Thursday, 22 September 2011

Mat Sabu Jelmaan Cicak Nabi Ibrahim

Waktu KD kecil-kecil dulu,KD belajar mengaji dengan seorang ustaz.Kebetulan ustaz tersebut ahli Pas.Ustaz ini pernah beberapa kali bertanding kerusi parlimen dan dun tapi tewas kepada calon Umno.

Ustaz KD ni selepas mengaji suka sangat bercerita kisah nabi dan sejarah islam.Beliau  pilih KD sebagai pendengar cerita beliau sebab KD adalah seorang pendengar yang baik.Budak-budak lain tak dilayannya sebab suka buat bising.

Antara cerita yang KD suka dengar ialah cerita tentang binatang dalam sejarah islam.Maklumlah masa tu kanak-kanak lagi.

Maka keluarlah cerita anjing dan pemuda Gua Kahfi.Cerita semut dan tentera Nabi Sulaiman pun ada.Cerita Unta Al Qaswa unta tunggangan Rasulullah saw.Cerita babi,lembu,dan monyet Nabi Musa.Juga cerita cicak dan labah-labah Nabi Muhammad saw.

Sebut tentang cicak ni KD teringat cerita Cicak zaman Nabi Ibrahim.Nabi Ibrahin anak pembuat patung berhala.Baginda tidak bersetuju dengan penyembahan patung berhala.Baginda memusnahkan semua patung yang ada dalam berhala menggunakan kapak.Kapak tersebut di letakkan pada tangan sebuah patung yang tinggal.

Nabi Ibrahim dituduh memusnahkan patung berhala tersebut.Baginda menyatakan bahawa patung yang tinggal itu yang memusnahkannya sebab dia yang memegang kapak.Kaumnya tidak percaya danberkata mana mungkin patung yang kaku dan tidak bernyawa boleh melakukannya?

Habis,kenapa kamu semua sembah patung tak bernyawa dan lemah tidak bermaya ini sebagai tuhan kamu?Pertanyaan itu mengundang kemarahan kaumnya.Baginda dijatuhkan hukuman bakar hidup oleh pemerintah firaun.

Maka dihimpunkan kayu api lalu dibakar.Maka api pun menjulang tinggi marak menyala.Bahang kepanasan tidak tertanggung.Setelah itu maka Nabi Ibrahim pun dilemparkan ke dalam api tersebut.Bersorak gembiralah kaumnya kerana musuh telah dihukum.

Allah pun memerintahkan api supaya menjadi dingin.Maka dinginlah api sedingin penyaman udara.Tatkala itu datanglah Cicak-cicak bengong.Ntah datang dari mana tak tahulah.Cicak-cicak ini meniup api tersebut supaya terus marak.Sampai bengkak-bengkak mulut cicak ini meniupnya.

Bengong sungguh Cicak ini.Kebengongan cicak ini sama taraf dengan kebengongan Mat Sabu.Mat Sabu yang bengong terus-terusan meniup api kemarahan rakyat.Dari satu isu meniti ke isu yang lain.Tak habis-habis cerita merapunya.Bermula dari saat menang bertanding sampailah kena langgar kereta polis(?).kemudian tiup lagi api sokong komunis pulok.

Tiupan cicak Mat Sabu telah mengguris hati dan perasaan ribuan manusia.Allhyarham Mat Indera tenang di pusara habis ditiupnya.Orang dah mati buat apa diungkit lagi.Kemudian tuduh Umno sensasikan cerita.Padahal dia yang tiup.

Apa nak jadi dengan Mat Sabu ni tak tau lah.Biarkan dia terus menjadi jelmaan cicakNabi Ibrahim.

P/S: " MAH,BULU MAH MASIH LEKAT KAT RENGKUNG ABANG" Pernah ku dengar dialag ini,tapi di mana ya!Persoalannya BULU apakah itu?

5 comments:

Anonymous said...

aruah ustaz sallehuddin ke?

Kutukandewata said...

Salam anon di atas,
Memang betul.Arwah banyak mengajar saya bab hukum agama.Dialah guru saya
dunia akhirat.

Anonymous said...

hakuk dah tau ong ne sapaa, dari tari kita dah leh kenai

Anonymous said...

bukan masa nak main teka2 orang la..mudah sangat lari tajuk

Kutukandewata said...

Salam anon 9.26,
menekalah dalam kesamaran.apa ada pada nama?