Sunday, 11 December 2011

Gaji Suami Shahrizat RM 100k sebulan?Huh!!

Aku sayang Kak Ijat,Tapi aku lebih sayangkan UMNO!!!
  
 Marilah ramai-ramai kita baca omelan SAKMONGKOL AK 47:


Dengar cerita CEO NFC (suami Sharizat) dpt gaji 100k sebulan, anak sulung (age 31) dpt gaji 45k sebulan, anak kedua (age 27)dpt 35k sebulan, anak ketiga (age 25) dpt 35k sebulan. Jika ini betul, ia sesungguhnya memalukan. Ambil duit rakyat buat bayar gaji besar.
Anak saya pun graduate juga. UPSR, PMR, SPM dapat semua A. Umur 24 tahun. Kerja swasta. Dia pun work hard. Balik kerja paling awal jam 9 malam. Kadang2 sampai 1 pagi. Gaji dia RM2,700/sebulan. Adakah anak saya akan sokong BN/UMNO kalau begini keadaannya? Saya dah tahu jawapannya. UMNO tak boleh kelentong orang cerdik. UMNO is not capable


Anda nilailah sendiri kenyataan di atas.Suami Kak Ijat perlu tampil untuk menafikan omelan SAKMONGKOL AK47 ni.Walau apa pun Kat Ijat telah kehilangan intergriti pada persepsi rakyat.Sebaik-baiknya Kak Ijat tidak perlu bertanding pada PRU 13 demi kelangsungan UMNO.

Kak Ijat perlu akur pada persepsi rakyat.Buat aje kerja untuk mempastikan UMNO menang Pilihan raya nanti.Tempat untuk Kak Ijat tetap ada. 

Barang diingat!!!!

Omelan SM47 di atas hanya berdasarkan "dengar cerita"atau orang putih kata "ears say".Belum tentu kebenarannya.

Barang diingat!!!!

SAKMONGKOL AK 47 ni adalah bekas wakil rakyat UMNO yang bertanding sepenggal sahaja.Cantasan yang berlaku terhadap dirinya menyebabkan dia jadi desperado,Zorro,dan Robin Hood!!!Kita tidak boleh menidakkan dia.Kalau kena kat kita pun boleh jadi meroyan juga kita dibuatnya.

Jadi tapis-tapis,saring-saring juga kenyataannya.Jangan terima bulat-bulat!!!!

Adat berperang,angkat pedang perisai ditangan.Adat berjuang,prinsip dan pegangan tiada ganti
galangnya.Adat berkerajaan,biar bercerai nyawa dan badan.Panji tetap aku tegakkan,Walau dengan gigi setelah kehilangan tangan!!!!!!!

No comments: