Tuesday 4 October 2011

Ku Lan Perlu Lepaskan Jawatan Ketua Bahagian Baik Untuk Jerantut Dan Dirinya!

Foto diambil dari blog WZWH. Ku Lan perlu biar Wan Amizan mengurus UMNO Jerantut dan Ku Lan boleh menang bertanding parlimen sepenggal lagi.

Ku Lan ahli parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut. Punyalah cerdik dulu PM Pak Lah tawar Timbalan Menteri Luar ditolak oleh Ku Lan kerana marajuk tak dapat Menteri Penuh. Alasan Ku Lan kepada orang UMNO Jerantut ialah saya mahu jaga orang Jerantut.

Maka banyaklah aktiviti hinggakan dua orang Setiausaha UMNO Bahagian mati kerana stroke. Ada yang disaman PAS maka diundurkan. Ku Lan mudah siapa yang buat masalah dibuangnya contoh Arwah Dato' Azizan, Dato' Hj Nazri, Dato' Zamri, Dato' Ahmad Bazain.

Setiausaha Bahagian UMNO Dato' Ghazali sudah meninggal. Ku Lan pilu kerana kehilangan rodong yang sejiwa dalam semua benda yang Ku Lan suka. Arwah jenis mengikut segala perintah dan faham kemahuan Ku Lan disamping arwah berkebolehan kerana orang kaya.

Cikgu Nafisah, Cikgu Nizam, Cikgu Nazlan, Wan Zamzuri, Zukarmi, Murad, Wan Sharil, Wan Johari dan Wan Keliru jangan berangan dan melobi nak jadi S/U UMNO Bahagian. Ini nasihat KD yang ikhlas kepada anda semua. KD tahu anda semua pejuang UMNO.

KD nak nasihat Ku Lan itu tanda petua orang tua Jerantut bahawa Ku Lan perlu melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut kepada Timbalan UMNO Bahagian. Ini untuk kebaikan Ku Lan.

KD tahu dan faham Ku Lan sebenarnya mahu bertanding parlimen sepenggal lagi. Jika Ku Lan melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, orang UMNO dan Jerantut akan bertambah simpati kepadanya.

Hal urusan UMNO serahkan kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dato' Wan Amizan. Ini orang yang boleh menjaga orang UMNO dan orang Jerantut sebaik-baiknya. Ku Lan hanya perlu memberi nasihat saja kepada Wan Amizan.

Bila Wan Amizan pegang amanah sebagai pemangku Ketua UMNO Bahagian Jerantut maka UMNO Jerantut akan bergerak laju dan pantas serta ceria. Wan Amizan adalah pewaris UMNO Jerantut yang akan memenangkan UMNO dan BN pada PRU 13 nanti.

KD percaya dan yakin Ku Lan yang mahu bertanding parlimen sepenggal lagi akan menang kerana UMNO Jerantut akan bergerak sebagai satu unit dan bergerak laju.

Ku Lan perlu lepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian baik untuk Jerantut dan diri beliau.

9 comments:

Anonymous said...

Namo hok KD sebutken tu sayo tahu lebih kuren tapi sayo tok penah dengar namo We Johari dan We Heru. Buleh sedaro KD citoken latarbelaken hok 2 ore ni. Ore kayo supo aruah sedaro kito dulu ko.

wan herot said...

BLOG MUNG NEH BLOG DERHAKE, WAT APE MUNG SURUH KU LAN LETOK JAWATANG? MUNG INGAT WAN DOMPOK TU HEBAT SANGAT BOLEH PERINTAH JERANTUT? KU LAN NI ANAK RAJA, MUNG TAK TAU KER?

yanti ipoh said...

Ha datang dan nangoi di atas dengan wajah ditukar tapi orang yang sama.ini macam pun ada.

dollah tomato said...

woi,dompok tu pun anak raja juge,kas tau lah.dia tu keturunan bendahara habib abdul majid juge weh,sama juga dengan tuanku kite juge.sebob tu tuanku sayang dia sebob cucu sedara die.jangang mung tak tau.

Tok Mudin Menyunat. said...

Aku kata kata dah setakat jilat tangkai dapat batuk kering jah. Jilat batu ada rasa dua dalam satu

Anonymous said...

ambik lah kedimaq nak pakai nama raja ke?, jangan mengaku dompok tu malaikat atau nabi akhir zaman dah lah, orang, perak tak tau sebut ningoi, itu mesti sesupu sepapat wan keliru juga lah

yanti ipoh said...

woi,aku orang perak duduk padang piol sejak kecik.kau orang ni dengki sangat kat wan keliru tu apasal,asyik sebut nama dia aje?asyik memburukkan dia aje?dah banyak sangat ke pahala kau orang

Anok Kelahiran Garok said...

bosanlah baca posting Yanti.KD jgn siarkan komen yanti payah baca.Panjangkan list aja.

Anonymous said...

ADUH...kenapa orang lebih senang pentingkan diri dari kesejahteraan rakyat jerantut.... selepas segalanya yg kita lihat... boleh lg KD beritahu org ttg dato wan amizan blh jaga jerantut.... kat dun Tahan kita dh tengok...cukuplah menggadaikan maruah umno untuk kepentingan sendiri... semua pemimpin umno jerantut dh mcm syok sendiri dan hidup di alam maya... dok dabik dada stakat kat mesuyarat bahagian jer... kat luar bkan org nk layan dh... semua org dh mula fed up dgn kesombongan dan kehitaman rekod pemimpin umno kt jerantut... jerantut ni kecik... hingga ke lubang cacing pn org leh intip perlakuan kita...cari la calon yang xkan diketawakan org.... sbb latar belakang... bkn stakat ade duit jer...