Thursday, 13 October 2011

Calon Umno Dun Dan Parlimen Jerantut Bakal Tewas PRU 13- Part 2

RASIONAL TEWAS

1.Calaran peribadi.

Serangan peribadi bermula apabila blogger  pro Dr Shukri iaitu Cawan Tembaga melancarkan tomahawk dan scud patriot ke arah kubu Dato Wan Amizan Adun Tahan.

Pelbagai calaran peribadi di lakukan Cawan Tembaga.Ada yang benar,ada yang separuh benar,ada yang banyak tak benar,ada yang tak benar langsung.Yang tidak dapat di terima langsung oleh Wan Amizan ialah calaran yang berbentuk fitnah.

Pelbagai gelaran Cawan Tembaga berikan kepada Adun Tahan itu.Antaranya yang boroi,yb perampok dan buncit pendek.Kutukan demi kutukan dilemparkan hingga ke penghinaan tahap dewa.Begitu gagah perkasa Cawan Tembaga ketika itu maklumlah musuh tak ada senjata untuk balas balik.
 
Anihnya Dr Shukri langsung tidak menghalang atau menegur perbuatan Cawan Tembaga yang boleh merosakkan perpaduan Umno Jerantut.Maka makin menjadi-jadi Cawan Tembaga menghayunkan tocangnya melibas Wan Amizan dengan Fitnah dan penghinaan.

Pendiaman diri Wan Amizan tidak lama.Beliau melalui Facebook(Nik Aziz Kata buku muka)menyerang balas dan menembak tomahawk ke arah Dr Shukri.Segala penyelewengan di dedahkan. Habis seluruh orang politik Jerantut dapat tahu dan rakyat bercakap mengenainya.Beliau mencabar saman beliau di mahkamah jika apa yang dicakapkan itu tidak benar.

Persengketaan pun bermula.Perang saudara pun di ambang muka.Keadaan pun huru-hara.Semua ini Cawan Tembaga punya angkara.

URAG DRULUUG

Urag dRuluug.Suatu nama besar bagi penyokong fanatiknya.Sehingga ada penyokongnya memanggilnya yang mulia dan pelbagai nama sanjungan.Ini memungkinkan beliau setaraf dengan mahaguru hare rama hare krisnan.

Kematian Cawan Tembaga membolehkan tugasnya diambil alih oleh Urag dRuluug.UD menyerang dan melancarkan mortar bertalu-talu ke arah Wan Amizan tanpa rasa hormat langsung pada title yang di berikan sultan pada WA.kata-kata penghinaan yang terlampau dilemparkan oleh UD dan penganut-penganutnya.

Segala jasa jasa WA langsung tidak dipandangnya.Walaupun banyak juga yang dibawa oleh WA ke DUN nya namun tak dipandang walau sebelah mata.Semua yang buruk-buruk di hebah-hebahkan oleh UD.Hinaan dan sindiran tajam menjadi santapan diblognya.

Ketika mereka menguasai media sosial di Jerantut mereka bermaharaja lela mencalar peribadi yang berhormat dengan harapan tidak di pilih lagi pada PRU13.Kini setelah pesimpati WA bangkit kerana kasihankan nya dilanyak teruk-teruk maka lahirlah blog yang memulakan serangan berani mati.Alang mati biar basah alang terjun biar bersama-mama mati.

Kalau pencacai siapa yang dulu?Cawan Tembaga dan Urag dRuluug lah yang merintis jalan ke arah pencacai.Kini pencacai WA sudah lahir untuk menyerang demi maruah.Maruah yang telah di calar oleh musuh.Jadi janganlah marah.Siapa yang mula siapa yang akhiri?Maka  bn akan tewas PRU13.

BERSAMBUNG>>>>>>>>>>>>

3 comments:

Anonymous said...

syukur alahamdulillah, dengan KEKUASAN ALLAH SWT, DAN BERKAT DOA RAKYAT YANG DI ZALIMI, YANG DI TINDAS JUGA YANG SELALU DI NAPIKAN HAK HAKNYA OLEH SEMUA PEMIMPIN UMNO DAN BN SELAMA INI MAKA ALLAH AKAN MENUMBANGKAN KERAJAAN BN, INSYAALAH !!!

Anonymous said...

BN tetap kukuh di Jerantut.... tetapi BN jangan simpan Dompok lagi nyah dia dari bertanding PRU13 ni... BN tetap akan menang lagi ......

ahli pas tapi saudara dompok said...

kenapa kamu dengki sangat ke dompok?
siapa yang mengeluarkan wang peribadi untuk mesyuarat cawangan setiap tahun sebanyak seribu ringgit untuk setiap cawangan?
Pemimpin umno jerantut ramai juga yang kaya tapi kaya untuk tembolok sendiri tak sanggup berkorban untuk parti.
Kalau saya jadi dompok tak hingin saya berhabis duit untuk ahli umno yang banyak bodoh dan sombongnya ini.lebih baik pakai sendiri dan tubuh yayasan bantu melayu miskin.banyak cara untuk berbakti kepada masyarakat yang tahu berterima kasih dan bukan untuk ahli umno yang bengong2 belaka.tunggu aajelah PRU 13,tahu lah nasib kau orang yang tak tahu bershukur.Dr Shukri,tolong kawal penyokong Dr.orang lain pun da gigi juga.