Friday, 21 October 2011

Kutukan Dewata Ahli UMNO Yang Bahaya!

Tadi buka blog Urag dRuluug.Mata terpaku pada ruangan komen.Ada seorang anon mengulas bertanyakan Kutukan Dewata ni  siapa?Sekali kutuk pembangkang.Lepas tu kutuk umno.Tengok pada gayanya rapat dengan umno.Bahaya dia ni.

KD hanya tersenyum.Nama pun  Kutukan Dewata.Tentulah kerjanya mengutuk.KD kutuklah benda yang tak betul.Benda betul KD pujilah.Yang teraniaya KD bela.Itulah tugas rasmi KD.Tak ada yang bayar pun.Tapi masih ada yang tak puas hati tuduh KD di bayar oleh Wan Amizan.Tak ada pasal pulak dia nak bayar.KD pun Wan Amizan tak tahu siapa.

Wan Amizan pun pernah tanya KD siapa dia KD ni.Mampus KD tak mengaku.Takada pasal pulak KD nak mengaku.Dia siasatlah sendiri.Dia juga pernah tanya Wan Zuri siapa KD ni?Wan Zuri kata dia pun tak pasti.
Jadi Wan Amizan pun serupa anon2 lain yang meneka dalam kesamaran.

Ah melalut pulak KD ni.Berbalik kepada tajuk asal.Kita perlulah tegur benda yang tak betul.Baik Umno baik Pembangkang.Masing-masing ada berak busuk.Kalau wangi orang tak kutuk.Umno perlu disedarkan.Mereka memang sukar untuk berubah.

Mereka tetap ego dan bodoh sombong.Lihatlah orang di sekeliling Ku Lan,Dr shukri,dan Wan Amizan sendiri.Mereka bertiga ini sentiasa di kelilingi oleh Rasputin gila.Orang-orang di sekeliling Ku Lan beragih
harta rampasan perang.Use Money No Objection(UMNO) dengan izin.Eh,betul ke bahasa inggeris aku ni?Lantaklah asal lebih kurang sudah.

Jadi rakyat melihat dan meluat.Mentang-mentanglah Ku Lan orangnya baik tahap dewa maka diambilnya peluang.Siapa yang mengerjakan peruntukan untuk lawatan Najib ke Jerantut dulu?Perhubungan negeri hanya beri RM280000.Masih tak cukup dikerjakan sampai mencecah hampir setengah juta (RM450000).Apa ke jadah ni menketedarah sebanyak itu.

Nya pulun betul puak ni.Untuk menutup kes ni puak ni guna pelan gila babi.Dia orang takut puak Wan Amizan buka kes ni dalam mesyuarat agung UMNO Bahagian.Jadi nya alih perhatian nak buat usul tergempar undi tak percaya terhadap Wan Amizan dalam mesyuarat tersebut.Awal-awal hantar wakil proved ke puakWan
Amizan nak bentang usul ini dalam mesyuarat tu nanti.Nyaris-nyaris Abu batu satu kena peninju penyokong Wan Amizan.Kalau tidak tentu Abu batu pergi mesyuarat dengan muka yang lebam.

Wan Amizan menasihati penyokongnya agar jangan buka aib orang.Biarlah dia orang dengan hal dia orang.jadi KD nak tanya anda semua,tidak boleh ke KD menegur benda yang tak baik ni?Apakah dengan sebab ni KD jadi orang yang bahaya kepada UMNO?

UMNO perlu berubah.itu saje.Kalau tidak insyaAllah UMNO akan jadi LDP di Jepun,Parti Kongres di India dan Golkar di Indonesia.

KD merasakan bahawa kita semua serba salah.UMNO dah cacat.Nak tukar karang pembangkang pun lebih kurang juga.Malah lebih teruk lagi.Jadi terpaksalah pilih yang buruk di antara yang terburuk.Teringat lagu R. Azmi:

suruh beli mi nya beli kue tiaw
suruh beli roti nya beli kuih pau

suruh ambil parang nya ambil nya pisau
suruh ambil dompet nya ambil nya paw

larang salah,tak larang salah
jadi semua sereba salah.

KD serba salah.Kutuk UMNO salah,kutuk pembangkang salah.jadi semua sereba salah.Last-last KD yang lelah.

2 comments:

chenerong ular said...

yang pentingnya dalam segala perkara kita lakukan bergantung pada niat kita?, jika niat kita selari dengan apa yang kita katakan atau perbuatan kita, alahamdulillah, kekadang, niat lain, tapi apa yang di zahirkan lain?, banyak berlaku atas kepentingan sesautu, rata rata manusia ini.melakukan sesautu perkara tidak seiring dengan niat, dalam erti kata, jika ada kepentingan? mungkin sanggup lakukan walau pun dia sendiri tau perakara itu tak betul, seperti tuan kd katakan mengunakan peruntukan perhubungan umno negeri dengan tahap gila babi?.

Tapi KD saya yakin mumngkin bukan dari gulungan yang kita sendiri bincangkan?, bukan jenis yang beepurapura atau cakap tak serupa bikin, atau niat kd sama dengan perbuatan dan yang di ucapkan, Syabas kd, susah nak cari manusia begini dewasa ini.ingan apa apa pun niat kita hanya ALLAH SWT sahaja yang tepat mengtahui 100%, manusi hanya dapat meramal berpandukan pemerhatian?

gengkelabu said...

Tuan punya blog Kutukandewata adalah org yang sama mempunyai blog Beranikan Hati.........TQ