Sunday, 25 December 2011

ADAM ADLI,HERO ATAU PETUALANG UPSI?????

SIAPA DAPAT MENENTUKAN SAMADA ADAM ADLI HERO ATAU PETUALANG????


Wah!!! Nampaknya Adam Adli  mendapat sokongan 

sepenuhnya daripada ibu bapanya. 

Restu ibu bapa penting dalam 

melakukan sebarang misi dan melaksanakan visi.

Syabas Adam Adli punya mak bapak yang begitu sporting dan memahami jiwa anaknya yang sedang memberontak.

Taraf Adam Adli sudah jauh lebih tinggi berbanding Chegu Bard apatah lagi Shamsul Iskandar 
Mohd Akin. 

Adam Adli tenang, malah sempat mengalunkan cerita dia akan terus memperjuangkan kebebasan mahasiswa tanpa mengambil kira sama ada dia masih lagi bergelar mahasiswa atau tidak selepas ini.

Hebat tak hebat Adam Adli, glamournya sudah 

cukup senang untuk merampas kedudukan Sam 

Ketot selaku Ketua AMK.Permudah cakap Cikgu 

Bard dan Sam Ketot sedar tak sedar telah mencipta 

sendiri saingannya yang hebat.

Dari segi wajah dan keintelektualannya jauh lah 

mendahului mereka berdua.Aku sendiri pun tengok 

wajah manisnya itu berasa senang hati.

Adam Adli turunkan bendera, kemudian naikkan balik. Dia nafi 'tohmahan' yang mengatakan dia turunkan bendera yang ada muka Najib dan kemudian pijak-pijak serta diludah-ludah. 

Apa yang aku pasti yang dipijak bukan bendera DS Najib tapi cuma banner yang entah di mana dia orang dapat.


Tindakannya itu sekurang-kurangnya telah membuatkan UPSI jadi terkenal dan glamour.Sekurang-

kurangnya orang ramai akan bertanya apa masalahnya budak ini sampai berani bertindak sedemikian.

Sekurang-kurangnya orang ramai akan tahu betapa lulusan pendidikan UPSI sedang di anak tirikan oleh kerajaan.

Sekurang-kurangnya orang ramai akan tahu nasib mereka terumbang-ambing kerana tiada jaminan untuk mendapat tempat bila keluar nanti.Mahasiswa yang masuk UPSI sudah tentu jiwanya tulin nak jadi guru.

Sekurang-kurangnya orang tahu berlambak lulusan UPSI di luar sana yang masih menganggur.Sekurang-kurangnya orang tahu mahasiswa yang bukan lulusan perguruan yang terdesak tiada pekerjaan  dianak-emaskan sewenang-wenangnya merampas tempat mereka dengan ujudnya program KPLI.


Bertambah sengsara lagi ribuan guru sementara atau nama glamournya GSTT diberi tempat istimewa dengan kursus yang diciptakan khas untuk mereka.sedangkan lulusan keluaran UPSI terabai.


Bertambah malang lagi bila mana orang di kementerian pelajaran suruh mereka cari kerja lainlah!

Kerja lain?Doktor,jurutera,pegawai bank,pengurus ladang,jaga tiket panggung wayang???

Kah kah kah kah!!!!!!!Bengong punya cadangan!!!

Di sinilah hero nya Adam Adli!!!Pejuang prolitar marhaen UPSI!!!


Sayang seribu kali sayang Adam Adli,hero dalam pembikinan menjadi petualang kepada kerajaan.Mana tidaknya bila jiwa yang memberontak tidak dipedulikan oleh orang yang sepatutnya ambil berat tentang dirinya dan rakan-rakan maka segala yang negatif mudah meresapi jiwanya.


  Petualangnya Adam Adli terserlah bila mengmbil lorong yang penuh liku.Apa yang pasti selepas ini Adam Adli akan mengambil-alih tempat sebagai Ketua AMK.Jadilah ahli politik yang hebat sehebat mahagurunya.!!!!!!!         

Hebat tak hebat, lepas kena ugut dibunuh, Adam Adli buat laporan polis pula kononnya polis berpakaian biasa nak tumbuk dia. 


Lepas ni, tentu ada polis yang berpakaian nelayan cuba nak kafankan dia pula. Lepas tu, tentu ada polis yang berpakaian petani pula yang nak bakar kakinya.Semuanya polis yang jahat... yang tak jahat, Adam 

Adli dan budak-budak universiti pengikut Saifuddin 

Abdullah yang NEW POLITIC.


Ps: Belum habis belajar dah pandai 

cari masalah. Tapi nak buat macam 

mana. Dah nama pun dia budak 

tengah belajar. Jadi, memang la dia 

KURANG AJAR!!!



Sekarang dah timbul masalah, baru 

sibuk nak cari Polis dan sebagainya. 

Baru dia tau langit tinggi rendah. 

Padan Muka!!!


Biar kena marah kerana belajar,biar 

kena marah kerana  tak masuk 

diajar,jangan kena marah kerana 

 kurang ajar!!!!!!!!

No comments: