kutuk ke tu?Nasib badanlah kena marah dengan orang umno sebab belasah Umno.

Namun pada hakikatnya KD tidak belasah umno,Kd hanya belasah kudis dan pekung yang melekat pada umno.Memang ianya kenyataan bukan khayalan.Hal yang demikian memerlukan analisis dan eksperimen bagi mencari ubat kepada sesuatu penyakit.Tiap penyakit ada ubatnya.Kalau orang di luar sana yang kuat belasah umno selumat-lumatnya KD harap tolong sediakan ubat untuk umno yang berkudis ni.

Sering terjadi,dan sering terjumpa orang yang mengadu sakit maka banyaklah cadangan ubat-ubatan yang keluar daripada mulut-mulut doktor(bukan dr Shukri) yang tak bertauliah.Si sakit tadi cepat pula terpengaruh kerana nak baik cepat.Akhirnya dapat sakit buah pinggang kerana ginjal tak mampu nak proses dan tapis bahan kimia yang terlebih dos.Moralnya:Nasihat dan pandangan biarlah yang mendatangkan kebaikan bukan kehancuran.

Nak ubat sakit kena kenal pasti puncanya.Kalau gigi sakit cabutlah gigi jangan cabut bulu ketiak.Apa yang pasti bulu ketiak uRag dRuluug panjang amat,tentulah berserabut sebab subur amat.Sebab itu dia asyik mengomel macam anak dara mengurat one number dan wan clayrru dalam setiap postingnya.Cinta yang tak berbalas lebih-lebih lagi mendambakan cinta one number.Gamoknya lah wehhhh.

Kenalpasti punca.............dan pastikan ubatnya......

1.Beranak pinaknya Rasputin gila di sekeliling Tsar.Lahirnya ramai Hamam disamping Firaun.Muncul sekian ramai Raja Mandeliar,Naina Sura Diwana(bukan Dewata)dan Patih Kerma Wijaya di sebelah sultan Melaka.

Keadaan  ini boleh merosakkan minda pemimpin.Desakan dan rengekan mereka akan membuatkan pemimpin mengalami tekanan luar jangka.Akhir nya keluarlah keputusan tidak wajar yang mengundang tohmahan dan rungutan rakyat.

Jadi nyahkan mereka,.maksudnya bukan bunuh tapi jauhkan diri dari mereka dan kurangkan atau hapuskan terus pengaruhnya terhadap pemimpin.Ini terpulanglah kepada pemimpin berkenaan.Tapi rasanya waham.Bukan senang nak tolak puak ni lebih-lebih lagi yang dah berakar tunjang dan sama bersubahat.Jadi kalau nak baik sakit makan ubat ini.Kalau tidak makin sakit.
 
2.Orang tua merajuk orang muda menyampah.Pemimpin umno sering melupakan orang tua, veteran umno dan orang lama pesimpati umno.Mereka rasa tidak di hargai dan dipinggirkan dari arus perdana politik umno.Akhirnya mereka jauh hati dan merajuk.Tindakan nekad join pembangkang.

Menangani masalah ini tidak susah.Kita boleh buat sekali sekala majlis jasamu dikenang.Mereka tentu bangga kerana masih ada yang sayang dan meraikan mereka.Sekali sekala buat konvoi baik pemuda atau puteri atau wanita menziarahi golongan ini.Mereka tentu berbangga kerana masih ada orang yang ingat kepada mereka.Mereka bukan hendak wang ringgit cuma nak kan sentuhan naluri kasih sayang.Tapi kita sebagai anak tidak salah hulurkan sumbangan sekadar yang termampu.Tak mampu amendenye,masa pemilihan boleh pulak berabih duit.Jadi makanlah ubat ini.Kalau tidak kalah.

Orang muda merasakan mereka terbiar.Tidak dipanggil atau dilibatkan mereka dengan aktiviti arus perdana.Mereka hanya memerhati dari jauh.Aktiviti untuk mereka sangat kurang.Tiada usaha pemimpin parti untuk merapati golongan ini.Akhirnya mereka menyampah melihat keelitan puak umno.

Menangani masalah ini memerlukan komitmen yang tinggi dan kesungguhan.Jangan hangat-hangat taik ayam.Kalau dulu umno begitu berjaya memenangi hati orang muda,mengapa sekarang tidak?Orang muda kebanyakannya bekerjaya.Bukan duit ringgit jadi idaman cuma aktiviti dan program di dambakan.Bagi yang tiada kerjaya mereka perlu dirapati dan diusahakan kursus kemahiran atau sebagainya bagi memasuki pasaran kerja.Persiapkan mereka dengan pelbagai kemahiran agar dapat menjalani hidup yang lebih sempurna.

