Saturday, 28 January 2012

DEBAT YANG SIA-SIA!!!!!!!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu
melayan cadangan untuk mengadakan debatdengan 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 
bagi membincangkan dasar dan pendekatan
kerajaan menguruskan negara, kerana ia tidak
memberi kesan untuk merubah pendirian 
pembangkang.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,
berkata tidak ada keperluan Perdana Menteri 
berdebat dengan individu seperti Anwar kerana 
semua menyedari sikap Ketua Pembangkang itu 
yang suka memburuk-burukkan nama negara 
kepada dunia luar.


Beliau berkata, Anwar akan menjadikan pentas
perdebatan berkenaan sebagai platform untuknya 
meraih populariti politik dengan mempamerkan 
sikap 'bengisnya'.


"Buat apa (debat) semua orang sudah tahu dan jika 
debat itu dibuat ia tak akan merubah pendirian 
mereka (pembangkang). Lainlah kalau dia (Anwar) 
sependapat dengan kerajaan berhubung isu 
dibangkitkan.


"Tak perlu layan orang seperti Anwar dan kalau buat
pun semata-mata dia nak tunjuk bengis," katanya 
pada sidang media selepas Program Bicara Tokoh 
anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di 
sini, semalam.


Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta 
mengulas cadangan Pengarah Eksekutif Merdeka 
Center, Ibrahim Suffian untuk menganjurkan 
perdebatan antara Perdana Menteri dengan Ketua 
Pembangkang berhubung dasar dan pendekatan 
kerajaan menguruskan negara.


Ditanya sama ada cadangan debat berkenaan 
mampu menjadi transformasi politik baru dalam 
negara, Dr Mahathir berkata, rakyat negara ini 
sudah selesa dengan model politik sedia ada.

No comments: