Sunday, 18 September 2011

Undi Pas Kelantan Kaya,Undi Umno Kelantan Miskin.

Rakyat yang menetap di negeri Kelantan ramai yang hidup susah.Mereka jarang mendapat pembelaan daripada kerajaan Pas Kelantan.Jadi mereka ramai yang meminta bantuan daripada Umno agar kehidupan mereka lebih terjamin.

Oleh itu mereka lebih rela mengundi Umno dengan harapan nasib mereka boleh berubah dengan bantuan kerajaan pusat.Mereka jugalah yang menunjangi parti Umno di Kelantan.Hal yang demikian lah yang membuatkan Kerajaan Kelantan yang ditunjangi Parti Pas memandang sebelah mata kepada mereka.

Kerajaan Pas tidak mengharapkan undi mereka.Kenapa?

Kerajaan Pas punya simpanan undi tetap iaitu pengundi yang merantau ke luar negeri Kelantan.Perantau-perantau inilah yang selalu memenangkan Kerajaan pas.Jutaan perantau inilah yang selalu menggagalkan impian rakyat yang susah dan tertindas.Mereka jugalah yang menguburkan harapan rakyat miskin di Kelantan.

Mereka ini kebanyakannya hidup senang lenang di negeri orang.Kebanyakan mereka berada dan kaya raya.Maka manalah mereka tahu atau menginsafi kesusahan saudara mereka yang terhimpit dengan masalah kekurangan peluang pekerjaan,bekalan air yang tak begitu sempurna dan pelbagai lagi masalah yang hadir.

Maka pendirian perantau inilah yang mengekalkan keadaan yang ada sekarang ini di Kelantan.Pemimpin Pas tak perlu bekerja keras membangunkan negeri.Cukup hanya pembangunan rohani.Maka jadual mereka dipenuhi ceramah dan tazkirah.

Kekallah kerajaan Kelantan seada-adanya.

Rakyat Kelantan yang menumpang di negeri orang ini kebanyakannya angkuh.Mereka selalu memperlekehkan kerajaan negeri tempat mereka menumpang mencari rezeki.Apabila disuruh balik ke Kelantan mencari rezeki di negeri sendiri takmahu pula.Kalau mereka memuji Kerajaan Pas Kelantan bukan main tinggi melambung.Tapi suruh tinggal di negeri sendiri yang mempunyai kerajaan yang bagus mulalah tersengih-sengih.

Berbeza dengan orang kelantan yang menjadi pemaustautin tetap atau warga negeri tempat mereka merantau.
Mereka begitu setia dan menyokong Umno kerana Umno begitu ambil berat masalah mereka.

Jadilah mereka manusia yang tahu bersyukur dan berterimakasih.Orang memberi kita merasa,orang berbudi kita berbahasa.

6 comments:

Anonymous said...

salam,
jadi kelantan kaya niaya kelantan miskinlah ni.logik juga ye kau ni dewata!

Anonymous said...

Kelantan pandai lawan kelantan bodoh..

Anonymous said...

jangelah menghino sesamo isle.Apo ye baik kito ikuk hok tok baik kito hindar.Bagi ambo bos demo banyak benar kecek hok tak benar tapi Tok Guru kecek hok benar dale kuliahnyo kalu kito banding denge KUTUKAN DEWATA jauh bumi dari langit sejauh jiwo KUTUKAN DEWATA denge kebaiken.Mungkin kerano banyok hok hare dale pedal.Kito wajib menegor demo kalau tak mampu denge pede mako cukup denge kato-kato mogo hati KUTUKAN DEWATA berpaling kepado isle mula.

Anonymous said...

hoi anon di atas bawak mengucap.Pas itu parti bukan agama.

Anonymous said...

sifat KD denge bos dio mace munafik.Penipu besar.Mu denge bos demo hok ite buncit te tanoh sini sano tu tunggula balase..Doa ore keno inayo insyallah makbol.

kapak sumbing said...

pegi dah,mu kaki fitnah tak terima balasan ke.pooddaaahhhh!!!!!