Dulu begitu meriah orang muda bersukan.Wakil rakyat melayan dan memanjakan mereka.apa saja yang diminta dimakbulkan.Itu yang menyebabkan satu pasukan bola sampai ada 4 set jersi.Begitu sayangnya wakil rakyat dulu kepada orang muda.Pelbagai kejohanan sukan bola sepak 11 sebelah,9 sebelah,7 sebelah malah 5 sebelah dianjurkan.Maka meriahlah orang kampung bersorak gembira kena sumbat lima gol.Dalam diam-diam orang umno edar borang keahlian.Berduyun-duyun orang muda masuk dan menyokong umno.
Sekarang?Banyak padang jadi sarang toyok.Terbiar.Inilah ubatnya.ikut aje lah.

Letih dah KD ni.Lain kali KD sambung lagi!

5 comments:

TUALANGTIGA said...

Salam KD, harap-harap jangan lah tersalah beri ubat pada mereka mereka itu, jika nak beri juga, KD kena pastikan bahawa ubat ubat yang di beri hendaklah di di pergunakan dengan betul, mengikut peraturan yang di tetapkan, kalu boleh KD sendiri kena sedia kan ramuan ubatan tersebut, baru lah rasanya dapat mengubati penyakit pemimpin pemimpin kita ini, amaenda jika terslah beri ubat, takut penyakit tamok mereka itu semakin teruk, ekekekek....

Kutukandewata said...

Tualang tiga,awok tolong lah kas gatek.awok lagi pakar daripada kas.kas ni sakit bisul bolehlah jampi.tapi rasanya kekanda CU tentu ada ubatnya,sebab beliau tu banyak ilmunya,Tak gitu UD?

Anonymous said...

aii KD ne, apalah yang ditahunya CU tu, duduk der urrulug, jarang ilir, pokok getah dengan pokok gaharu tahu lah gamoknya CU tu, tak tau lah pulak UD takut takut tahu lebih lagi pada KD tentang ubat yang mujaarab, tapi UD ne dah mudek lah pulak

Anonymous said...

Untuk mengubat penyakit UMNO Jerantut sangat mudah sekiranya ahli dan
perwakilan mengunakan akal dan yang
Allah kurniakan kapada kita.

Penyakit besar ialah pada YB dan AJK
Bahgian[TIDAK SEMUA ].Kalu demam dengi disebabkan nyamuk dengi,pihak
kesihatan bunuh nyanuk dengi.

Kita ahli UMNO terutama perwakilan boleh bunoh pembawa peyakit yang ada
sekarang senangkan......baru boleh
sihat semula UMNO.

Yang jadi masallahnya perwakilan banyak
boleh dibeli,siapa beli mahal dia jadi
pujaan dan ketua walaupun mereka sangat
tidak sesuai jadi ketua.Sudah nenjadi
lumrah alam bahawa ketua itu sebagi
ikutan dan juga sebagi kayu ukur kapada
mesyaraka baik buruknya sesebuah organisi
samaada parti politek,NGO mahupun sebuah
kerajaan.

Tepok dada tanya akal,baru boleh memileh
dengan betul,tapi yang bahaya apabila tepok dada mintak duit,itu yang jadi hilang akal dan buta perut,,,,,,,,


AKU CAYANG,,,,umno tk

Kutukandewata said...

AKU CAYANG,
Bukan senang nak ubah mentaliti perwakilan umno ni.dah di ajardengan duit sejak dulu lagi.

orang bertanding tu kalau boleh tak nak keluar se sen pun.pelik kan nak berkhidmat perlu bayar.sepatutnya perwakilan yang bayar kepada orang yang nak menawarkan khidmatnya.ini jadi terbalik pulak.Tak hulur ugut calon.jadi salah perwakilan lah sebab letak sebut harga ,harga tender.
Kalau perwakilan boleh ubah minda tak kebulur duit sudah tentu orang tak berduit pun boleh menang.

bila pemimpin salah laku mulalah marah.sedangkan itu semua salah diri sendiri.Tapi apa pun perwakilan ni tentu sukar untuk berubah.Berani kerat jarilah!