Wednesday 3 October 2012

RM 200 JUTA BANYAK TU WEHHHHH!!!!!!

Siapa Nak? Ganjaran RM200 Juta Untuk Sesiapa Yang Berjaya Mengahwini Wanita Ini 

Agak keterlaluan pulak sampai RM200 juta!
Hong Kong – Semua bapa ingin melihat anak mereka berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Tidak
terkecuali ialah bilionair Hong Kong, Cecil Chao Sze-tsung, yang ingin
menyaksikan anak perempuannya, Gigi, berkahwin dan mempunyai keluarga
sendiri.
Namun hasratnya tidak kesampaian apabila Gigi, yang juga
lulusan Universiti Manchester rupanya seorang lesbian dan dilaporkan
telah mengikat tali pertunangan dengan rakan sejenisnya, Sean Eav di
Paris pada 4 April lalu. 

Tidak mahu berputus asa, Cecil kini
menawarkan ganjaran lebih Rm 200 juta kepada mana-mana lelaki yang
berjaya mencuri hati anak perempuannya hingga ikatan mereka berakhir di
jinjang pelamin. 
Taikun hartanah itu melancarkan pencarian suami baru-baru ini.
“Saya tidak kisah sama ada lelaki itu miskin atau kaya, yang penting dia mempunyai sifat yang baik.Gigi
adalah seorang wanita yang baik selain mempunyai rupa serta berbakat.

Dia amat menyayangi ibu bapanya dan suka melakukan kerja-kerja
kebajikan,’’ kata jutawan berkenaan.
Cecil berkata, wang berkenaan
adalah sebagai tarikan kepada mana-mana lelaki untuk memikat anaknya,
bukan dijadikan modal untuk memulakan perniagaan sendiri. Namun beliau tidak akan memaksa anak perempuannya itu jika dia enggan mengawini lelaki berkenaan.
Gigi kini merupakan pengarah eksekutif di syarikat hartanah bapanya, Cheuk Nang. Hasrat
taikun berkenaan bagaimanapun mendapat kritikan dengan ramai yang
menyifatkan tawaran tersebut umpama menjual anak sendiri. 

Malah ada juga yang memintanya menerima anaknya itu seadanya walaupun dia seorang lesbian.
                          Aduyai…. anda nak?

No comments: