Thursday 15 December 2011

Datuk Seri Shahidan Kassim Yang Berani Berterus Terang Tidak Hipokrit

SAYAlah Calon WINNABLE CANDIDATE ( Yang Pertama ! )



DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM


- "Semua rakyat tahu. Kalau tidak ada hal saya tak akan keluar dari Perlis. Saya akan duduk dari pagi sampai ke malam di kawasan saya sahaja...jumpa rakyat dan sebagainya. Kalau macam itu bukan 'winnable candidate', apa makna sebenarnya?"

-  "Masalahnya rakyat dah bercakap (menilai) macam itu. Bukan kita yang buat penilaian tetapi rakyat yang membuat penilaian. Jadi saya bagi pandangan rakyat apa yang berlaku. Kita bercakap (mengenai winnable candidate) tapi tak ada ciri yang jelas," 

-  "Rakyat tak faham (soal peruntukan) itu. Kalau calon boleh menang, dia perlu berkorban. Tetapi pada masa yang sama hakikatnya ialah bukan semua masalah boleh diselesaikan serta merta oleh kerajaan,"(Sumber-Blog dinturtle)


Aku tertarik pada ayat yang aku perbesarkan di atas.Untuk renungan semua biarlah aku cadangkan ciri-ciri yang diperlukan kepada pemilihan Winnable Candidate.Kalau setuju baguslah.Kalau tak setuju tak apa lah abaikan saja sebab ini cadangan dari aku yang marhaen nie.


Ciri-ciri Winnable candidate.

1.Intergriti- jujur pada diri sendiri dan tuhan.tidak terpalit dengan penyelewengan dan salahguna kuasa.(20)
2.Personaliti-Sedap mata memandang,sihat tubuh badan,baik watak luar dan dalam,peribadi terpelihara(20)
3.Teologi- pegang teguh kepada agama,yakin pada takdir,tawakkal (20)
4.Hirarki- Ada jawatan dalam parti,senioriti dan ada networking(20)
5.Akar umbi-ada base sendiri,faktor keramaian saudara dan sahabat handai,mesra masyarakat,(20)
6.Loyalty-kesetiaan terbukti,tidak pernah sabotaj,sabar walau pernah di kerat tetap setia pada parti(20)
7.Persepsi-bersih dan nampak bersih,tiada persepsi buruk pada fikiran orang ramai.(20)

Semuanya berjumlah 140 markah.Senarai panjangkan calon yang layak.Kemudian beri markah sendiri berdasarkan ketelusan hati bukan kerana sayang.Perlu jujur pada diri sendiri ketika membuat penilaian.Anda akan dapat Winnable candidate di tempat anda.Tak kiralah calon parti mana sekali pun.


Jadi beri tahu aku siapakah WC di dun anda setelah anda mengira dengan ketelusan.Jadi kita pakat sokong ramai-ramai.Yang tak lulus ujian di atas jangan marah!Orang umno sokong WC umno,Orang pas sokong WC pas.Adilkan?Pemimpin di atas tidak tahu semua perkara.Jengok-jengoklah orang di bawah!!!!!!!!!!!!!!!!!
!!!!!