Wednesday, 5 October 2011

Ku Lan Masih Relevan?

KD ingin mengingatkan blogger yang menuduh KD sebagai pencacai upahan supaya mencelikkan mata dan menajamkan telinga melihat dan mendengar suara rakyat Jerantut.

KD meminta Ku Lan berundur bukan kerana Dato Wan Amizan atau sesiapa.KD memintanya berundur untuk kebaikan dirinya sendiri.Setelah tiga penggal menerajui Parlimen Jerantut maka sudah sampai masanya beliau berundur.Saat ini dan ketika ini beliau perlu meluangkan masa bersama keluarga dan beribadah menghadapi hari tua.

Salah kah KD memberi saranan yang baik untuk dirinya dan keluarga?.Blogger tersebut mungkin berniat baik menegur KD dan KD ucapkan terima kasih.Tapi KD berhak bersuara atas landasan yang benar.Soal biadap tidak  timbul.Jemaah islamiah yang menegur Omar Al Khatab dengan pedangnya adakah bersikap biadap?Ini soal kepemimpinan negara bukan soal jual beli getah buku yang boleh dicincai-cincai.
.
Tak perlulah kita menunjukkan sayang kepada pemimpin dengan sikap berpura-pura yang akhirnya mengecewakan pemimpin tersebut.Kita perlu berterus -terang menyatakan yang benar.

Lihat statistik undian pada PRU 12,bagaimana pengundi cina dan melayu Dun Damak menolak beliau.Lihat angka bukan dengar kata orang yang mengampu,nanti jadi macam Datuk Najib di Pekan dulu yang hampir terpukang dek kata penyokong yang tulakang.

Pernahkah Blogger tersebut mendampingi pengundi cina dan mendengar pandangan mereka yang rata-rata menolak beliau.Ini belum lagi pengundi melayu termasuklah ahli Umno yang separuh masak asyik mengutuk Ku Lan siang dan malam.KD yang sering menangkis tanggapan itu di cop sebagai pencacai Ku Lan.Memang dah nasib KD dilabel pencacai.Demi menyatakan kebenaran KD tak kisah dipanggil pencacai.Nak heran apa,Rasullullah saw. manusia yang maksum pun sering dituduh sebagai ahli sihir,inikan pula makhluk biasa macam KD.

Ingatlah pemimpin tidak sentiasa berada di tempatnya.Lihatlah Khalid Al Walid,panglima tersohor dipuncak gemilangnya diturunkan pangkatnya untuk diganti dengan orang baru iaitu Abu Ubaidah.Namun Khalid Al Walid tetap berperang dengan hebatnya walau pun sebagai tentera biasa saja.

Saudaraku,UMNO lebih penting daripada individu.Apakah saudara pasti kalau Ku Lan tidak bertanding Dato Wan Amizan yang akan mengambil alih atau Dr Shukri yang dipilih?Ini bukan kerja kita,ini kerja Allah.Dia yang berkuasa menaikkan dan menjatuhkan seorang.

Jadi tak perlulah saudara menggelar saya pencacai upahan kerana saya tidak berkuasa menaikkan Wan Amizan atau Dr Shukri sekalipun.Sesiapa sahaja yang di pilih saya tetaplah menjadi penceramah pilihanraya sejak berpuluh tahun dahulu lagi.Sehingga kini saya tidak pernah mendapat apa-apa dari UMNO.Tanah sekangkang tikus pun tak ada.Apa tah lagi felcra,tanah kelompok,tanah anugerah.Sekepeng pun tak ada.

Namun walaupun tinggal seorang saya tetap sokong UMNO.Apakah saya pencacai UMNO?Kalau hak ini saya rela.HIDUP UMNO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

10 comments:

patpatsikulipat said...

tahniah KD. itu lah luahan rakyat marhain. faham tak semua pembaca. semua kerja TUHAN

Abok Pun Tarak said...

I love u KD. Inilah pejuang tulin UMNO.

Anonymous said...

MEMANG LAH KERJA TUHAN, TAU !!!, DAH TU MENGAPAKAH KD SURAH KU LAN MELEPASKAN JAWATANNYA,BIARLAH, SAMPAI MASANYA KITA TAHU LAH SIAPA YANG AKAN ALLAH SWT TENTU KAN, KITA PAKAT PANGKAH LAH, INI TIDAK, MACAM KESAH KESAH MEMBELAH TEMBIKAI!!?.

KELIRU KAWAN, SEKALI KATA BEGINI SEKALI TULIS BEGINI?

Kutukandewata said...

anon 6.16,
cuba baca dan fahami isi posting saya,saya hanya mencadangkan yang terbaik untuk ku lan tapi ada blogger marah dan kata saya pencacai untuk menaikkan bos saya.siapa saya?

Anonymous said...

DIANTARA KU LAN DENGAN AWAK TU KD, MCAM BUMI DENGAN LANGGIT, DIA BOLEH BERFIKIR, BIAR LAH ,ITU KERJA TUHAN KATA AWAKKAN, JIKA KERJA MENGERJAKAN ORANG MEMANG KERJA AWAK DENGAN WAN ZURIK, KAN?

Anonymous said...

Molek molek. mmg elok pun ku lan berundur. begitu juga dr sukri dan dompok demanya semua tu tak layak pun jadi pemimpin. lembu aje yg undi depa dulu tu

Anonymous said...

anon 9.03 yang lebih-lebih.tuan punya badan sendiri yang nak berundur satu malaysia sudah tau.lebih sudu dari kuah lah tu

KD=Kepala Dogol said...

hahaha, KD mencadangkan Ku Lan bersara tu pun adalah kerja Tuhan juga....hehehe! apakah KD ini Setiausaha Tuhan? Tak perlu ditentukan Ku Lan untuk berikan masa untuk keluarga atau apa keran itu kerja Tuhan, kerja KD adalah tulis blog dan Jaga bontot wan amizan jelah

Anonymous said...

WOWWWW!!!!!!
BANYAKNYA ANJING KU LAN BERKELIARAN DALAM BLOG NI.KUAT PULAK MENYALAKNYA.LAPAR LAH GAMOKNYA YORK.

Anonymous said...

ku lan jgn undur..punah jerantut ni nanti. hanya ku lan bole jaga jerantut. raja datang jerantut selalu un sebab ku lan ada d jerantut. kauorang semua kena fikir benda ni semua.