Thursday, 5 January 2012

PEMIMPIN YANG TIADA DENYUT NADI KESENGSARAAN RAKYAT TAK PERLU DI KENANG!!!!!!


Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 Berjalan Rancak

MELIHATKAN GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH TERINGAT AKU KEPADA SESEORANG YANG PASTI MENGEMBALIKAN NOSTALGIA AKU KEPADA TAHUN 90'AN.ORANG ITU TIDAK LAIN TIDAK BUKAN BEKAS AHLI PARLIMEN JERANTUT IAITU SAUDARA KAMARUZAMAN BARIA.
 
AKU INGAT LAGI PADA TAHUN 1993 BEKAS MENTERI BESAR TERENGGANU DATO WAN MOKHTAR TELAH DATANG MELAWAT TAMAN NEGARA.SEMASA MENUNGGU WAKTU UNTUK MUDEK KE TAMAN NEGARA DI PANGKALAN BATU LANGGUK TEMBELING,BELIAU TELAH BERTANYA APA YANG ORANG POLITIK JERANTUT BUAT??JALAN TAK SAMPAI-SAMPAI KE ULU.
AKU TERKEDU TAK BOLEH NAK JAWAB.MEMANG ORANG POLITIK JERANTUT TAK BUAT APA-APA.YANG DIA ORANG BOLEH BUAT HANYALAH BERGADUH SESAMA MEREKA.CANTAS MENCATAS SESAMA MEREKA.

KALAU TIDAK TENTU MAKTAB PERGURUAN TIDAK LEPAS KE LIPIS,MRSM ADA DI JERANTUT.DIA ORANG HANYA BOLEH UJUDKAN PUSAT SERENTI DAN SEKOLAH AKHLAK AJE.
APABILA KAMARUZAMAN MENANG AHLI PARLIMEN JERANTUT AKU BERKESEMPATAN BERSEMBANG EMPAT MATA DI RUMAHNYA DI KAMPUNG MAT KILAU.ITU PUN APABILA ADIK LELAKINYA MENJEMPUT  AKU KERANA KAMARUZAMAN NAK JUMPA AKU.
    
BANYAK YANG KAMI SEMBANGKAN KETIKA ITU MENYENTUH TENTANG POLITIK JERANTUT..
TAPI APABILA AKU MENYENTUH TENTANG JALAN RAYA KE ULU TEMBELING PERLU DIUTAMAKAN DAN DIPERCEPATKAN AKU MENDAPAT JAWAPAN YANG MENGHILANG RASA KAGUM DAN HORMAT AKU SELAMA INI KEPADANYA.
KAMARUZAMAN MENYATAKAN BAHAWA JALAN RAYA KE ULU TEMBELING TIDAK EKONOMIK UNTUK DIBERIKAN KEUTAMAAN. AKU RASA SUNGGUH MARAH DAN KECEWA KETIKA ITU.MANA TAKNYA,SESUATU LOKASI HARUS LAH ADA PRASARANA BAHARULAH IANYA EKONOMIK.
 
AKU JELASKAN KEPADANYA BAHAWA DENGAN ADANYA JALANRAYA,EKONOMI ULU TEMBELING AKAN BERKEMBANG DENGAN PESATNYA.JALAN RAYA ITU AKAN MENGHUBUNGKAN PAHANG DAN TERENGGANU.
 
KEGIATAN EKONOMI PENDUDUK SETEMPAT AKAN JADI MENCAPAH  DAN BERKEMBANG DENGAN PESATNYA.BERAPA BANYAK PELUANG PEKERJAAN DAPAT DIUJUDKAN DENGAN TERBINANYA KILANG-KILANG MEMANDANGKAN PELABUHAN KEMAMAN SANGAT HAMPIR.
 
PETEMPATAN PENDUDUK AKAN BERCAMBAH DEMI MENAMPUNG KEHADIRAN PENDUDUK BARU YANG DATANG DARI SEGALA PELUSUK ULU TEMBELING DAN ULU TERENGGANU YANG MENCARI REZEKI  HASIL LIMPAHAN EKONOMI AKIBAT UJUDNYA JALAN ITU.
 
AKU BALIK DAN SEBELUM MENINGGALKAN RUMAHNYA AKU SEMPAT MEMINTA BELIAU AGAR BERUSAHA MEMPERCEPATKAN HARAPAN RAKYAT ULU TEMBELING.
 
TAPI APABILA SESEORANG PEMIMPIN YANG TIADA DENYUT NADI KESUSAHAN RAKYAT MAKA HARAPAN TETAP TINGGAL HARAPAN.HARAPAN TERUS BERLALU MENANTI HARAPAN BARU.     

      
PERKARA INI TIMBUL LAGI DAN MENJADI HANGAT APABILA AKU MEMBICARAKAN SOAL MEMPERKASAKAN UMNO DALAM PERHIMPUNAN UMNO BAHAGIAN DUA TAHUN LALU.BAGAIMANA UMNO BOLEH PERKASA KALAU PEMIMPIN TIDAK MERASAI DENYUT NADI RAKYAT!!

KAMARUZAMAN BERUCAP DAN MENGAMBIL KESEMPATAN MENGHENTAM AKU DENGAN MENGATAKAN AKU SPIN FAKTA.KALAU DALAM MAHKAMAH AKU PASTI SALAH KERANA SPIN FAKTA.DIA KATA DIA JADI AHLI PARLIMEN PADA TAHUN 1995 BUKAN 1993 SEPERTI YANG AKU KATA.
 
SEBENARNYA DIA KURANG FAHAM ATAU TIDAK PANDAI NAK ANALISIS ISI UCAPAN AKU.
SEBAB ITU DIA TAK DAPAT NAK ULAS DENGAN TEPAT.DIA KELIRU SEBENARNYA.


DALAM PADA ITULAH DIA MENGAMBIL KESEMPATAN MEMBEDAL ADUN TAHAN YANG PADA PANDANGANNYA TIDAK CERDIK SEPERTI DIA.
  

SINDIRAN DAN CELAANNYA TERHADAP WAN AMIZAN  MENAMPAKKAN DIA NI CERDIK TAPI TAK BERAKAL.

MENGAPA???SEBABNYA IALAH:

-AKU KATA DATO WAN MOKHTAR DATANG KE JERANTUT PADA 1993.AKU TAK KAT DIA JADI AHLI PARLIMEN PADA 1993.

-BILA DIA MENANG AHLI PARLIMEN 1995 BAHARULAH AKU BERCERITA KAT DIA SEBAB DIA AHLI PARLIMEN.KALAU DIA PENJUAL ROTI AKU PUN TAK SUDI NAK CERITA.MASALAHNYA PADA DIA TAK EKONOMIK BINA JALAN TU.

-PADA DIA ORANG LAIN KURANG CERDIK.DIA AJE CERDIK.SAMPAI MUHYIDIN PUN PADA DIA KURANG CERDIK KERANA MAHU MENAMATKAN PPSMI.NASIB BAIK DIA TAK SEMPAT BUAT USUL MENENTANG MUHYIDIN KETIKA ITU SEBAB ASYIK SANGAT MEMBEDAL WAN AMIZAN ADUN TAHAN.


KESIMPULANNYA PEMIMIPIN YANG TIADA RASA DENYUT NADI KESUSAHAN RAKYAT TAK PERLU DIKENANG!!!!!!


KEMAKMURAN BAKAL MENDATANG

No comments: