Tuesday, 18 October 2011

Melayu Semakin Derhaka-Impian Republik Makin Jadi Nyata.

Sehari dua yang lalu kedengaran suara derhaka menyalak-nyalak menyanggah titah di Raja.Kalau sanggahan itu seperti sanggahan Hang Jebat(Bukan Blogger Laksamana Jebat)mungkin masih boleh diterima kerana menegak kebenaran.

Nyata sekali sanggahan mereka ini sanggahan derhaka.Titah Sultan sebagai ketua agama negeri wajar dipatuhi selagi ianya tidak menjurus ke arah maksiat dan keburukan.Titah sultan sudah terang lagi bersuluh menentang gejala murtad.

Apa yang malang sekali sanggahan ini melibatkan orang cerdik tapi tidak berakal.Cerdik tak boleh di ikut bodoh tak boleh di ajar.Seorang yang bertaraf mahaguru kalau di zaman dulu boleh mengenepikan nilai hormat pada payung negeri.Titah itu pula untuk kebaikan.

Mungkin berasakan diri terlalu cerdik maka semua orang tidak betul dan salah dalam tindakan dan perlakuan.KD sering membaca artikel terbitannya.KD dapati beliau mempunyai sifat bias kepada kelompok pilihannya dan mengenepikan lautan ilmiah yang ada padanya.

Seorang lagi sudah dikenali di Malaysia sebagai seorang pembela gereja.Segala tindakannya melawan arus gelombang agama Islam.Sekarang status keagamaannya semakin diragui.Apakah dia sudah terminum holy water?Mungkin secara tak sedar ada kutu yang memasukkan air tersebut kedalam minumannya,mana tahu?Itu yang mungkin menyebabkannya menjadi pak turut gereja.Macam orang dah terkena makan nasi  kangkang binilah.Ikut perintah sokmo lah.

Fenomena menentang Sultan ini sedang dipelopori oleh Republikan Malaysia.Ini baru permulaan.Baru penyediaan tapak semaian.Benihnya sudah di hasilkan oleh Pak Samad Said yang beria-ia mahu menyingkirkan golongan bangsawan daripada arus perdana pemerintahan negara.

Eksperimen sedang dijalankan.Sultan Selangor menjadi sasaran.Bibit-bibit derhaka ini cuba di sebarkan melalui provokasi dan tindakan.Dengan harapan akan ada pula yang mengikuti dan mencontohi.Dengan harapan makin lama-lama makin membarah dan menular ke seluruh negara.

Harapan ini selalu menjadi impian.Impian mahu melihat Malaysia menjadi republik.Maka anti raja mesti dilaksanakan di seluruh Malaysia.Maka impian akan menjadi kenyataan.

Sanggahan terhadap sultan hanya lah gimik dan kosmetik.Target utama ataupun agenda besarnya ialah menghasut rakyat agar melawan sultan.Perasaan benci pada sultan mesti ditanamkan di dalam jiwa rakyat agar cita-cita mereka tercapai.

TETAPI mereka lupa pada seruan Islam yang menyarankan kita mentaati ULUL-AMRI.

MUNGKIN MEREKA TIDAK BERJUMPA HADIS NABI YANG MENYATAKAN BAHAWA DUNIA SEMAKIN HAMPIR KEPADA KIAMAT APABILA ANAK HAMBA DAN ANAK GEMBALA   DIANGKAT PENJADI PEMERINTAH NEGARA .

Jelaslah kepada kita bahawa berdasarkan kepada hadis tersebut, dalam menentukan kepemimpinan negara kita tidak boleh tangkap muat dan cincai-cincai.Nabi telah memberikan garis panduan dalam hadis tersebut.Oleh kerana itulah pemerintahan beraja di Malaysia ini sudah ditakdirkan Allah nasabnya bersambung dengan Rasulullah saw.

Kesultanan melayu nasabnya adalah nasab Syed Al-Idrus bernasabkan Syaidina Hussein(Syahid Karbala)cucu Rasullulah.Sultan Brunei dan raja Jordan bernasabkan Syaidin Hasan(cucu rasullullah).

JUGA BARANG DIINGATKAN BAHAWA NABI JUGA BERPESAN JANGANLAH KITA MEMUSUHI DAN MENYAKITI AHLUL-BAIT YAKNI KETURUNANNYA.

APAKAH TUAN GURU TIDAK MENASIHATI ANAH BUAHNYA TENTANG PERKARA INI?SEDANGKAN BELIAU LEBIH TAHU BERKENAAN HADIS-HADIS TERSEBUT.

Tentang kerajaan BN,Tak apa.Kita ada PRU.Lawanlah jangan tak lawan.Ada kudrat menang,tak ada kudrat gerenti terpukang.

KEPADA PARTI KITA,SELAMAT BERTANDING DI JERANTUT.AKAN TERCIPTA SEJARAH DI JERANTUT PERTANDINGAN  TIGA PENJURU DI SEMUA DUN DAN PARLIMEN.BERLAWAN TETAP BERLAWAN TETAPI SILATURRAHIM JANGAN PUTUS KERANA KITA ADALAH BERSAUDARA SESAMA ISLAM.!!!!!!

2 comments:

chenerong ular said...

yang penting kita sebagai KHALIFFAH yang tepilih di bumi allah ini henadk lah memberikan teladan yang baik, hati kena ikhlas, murni, tanpa mempunyai kepentingan peribadi, jika kita ingin menurut sunah, memang kita sebagai ulul-amri di wajibkan mempunyai akhlak yang terpuji, yang boleh di ikuti oleh oleh rakyat jelata,menjadi tempat rujukan dan tidak memihak mana kumpulan, jawatan kita nak, tapi apa yang kita lakukan adakah menurut islam?, begitu juga lah yang dikatakan ulul-amri, tindak tanduk mereka tak ubah macam orang biasa, malahan lebih lagi,kerana mereka ada kuasa, mereka merebut semua yang di perlukan oleh rakyat, walau tak semua melakukan perkara sedemikian, tapi rata rata terlibat, dengan projek kerajaan, tanah, balak,lombong dan macam macam lagi, mereka ini tidak pernah merasa puas untuk mendapatkan kekayaan, kerana mereka menghabiskan macam mencurah air ke daun keladi jer, rakyat semua pandang ini, sepatut nya ulul amri ini sejak kecil kagi di masukkan kesekolah pondok mengafal al quran, bila besar hantar sekolah biasa selkadar mendewasakan mereka, kerana jawatan mereka adalah keturunan.

Baru lah jika dah diangkat menjadi ulul amri, kita rasa mereka ini akan menepati untuk menjadi khaliffah, apabila pm. mb membuat slah, tegur dengan hukum tuhan, hari jumaat sekali sekali naik mimbar, baru lah boleh dikatakan ululamri yang ada class, sebenarnya saya sayangkan institusi ini, tapi empunya badan lah yang tak dapat menjaga agar jawatan mereka sentiasa di pandang tinggi oleh rakyat, fikir fikirkan lah, ini adalah pandangan pribadi saya, saya bukan mempunyai niat untuk menderhaka

Kutukandewata said...

Salam saudara CU.

Terima kasih kerana memberi pandangan yang cukup bernas dan berfakta.pandangan seperti inilah yang diharapkan agar pemikiran kita sentiasa berkembang.
Saudara CU lebih menjurus kepada sahsiah peribadi.itu bagus untuk menjadikan tuan empunya diri memuhasabah diri agar menjadi payung negeri yang berkualiti.
Posting KD lebih menjurus ke arah tindakan yang postif yang di ambil sultan tetapi di tentang oleh peribadi yang berkepentingan tanpa melihat bidang kuasa sultan sebagai ketua agama.
baginda menyeru ke arah amal makruf dan nahi mungkar,kenapa di sanggah?itu yang KD fokuskan di sini.
"taati ulul amri selagi tidak menyuruh kearah maksiat dan keburukan".Baginda sultan selangor suruh buat maksiatkah?maka wajib di tentang manusia petualang?

Hayatilah kisah ini.

Baginda Rasullullah didatangi sahabt-sahabatnya.Baginda di tanya,"kalau seorang pemerintah itu zalim apakah wajib diperangi?"
Baginda menjawab,"jangan,selagi dia mengerjakan solat."

Fikir-fikirkan lah.