Sunday 4 December 2011

Winnable Candidate?Apa Ke Bendanya Ni?Entahhhhhhh!

Winnable Candidate (WC)!  Najib sebut perkataan ini.Menteri-menteri bodek pun cakap serupa.Orang yang kehulu ke hilir ekori menteri itu menteri ini pun tumpang sekaki sebut juga.Entah faham apa yang di sebut tak tahulah.

Tak percaya pergi tanya ahli umno.Apa jawapannya?Calon boleh menang.Bagaimana boleh menang?Entah,pegi tanya pemimpin umno lah dia orang lagi faham.Tanya pemimpin umno.Jawapan serupa apa yang ahlinya cakap tadi.

Jadi agak malang bagi Najib punya anak buah yang ramai bingai daripada cerdik.Hanya tahu cakap tapi tak dapat meyakinkan aku tentang winnable candidate.Tak boleh nak jelaskan makna tepat  winnable candidate.

Jadi bagaimana nak yakinkan orang ramai tentang  winnable candidate yang cuba mereka tonjolkan.Macam mana calon ni boleh digelarWC.Apa ciri-cirinya?Apa kayu ukurnya?Di mana penanda arasnya?

Jadi tolong jelaskan kepada rakyat apa bendanya yang boleh melayakkan seseorang itu menjadi WC.Pada rupa dia kah?Pada peribadi diakah?Pada lubang hidung dia yang menjadi pujaan hati kah?Kah?kah?dan banyak lagi kahnya.

Maka jadilah orang politik,orang kedai kopi,orang ramai seperti burung tiung yang tak faham apa yang ditutur kan.WC sana,WC sini,WCsitu.Sana sini situ?Tapi apa ke bende nye?Cuba jelaskan?

Untuk yang kurang faham atau masih tercari-cari apa itu winnable candidate,aku akan kupaskan satu persatu ikut tafsiran aku yang aku fikirkan logik.Selepas itu anda semua dengan senang boleh cari sendiri WC yang berkenaan dengan markahnya sekali.Jadi kalau dia bertanding atas tiket pas maka pangkahlah dia.Kalau dia bertanding atas tiket bn pangkahlah dia kerana dialah WC yang terbaik antara mereka.

Ciri-ciri Winnable candidate.

1.Intergriti- jujur pada diri sendiri dan tuhan.tidak terpalit dengan penyelewengan dan salahguna kuasa.(20)
2.Personaliti-Sedap mata memandang,sihat tubuh badan,baik watak luar dan dalam,peribadi terpelihara(20)
3.Teologi- pegang teguh kepada agama,yakin pada takdir,tawakkal (20)
4.Hirarki- Ada jawatan dalam parti,senioriti dan ada networking(20)
5.Akar umbi-ada base sendiri,faktor keramaian saudara dan sahabat handai,mesra masyarakat,(20)
6.Loyalty-kesetiaan terbukti,tidak pernah sabotaj,sabar walau pernah di kerat tetap setia pada parti(20)
7.Persepsi-bersih dan nampak bersih,tiada persepsi buruk pada fikiran orang ramai.(20)

Semuanya berjumlah 140 markah.Senarai panjangkan calon yang layak.Kemudian beri markah sendiri berdasarkan ketelusan hati bukan kerana sayang.Perlu jujur pada diri sendiri ketika membuat penilaian.Anda akan dapat Winnable candidate di tempat anda.Tak kiralah calon parti mana sekali pun.


Jadi beri tahu aku siapakah WC di dun anda setelah anda mengira dengan ketelusan.Jadi kita pakat sokong ramai-ramai.Yang tak lulus ujian di atas jangan marah!Orang umno sokong WC umno,Orang pas sokong WC pas.Adilkan?Pemimpin di atas tidak tahu semua perkara.Jengok-jengoklah orang di bawah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

4 comments:

Anonymous said...

Tak ada yg nampak layaknya.;Semua yg diatas senun tu nampak kaki songlap aje.Tak ada pun yg nampak bersih.Yg nampak cuma tahi berselempat di jubur aje. boleh menang ke?

Kutukandewata said...

he!he!he!

Anonymous said...

Kalau yg kuat pungkorrrrr ...camne pulok?

Kutukandewata said...

Kita cari lah calon reba sebab di mana ada pungkor di situ ada reba.heheheh!