Tuesday, 31 January 2012

POK NIK,POK NIK!!!KATA DULANG PAKU SERPIH!!!!

Nik Aziz Kata Hadi Tak Perlu Berundur, Tapi...Dalam Hati Si Tua Ni Siapa Yang Tahu???


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.



Katanya, Abdul Hadi, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.

"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," kata Nik Aziz yang dipetik akhbarSinar Harian hari ini.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menggesa Abdul Hadi supaya tidak berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Beliau menggambarkan pemimpin kanan PAS itu sebagai aset.


Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib secara sinis 'mempersilakan' bekas exco kerajaan Selangor, Datuk Hasan Ali untuk terus memburuk-burukkan parti itu kepada umum."Kalau dia (Hasan) ada banyak modal (keburukan PAS) lagi yang dia nak dedah, kita persilakan. Kalau dia nak terus serang kita (PAS), silakan.


"Kalau dia (Hasan) ada banyak modal (keburukan PAS) lagi yang dia nak dedah, kita persilakan. Kalau dia nak terus serang kita (PAS), silakan



"Kita tak ada masalah sebab sudah biasa dengan perkara macam ini dan bersedia untuk menolak segala dakwaan buruk terhadap PAS," kata Harun (atas, kiri) dipetik akhbar milik Umno itu.

Harun, sebelum ini dianggap sebagai sekutu Hasan kerana mempertahankan bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu sebelum beliau dipecat.



p/s : Boleh percaya ke apa yang Pok Nik tu kata. Kot lain di mulut lain pulak di hati. Siapa tak kenal Al-Ustaz Nik Aziz. Ulama 'semak'. Cakap tak serupa bikin. 
Dan, cara Pok Nik bercakap, dia nak jadi ahli politik dan pegang jawatan Menteri Besar sampai mati??.
Dulu dia tohmah dan kutuk Dr.Mahathir,kata Dr Mahathir nak jadi PM sampai mati.Sekarang dia sendiri nak jadi MB sampai reput! Pok Nik, Pok Nik. 
Orang tua dah nyanyuk. Apo nak buet, kato orang Negeri 9. Apapun, terpulanglah pada Hj Hadi untuk buat keputusan. 
Kita orang Umno tak mahu masuk campur. Apa kita dapat lihat sekarang ni, Pas sudah terumbang-ambing, bak kapal yang hampir nak tenggelam. Akan tenggelam kah PAS?...kita tungguuuuuu. - IBM


1 comment:

bRAVEhEART said...

Nik Aziz minta Hj Hadi jgn berundur supaya akan ada org yg bersamanya untuk kekal selama2nya. Masalah utama Pas adalah Nik Aziz itu sendiri....yg sepatutnya sudah emeninggalkan jawatan dn memberi ruang kepada pemimpin baru....