Perkahwinan anak Ahmad Daud di "White House" @ Rumah Putih Pedah meriah dihadiri Tuanku Sultan Pahang, TYT Melaka dan MB Pahang. Ini calon parlimen favourite PRU 13 blogger Urag Drrulug he he he.(Ihsan Diana Gallery)
Tiba-tiba sahaja muncul nama Dato' Haji Ahmad Daud, Pegawai Daerah Bera dalam pergelutan politik Jerantut untuk merebut kerusi Parlimen menggantikan Tengku Azlan. Mengikut lapuran blog Urag Drrulug itu Haji Ahmad ditonjolkan oleh Haji Rosdi Pegawai Khas Tengku Azlan. Ada persoalan disini mengapa pula Pegawai Khas tonjol kiri, Tengku Azlan tonjol kanan?. Wau..... itu bukan urusan KD. Biarkan !.
Dalam komen blog 44sikulipat dan Suara Perhatin UMNO Jerantut terdapat komen mengenai Pegawai Daerah Bera itu mengurung isteri muda dan berkahwin dengan GRO semasa di Kuantan. Husss hebat calon BN PRU 13 ini. Pegawai Daerah itu juga masa jadi ADO PLB di Jerantut dikatakan membela kroni saudara mara, anak beranak dalam agihan kontrak PLB.
Ada projek jalan dalam hutan jauh dari orang ramai telah diluluskan oleh DO Bera ini semasa menjadi ADO Jerantut dulu mungkin bercadang mahu membina kampung-kampung baru sekiranya beliau menjadi ahli parlimen Jerantut.
DO itu juga Menggunakan pengaruhnya untuk menangkap semua lembu orang kampung diangkut dan dikurung oleh Majlis Daerah Jerantut atas alasan terbiar dan tidur merata tengah jalan. Tuan lembu terpaksa menebus balik harta mereka itu hampir sama harga pasaran, jika tidak akan dilelong oleh Majlis Daerah.
Ahmad Daud Dipulau oleh orang kampung. Masa kenduri kahwin anaknya, orang luar saja yang datang. Terpaksa impot orang luar memasak, menghidang dan kerja-kerja kenduri. Huss.... kalau orang kampung dia tidak menerima, mahu jadi calon juga?. begitulah UMNO.
Namun semasa kenduri kahwin anaknya yang terbaru ini ramai VVIP hadir termasuk Sultan Pahang, Tun Khalil Yaakob, MB dan orang kenamaan. Itu yang menaikkan kembali graf populariti Ahmad Daud ini.
KD ingin memberitahu orang UMNO Jerantut bahawa Ahmad Daud ini adalah ahli PAS seumur hidup. Jika benar Ahmad Daud ini mahu jadi ahli parlimen Jerantut beliau perlu membatalkan keahlian PAS seumur hidupnya!
Baru-baru ini terdapat sepintas lalu nama Dato' Sharif Shamsudin bekas pengurus Besar Yayasan Pahang dalam blog sangkakala. Tetapi tidak ada sebarang reaksi dan komen. Namun peperangan yang menentukan hidup mati kali ini adalah antara ADUN Tahan dengan ADUN Pulau Tawar. Samalah kita saksikan..... kedua-duanya ala Nepoleon 'kurang cukup lima kaki' siapakah yang paling hebat. Ramai yang terlibat dan UMNO akan pecah kurang-kurang kepada empat kumpulan besar.