Sunday, 29 January 2012


Rakyat Malaysia patut disaran supaya mengikuti setiap patah perkataan yang 
keluar dari mulut Anwar. Insyaallah jika resepi ini diamalkan, semua orang
akan dapat menilai siapa itu Anwar Ibrahim.
Kenyataan yang dibuat akhir-akhir ini semakin menunjukkan betapa minda Anwar 
benar-benar hilang fokus dan bercelaru. Mulutnya ibarat senapang patah yang 
 
mengeluarkan peluru sesat dan ditembak secara rambang bertujuan hanya untuk 
menakut-nakutkan musuh.
Penembak sesat ini sebenarnya tidak tahu di mana kedudukan musuh, siapa musuh dia 
Anwar sebenarnya semakin terdesak. 
Dia nekad berbuat apa saja. Maksudnya hanya untuk melindungi kelemahan dan 
keruntuhan diri dengan cara mengebom semua laluan ke Putrajaya seolah-olah 
menggambarkan kepada rakyat bahawa Putrajaya sudah hampir mereka tawan.
Jika dengan kehebatan peluru pidato sesat, rakyat 
menganggap apa yang keluar dari 
mulutnya itu benar belaka, maka rendah sangatlah 
mental dan pemikiran para pendengar. Malanglah 
nasib para pendengar. Beruntunglah sesiapa yang 
dianugerahkan tuhan kepandaian berpidato.
Malanglah nasib bagi sesiapa yang tidak diberi oleh
tuhan kepetahan berkata-kata. 


Hilanglah sifat maha adil tuhan kalau begitu tafsirannya.


Saidina Ali pemidato hebat. Abdullah Ubai juga 
pemidato bijak di zamannya. Sukarno lebih hebat 
pidatonya. Hitler juga pemidato hebat dan dengan
gabungan dari pakar propagandanya, Hitler berjaya 
menguasai pemikiran rakyat German.

Ramai lagi pemimpin yang dilahirkan tuhan samada 
pemimpin baik atau zalim yang dikurniakan tuhan 
kebolehan untuk memukau pendengar dengan 
kebolehan pidato. 
Tetapi di manakah ukuran kejayaan seseorang 
pemimpin itu? Adakah hanya setakat kebolehan 
pidato saja sudah cukup untuk kita letakkan seluruh
kepercayaan untuk memimpin kita?
Jika peluru pidato itu saja sudah cukup syarat untuk
menjadi pemimpin, maka Sardon Jubir lebih layak 
menjadi PM dari Tunku. Dato Harun lebih layak jadi 
PM dari Hussein Onn. Anuar Musa lebih layak dari 
Dolah Badawi atau Najib. Malah Ibrahim Ali juga 
sama layak dengan Anwar Ibrahim.
Jika pidato yang jadi asas kepimpinan, Abu Sufian 
atau Khalid Al Walid lebih layak menjadi Khalifah 
daripada Saidina Osman Affan.


Cubalah cari sendiri di dalam kitab 
akan kata-kata Saidina Ali,
"Barang siapa yang belajar pidato 
untuk kemasyuran, maka tidak akan
diterima amalan mereka yang 
wajib mahu pun yang sunat".
Apa jaminan seorang pemidato hebat itu tidak 
menipu? Apakah bila seseorang itu pandai 
berkata-kata dan meyakinkan orang lain, maka  pasti
dia seorang yang jujur dan ikhlas dalam 
perjuangannya?

Kepada para pendengar ceramah Anwar Ibrahim, 
dinasihatkan agar gunakan akal yang waras dan 
timbang dengan hati yang tulus setiap peluru sesat
yang diungkapkan oleh Anwar. Janganlah 
merendahkan martabat tuan-tuan sehingga setaraf 
dengan ikan tilapia belaan. Dicampak makanan 
dihujung kolam, berduyun-duyun ke hujung. 
Dicampak ke pangkal terlari-lari ke pangkal. 
Dicampak mata kail, sedar-sedar mata kail 
tersangkut di anak tekak.
Inilah nasib yang diterima oleh mereka yang mudah 
teruja hanya dengan persembahan pidato yang 
memukau.

Minda tertutup untuk menerima pandangan ke dua. 
Hati menjadi buta untuk menerima cahaya 
kebenaran sehingga wujud ketaksuban berlebihan 
kepada makhluk melebihi ketaksuban kepada Allah 
yang haq.

Malapetaka besar buat negara, apabila ada manusia 
diberi kelebihan yang dianugerahkan Allah, 
menyalahgunakan kebolehannya untuk memandu 
manusia dari jalan yang lurus kepada jalan berliku.
Dari kedudukan jalan berliku menuju ke jalan mati.


Akhirnya, apabila kebenaran sudah 
sampai, Hitler 
bunuh diri, Napoleon juga minum 
racun.

No comments: