Sunday, 30 September 2012

BIAR BETUL????

Nuffnang Ads

Pawagam Terbelah dua ketika tayangkan Innocence Of Muslim.

Assalamualaikum, Semalam heboh kononnya sebuah pawagam runtuh & terbelah dua ketika menayangkan filem Innocence Of Muslim.Berita tersebut sememangnya tidak betul sama sekali dan jangan mudah percaya... Berita ini tersebar melalui Twitter & Facebook melalui gambar dibawah ini...

Orang Melayu Bukan Pengecut!!!!

TAHUKAH ANDA?? Bagaimana Tentera Jepun Tahu Orang Melayu Bukan Pengecut.

Menurut penulis buku “Memoir Mustapha Hussain: Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum Umno“;
 
  • Beberapa hari sebelum meletusnya peperangan dunia kedua di Tanah Melayu, Tentera Jepun telah melaungkan di radio-radio bahawa Tentera Jepun akan dibantu oleh “KAME” untuk menakluki Malaya. “KAME” dikatakan sebagai sayap kelima Jepun yang terdiri daripada rakyat tempatan tanah Melayu.
  •  
  •  
  •  Tentera British yang mendengar laungan Tentera Jepun ketika itu mula menjalankan siasatan siapakah KAME yang dimaksudkan oleh Jepun dan akhirnya pegawai perisik cawangan khas British mendapati bahawa mereka itu adalah daripada Kesatuan Melayu Muda (KMM). Maka habis semua ahli KMM telah diberkas dan disumbat ke dalam penjara di Singapura.
  •  
  •  
  • Ibrahim Yaakub rupanya telah menjalinkan hubungan dengan Tentera Jepun menawarkan KMM sebagai sayap kelima mereka tanpa pengetahuan ahli-ahli KMM seorangpun. Ibrahim Yaakub juga telah diberkas oleh British bersama dengan iparnya Onan Haji Siraj yang juga ahli KMM. Ibrahim Yaakub telah menipu British mengatakan Onan bukan ahli KMM lalu British melepaskannya.
  •  
  •  
  • Onan Haji Siraj kemudiannya membawa Jepun menemui Mustapha Hussain yang merupakan Naib Presiden KMM yang selamat daripada tangkapan British. Mustapha Hussain terpaksa mengambil alih menjadi ketua KAME sayap kelima Jepun menggantikan Ibrahim Yaakub walaupun dia tidak tahu menahu tentang perjanjian bersama Jepun.
  •  
  •  
  • Mustapha Hussain kemudiannya dibawa menemui Mejar Fujiwara yang bertindak sebagai ketua kepada kumpulan F Kikan yang akan mengetua pergerakan mereka melawan British. Mustapha diminta mengumpulkan semua ahli KMM untuk mula menjalankan tugas mereka. Malangnya sudah tidak ada lagi ahli KMM yang boleh dikumpul kerana semuanya dan ditangkap British.

  • Mustapha Hussain tidak memberi tahu Jepun perihal tersebut sebaliknya berusaha mencari beberapa orang pemuda Melayu untuk dijadikan pengganti ahli KMM. Dia bertemu dengan Persatuan Pemuda Melayu Perak (PPMP). Mereka ini kemudiannya dilatih oleh Jepun selama 3 hari selok belok peperangan.
  •  
  •  
  • Salah seorang daripada ahli PPMP itu bernama Mohd Mustafa Bin Ali. Dia seorang yang sentiasa kelihatan tenang dan tersenyum dalam apa jua keadaan. Ketika berlatih seorang Kapten Tentera Jepun menghampiri Mustapha Hussain bertanyakan samada ahli-ahli KMM ini berani belaka.
  •  
  •  
  • Dengan berpura-pura marah Mustpha Hussain lalu menunjukkan pemuda Mohd Mustafa itu dan berkata, ‘cuba lihat muka pemuda itu! adakah anda nampak dia itu penakut?’. Jepun itu terus bangun dan mendapatkan budak muda tersebut.
  •  
  • Dia menghampiri budak itu dan tangan kanannya menepuk-nepuk bahu budak itu. Tiba-tiba tangan kirinya terus menyeluk kemaluan budak tersebut dan memegangnya. Selepas itu dia berpaling kepada Mustapha Hussain dan berkata, ‘Yoroshi!’, maknanya bagus!.
  •  
  • Begitulah cara Jepun mengenal pasti samada seseorang itu pengecut ataupun berani. Logiknya mereka yang kemaluannya masih lanjut dan tidak kecut mengecil tentulah seorang yang tidak penakut kerana dalam keadaan cemas itupun keupayaan seksnya masih berupaya berfungsi dengan baik.

  • Mungkin itu juga asal usulnya perkataan pengecut tersebut.

Penyanyi Yang Punya Dua Suara.

Bakat Penyanyi Yang Punya Dua Suara : Lelaki dan Perempuan.

amazing talent
Bakat ini dikesan pada rancangan Thailand Got Talent. Er.. Beliau ini memasuki rancangan ini untuk menunjukkan pada keluarganya yang beliau boleh berjaya juga.


Kenapa dia boleh mempunyai dua suara – suara lelaki dan suara perempuan? Beliau sebenarnya adalah seorang lelaki yang sudah menjadi seorang perempuan. Dengan erti kata lain – Pondan.


Samada di telah melakukan pembedahan atau tidak, sejujurnya beliau nampak cantik dan mungkin kau orang semua akan tertipu jika beliau terus mengatakan beliau adalah seorang perempuan.

BEGINILAH NASIB,DIRIKU YANG MALANG!OH TUHAN!!!!!

Kasihan, Remaja Ini Sentiasa Diikat.

Seorang remaja dilihat sentiasa diikat setiap kali keluar ke mana sahaja bersama dengan seorang lelaki tua. Namun persoalannya, mengapakah lelaki tua itu sanggup mengikat remaja tersebut?


Apabila kita melihat seorang lelaki bergelar datuk bertindak mengikat cucunya, adakah kita mahu terus menghukum kejam terhadapnya? 


Sebenarnya remaja ini diikat pada motosikal elektrik berkuasa rendah, dan terpaksa mengikuti datuknya ke mana saja setiap hari ketika lelaki tua terbabit memungut bahan buangan untuk dijual. Kasihan bukan? Terpaksa berhadapan dengan situasi yang sukar.


JIANG terpaksa diikat pada kenderaan datuknya bagi memudahkan dia diawasi pada setiap masa.


TANPA ibu bapa, Jiang terpaksa bergantung kepada datuknya untuk segala keperluan di rumah mereka yang serba daif di Fuzhou.


Jiang Manqi, 13, bukan saja miskin, malah menghidap penyakit sawan dan ditinggalkan ibu bapanya. Justeru, datuk Jiang terpaksa membawanya ke mana saja di bandar Fuzhou di wilayah Fujian setiap hari supaya dia dapat mengawasi remaja terbabit setiap masa. Disebabkan mengalami penyakit, sekolah juga enggan menerima Jiang belajar.


Setiap hari, Jiang menemani datuknya yang berusia 60 tahun mencari bahan terbuang di bandar itu untuk dijual di pusat kitar semula sebagai punca pendapatan. 


Untuk memberi sedikit keselesaan, Jiang diberikan tempat khas di belakang motosikal datuknya untuk dijadikan tempat tidur jika dia kepenatan. Lelaki tua itu berkata, dia tiada pilihan kecuali membawa Jiang bersamanya setiap hari.


“Ia memang menyedihkan tetapi tiada apa yang mampu saya lakukan.

“Ibu bapa Jiang tidak menghiraukannya lagi kerana masalah kemiskinan.

“Saya satu-satunya tempat dia bergantung,” katanya. Menurut lelaki itu, penyakit sawan Jiang masih boleh dirawat jika mendapat ubat dari hospital mengikut jadual.


Namun, katanya, kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu memberikan ubat berkenaan kepada Jiang.

Saturday, 29 September 2012

Digital Arts.

Digital Arts
1.Digital Arts

Digital Arts

2.Digital Arts

Digital Arts

3.Digital Arts

Digital Arts

4.Digital Arts

Digital Arts

5.Digital Arts

Digital Arts

6.Digital Arts

Digital Arts

7.Digital Arts

Digital Arts

8.Digital Arts

Digital Arts

9.Digital Arts

Digital Arts

10.Digital Arts

Digital Arts

11.Digital Arts

Digital Arts

AWET BUDAK!!!

Wow !! 3 Gambar gadis 31 tahun yang seolah-olah kelihatan baru berusia 14 tahun.

Inilah gadis comel dan cantik dari Hunan, China yang kelihatan seperti budak kecil berusia 14 tahun. Xia Da, nama sebenar gadis comel ini sudah berumur 30 tahun. Beliau dilahirkan pada 4 April 1981  dan merupakan seorang pelukis kartun yang terkenal.



Pakaian terlampau.

Gambar pakaian terlampau pelanggan. 

BUTA MATA BUTA HATI.

Lelaki 'Buta' Meraba Awek Sambil Cari Jalan.

 


Seorang lelaki dari Chongqing China telah dirakamkan aksinya yang cuba meraba beberapa orang gadis dijalanan ketika beliau sedang berjalan.


Apa yang menarik mengenai lelaki tersebut, beliau berlakon sebagai orang buta bagi mendapatkan peluang untuk meraba punggung wanita yang sedang berjalan ke arahnya.

YE KE ADA HANTU???

Hantu Tanpa Kepala di Kulim (Seram!)


Gambar Hiasan – Hantu tanpa kepala yang sering menggangu penduduk Kulim

 

Penduduk di Kulim menjadi gempar apabila muncul lembaga tidak berkepala berdiri di tepi jalan apabila menjelang waktu tengah malam terutama ketika waktu hujan. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Hantu Tanpa Kepala di Kulim (Seram!) | Ada dalam kalangan kita menolak kewujudan alam misteri dan mistik. Tidak kurang yang menyatakan ia hanya tahyul dan tidak seharusnya dipercayai. 
Bagi penduduk Terap Daerah Kulim Kedah, penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala beberapa tahun lalu, meninggalkan kesan kepada mereka apabila jelmaan hantu lembaga tanpa kepala sering ditemui berdiri di tepi jalan apabila menjelang waktu tengah malam terutama ketika waktu hujan.



Ada juga penduduk kampung yang pernah melihat lembaga itu pada waktu pagi, terutama yang bekerja di ladang getah. Seorang Penoreh Getah, En. Abu Hassan Ismail yang tinggal di Terap sejak 54 tahun lalu berkata, hanya mereka yang pernah bertemu dengan lembaga hantu itu sahaja akan mempercayai kewujudannya. Menurutnya, sehingga kini, ramai penduduk sudah melihat sendiri dan ada antara mereka yang sampai demam kerana terkejut.


“Sekitar tahun 2007 dan 2008, penduduk kawasan ini digemparkan dengan penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala di dalam kawasan ladang getah. Mereka dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayat mereka dibuang disini.”


“Selepas kejadian itu berlaku, ada penduduk kampung, terutama penoreh getah yang keluar bekerja seawal jam 4 pagi, ternampak lembaga tanpa kepala berdiri di tepi pagar kawasan ladang atau di tepi jalan. Sejak itu laluan dari Terap ke Sungai Tengas dikatakan berpuaka” kata En.Abu Hassan.


Sementara itu, seorang penggemar burung yang sering masuk ke kawasan hutan berdekatan berkata, dia turut menemui lembaga itu kira-kira jam 12 tengah hari. Ketika sedang leka mengunggu, dengan tiba-tiba burung yang dijadikan umpan bertukar menjadi liar.


Sedang dalam kehairanan itu, dia merasa seram sejuk dan seakan ada orang sedang memerhati. Apabila dia menoleh ke belakang, lembaga hantu tidak berkepala itu telah ada di belakangnya.


Selain itu, kawasan misteri berkenaan juga sering berlaku kemalangan. Penunggang motosikal, pemandu kereta, bahkan pemandu lori treler juga dilaporkan sering terbabas kerana cuba mengelak daripada lembaga tidak berkepala yang sedang melintas jalan.


Anggota-anggota polis dari Pondok Polis Terap yang sering membuat rondaan juga menyatakan yang kawasan berkenaan amat menyeramkan terutama apabila tiba di puncak bukit.




Percaya tentang adanya makhluk ghaib merupakan salah satu dari rukun iman. Tetapi takutkan makhluk ghaib ini lebih dari takutkan Allah boleh jatuh hukum syirik. Semoga kita semua terselamat dan terpelihara dari dosa syirik. Tiada yang boleh memudaratkan kecuali hanya dengan izin Allah.

Friday, 28 September 2012

Cantik dan seksi!!!!

Wanita cantik dan seksi 2012.

Ada jutaan dan berbilion wanita di dunia ini untuk diperhati dan diamati kecantikannya.
 Jika aku nak korang buat senarai wanita tercantik dunia, dalam 1000 orang responden, semuanya tak akan sama kerana masing-masing ada 
citarasa yang tersendiri kan? Di kalangan jutaan wanita, permata cantik di mata, hati, jiwa dan raga ,aku telah mengcopy dan pastekan senarai pendek 10 orang wanita tercantik dan juga terseksi di dunia hasil undian yang dijalankan oleh majalah TOP.


 Angelina Jolie


 Jessica Alba

 Katie Holmes

Monica Belluci


Shakira

Andriana Lima


Bar Rafaeli


Eva Mandes


Jessica Biel


Katrina Kaif