Monday 12 December 2011

Keluarga Bahagia Tajaan Duit Rakyat!!!!!

Penyamun Tarbus(Sumber Wak Labu)


Aku mencemburui keluarga ini.Kerana:
1.Keharmoniannya
2.Keceriaannya
3.Kekayaannya
4.Ada anak gadis yang comel.heheheheheh!
5.Kekuasaannya.

Semua faktor di atas tak ada pada keluarga aku.Keluarga marhaen.Perjuangan nenek moyang aku menentang penjajah british dimanafaatkan serakus-rakusnya oleh orang yang tak punya hati dan rasa.


Bapak mentua aku pun bela kerbau dan lembu juga.Tak ada pun kerajaan nak bantu.Bantu RM 100,000 pun jadilah.Tapi syukur,dengan kudrat tuanya dan punca wang halal lembu dia membiak juga sampai 40 ekor.Bapak mentua aku bukan orang ada-ada.Orang biasa-biasa aje.Kerajaan tak pandang pun walau sebelah mata.


Kerana apa?Kerana dia bukan gajah,hanya seekor semut merah.Tiada sebanding untuk saling bersaing!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

Jangan menulis mengikut hati,
nanti hancur meruah diri,
pejuang jati sangat teliti,
tidak menyerang membuta tuli.

Jangan melangkah mengikut hati,
tersepak keting jatuh sendiri,
benar dan salah wajib dicari,
tidak menyesal kemudian hari.

Jangan menghukum mengikut hati,
nanti tertimbak dada sendiri,
rentak Azazil jangan diikuti,
kita berlawan sama sendiri.

Jangan tuan gundah gulana,
gendang perang sumbang tingkahnya,
jangan ikut bloger betina,
caci maki dulu baru siasat kebenaran ceritanya

Selamat berjuang,,,,,


Orang Tua.....tk

Kutukandewata said...

Trima kasih orang tua,

Aku berjuang menyatakan yang hak.intergriti yang diutamakan dalam mencari pemimpin.Nyatakan yang benar walaupun pahit.

Umno lebih penting daripada seorang menteri.jangan kerana kita mempertahankan seorang menteri akibatnya umno tersungkur.

dengarlah luahan hati rakyat di mana-mana.Kita tidak berlawan sesama kita.Cuma mau memperbaiki parti.

undur diri bukan bermakna kalah tapi menyusun langkah memperkemaskan tingkah.tidak salah.

legalnya tiada salah langsung.tapi persepsinya mencalarkannya.

Lihat Muaz bin Jabar,Gabenur Sham.

Nabi bertanyakan beliau tentang hadiah yang diterima Muaz.

"Jika kau bukan seorang Gabenur apakah orang akan memberikan kau hadiah?"

"Tidak!"

"Jadi pulangkan semula"

Apakah maksudnya itu?!!!!