Thursday 22 December 2011

TROJAN HORSE PEMBANGKANG DALAM PENTADBIRAN AWAM NEGARA GAGAL DALAM USAHA MENGGULINGKAN NAJIB!!!!

SPBA :NAJIB DI TIKAM BELAKANG..!!!


Penjawat awam  perlu mengucapkan tahniah serta berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menangguhkan perlaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dilaksanakan bermula Januari ini dan tahniah kepada Cuepacs kerana berjaya menyedarkan PM Najib bahawa skim yang dirangka itu tidak menguntungkan kakitangan awam dan ada perkara lain yang dirahsiakan dari pengetahuan Najib.
Malah skim ini dilihat begitu banyak menguntungkan kumpulan pengurusan tertinggi ataupun kumpulan premier (JUSA- Jawatan Utama Sektor Awam) dan kumpulan pengurusan gtertinggi ini boleh tersenyum lebar kerana mereka mendapat kenaikan gaji 100% sedangkan SBPA ini langsung tidak memberikan menafaat kepada kumpulan sokongan yang berpendapatan rendah.
.
Hasrat Najib mengurangkan kadar kemiskinan Bandar  kakitangan awam  memandangkan kos sara hidup yang tinggi  dan kenaikan harga barang di pasaran.  Malangnya ada pihak-pihak tertentu dalam JPA ataupun SPA serta pihak KSN cuba sabotaj  niat Najib dengan melakukan pelarasan gaji tidak bermatlamatkan hasrat ataupun transformasi PM Najib sewaktu menginsafi nasib dan masa depan penjawat awam seperti yang beliau suarakan.



Kita tidak tahu apa motif pihak KSN maupun KPPA yang bertanggungjawab merangka SBPA menyembunyikan fakta sebenar daripada Najib?Perlu diingat bahawa seramai 1.4 orang adalah pengundi yang akan menentukan untung nasib Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.Adakah ini agendanya di sebalik SBPA ini?
Usaha Najib disabotaj!
Mengapa pihak  Ketua Setiausaha  Negara (KSN) ataupun  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA ) merahsiakan Lampiran C. Bagaimana cara gaji dinaikan?Bagaimana pelarasan gaji dilakukan? Bagaimana proses kenaikan gaji itu berlaku? Mengapa  dirahsiakan?Apa motifnya sedangkan itu adalah hak penjawat awam?
Adakah benar seperti yang sedang didakwa bahawa kakitangan pengurusan tertinggi ataupun premier ini sengaja memberikan peluang kepada pembangkang untuk menggulingkan Najib? Ataupun barangkali benarlah seperti yang didakwa bahawa pengurusan tertinggi ini sebenarnya `Trojan horse’pembangkang untuk mengulingkan Naib dari dalam.
Kumpulan ini merangka pelarasan gaji yang cukup tidak munasabah,kalangan mereka mendapat kenaikan gaji yang tinggi  dan difahamkan kenaikan gaji melibatkan KSN hingga mencecah RM80,00 sebulan gaji pokok dan belum masuk elaun sedangkan kumpulan Sokongan 1 dan 2 hanya mendapat kenaikan gaji sekitar RM60-hingga ke RM 200. Pelarasan gaji apa kalau ini sahaja jumlahnya?Ini bentuk pelarasan yang menindas penjawat awam.
Jangan kerap sambung kontrak KSN!
Penambahbaikan kenaikan gaji sepatutnya lebih menguntungkan yang berpendapatan rendah agar dapat keluar dari masalah kewangan kemiskinan bandar.  Malangnya berlaku sebaliknya seolah-olah menjadikan yang kaya bertambah kaya,yang miskin terus papa kedana.
Wajarlah Ceupacs menentang SBPA ini. Najib harus juga berterima kasih kerana Cupecas mendedahkan bahawa ada sebahagian besar pegawai-pegawai tinggi dalam perkhidmatan awam sedang menikam beliau dari belakang.Lain yang Najib suruh lain pula yang mereka buat.



Siapa yang memberikan nasihat yang salah kepada Perdana Menteri ini?Adakah KSN ataupun KSN atau Ketua Pengarah JPA ?dan kita juga difahamkan kedua mereka ini tidak mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain tetapi peliknya mereka boleh bersama merangka pelarasan gaji ini bagi melengkapkan SBPA.Adakah mereka ini memperolehi kepentingan tertentu hingga mereke bersedia untuk melupakan seketika sengketa antara mereka?Kita harap tidak tapi kalau benar,nyawa Najib sebagai Perdana Menteri bak telur dihujung tanduk.

KPPA-rahsiakah Lampiran C itu?
Nasib baik Najib bertindak pantas menangguhkan perlaksanaan SBPA ini dan tidak tunduk kepada pelan asal perlaksanaan SBPA yang dirangka oleh kumpulan KSN dan JPA ini.Sekiranya Najib kekal dengan keputusan bersetuju dengan SBPA ini,Putrajaya cukup mudah jatuh ketangan pembangkang dan Tengku Adnan lari malam kalau PRU13 diadakan hari ini.
Inilah yang sering kita sebutkan bahawa ada tangan-tangan ghaib yang kononnya cukup dipercayai tetapi dalam masa yang sama menanam racun untuk `membunuh’ Najib secara perlahan-lahan. Mereka inilah yang menjadi agen pembangkang dan pembangkang dalam isu SBPA berdiam diri kerana skim itu menguntungkan mereka kerana mereka yakin 1.4 juta penjawat awam itu akan beralih undi untuk menyokong mereka.
Yang jelas Najib ditipu oleh pegawai-pegawai yang beliau harapkan.najib diperdaya untuk menerima bulat SBPA sebelum ini tanpa ditunjukan pelaras sebenar gaji yang melibatkan penjawat awam terutama sekali daripada kumpulan Sokongan 1 dan 2. Dan kalau benar Najib ditipu ataupun diperdaya untuk menerima pelarasan SBPA ini,beliau harus mengambil tindakan kepada mana-mana pegawai yang cuba menjadikan beliau dibenci oleh penjawat-penjawat awam. dan mengsabotaj pelan transformasi penjawat awam ini.
Mereka adalah sebahagian daripda 1.4 juta pengundi..
Sekali terpedaya boleh dikatakan terlepas pandang tapi kalau banyak kali sangat terpedaya,kita sebenarnya bukan pemimpin yang ada kredibliti ataupun intergriti.
(sumber:SANGGAHTOKJANGGUT)

8 comments:

Unknown said...

memang satu kerajaan boleh jahanam kalau ramai sangat penjahat dalam kerajaan itu sendiri...

Anonymous said...

Kerajaanlah yg sentiasa di lihat sebagai menindas pekerja sedang yg sebenarnya "mereka" lah penyamun yg sebenar. Jangan jangan mengundi pun tidak,maklumlah org besar,sibuk,meeting itu,meeting ini.Golf sana,golf sini!

Selagi TAMAK menguasai diri,selagi rasa akulah yg ada kuasa,mereka mudah lupa pada yg lebih "Berkuasa".
AKU SOKONG NAJIB

Anonymous said...

golongan inilah paling banyak makan rasuah

Anonymous said...

Sila lampirkan C seperti yang dinyatakan untuk kita teliti bersama,jangan cakap saja,sangat buruk padahnya kapada mesyarat.
Betulke gaji KSN 80,000RM sebulan?

Sangat sadis jika anda gagal menunjukkan segal bokti yang jelas
untuk menyukong dakwaan anda.Jika tiada bokti ,anda adalah termasuk
dalam golongan yang menyebar fitnah.
Fitnah lebeh teruk drp pembunohan.

Saya juga pegawai awam.

Anonymous said...

anon di atas,

macam mana nak tunjuk sebab mereka tak tunjukkan kepada cuepac,kalau tunjuk tak jadi macam ni.

kalau lampiran C di tunjukkan orang tak akan ada syak wasangka dan artikel ini tak akan keluarlah.

baca artikel ni pun tak faham,nak masuk campur perdebatan!!!

putrarahman said...

Di dalam swasta pun banyak berlaku.Pengurusan tertinggi membuat semakan semula gaji dan elaun untuk mereka dengan cukup teliti, tetapi gaji dan elaun kakitangan bawahan dicatur ikut suka hati sahaja. Ahli Lembaga pengarah dirasuah supaya meluluskan perancangan mereka.

Anonymous said...

Saya rasa PM dan kebinit tak bodoh sampai kena tipu begitu sekali.Sebab
sebelum dibawa dan dibentangkan kapada PM dan bawa kekabinit prosesnya terlau ketat,melainkan
mereka2 ini sangat bahlul.

Saya syak ada AJK CUEPAC yang
jadi duri dalam daging kapada kerajaan,boleh jadi ejan PR.Mungkin
ada niat hendak jadi calun PRU 13 .

Malunya saya sebagi rakyat dapat PM dan kebinit yang tolol,,,,
sehingakan KUTUKAN DIWATA lebeh tahu drp PM,,,,,Maklumlah jenis
dewa2 nampak apa orang biasa tak
nampak,,,, karutttttt sangat ya.


Saya juga pegawai awam.

Kutukandewata said...

anon di atas,

he he he he he he!!!!!!!