Tuesday, 20 December 2011

AHLI POLITIK MALAYSIA YANG TAKUTKAN BINI!!!

 Фотоподборка за деня / Funny pictures for 02-11-2011



SEMUA ORANG SAYANG BINI.KALAU TAK SAYANG DIA TAK KAHWIN PULAK DENGAN BINI DIA TU.LAINLAH KALAU KAHWIN PAKSA.SIAPA TAK SAYANG BINI WEHHH!!!


TAPI JANGAN TAK TAU,ADA RAMAI YANG TAKUTKAN BINI.SAMADA KERANA SAYANG YANG TERLAMPAU ATAU PUN DAH KENA NASI KANGKANG!


TAK KIRA LAH APA PUN SEBABNYA,TAKUTKAN BINI TETAP JADI WARISAN SEJARAH MANUSIA YANG BERGELAR SUAMI.SAMADA DIA TAKUTKAN BINI ATAU BINI TAK TAKUT AKAN DIA ITU TAK JADI TOPIK DI SINI.


NAK TAU AHLI POLITIK MALAYSIA YANG TAKUTKAN BINI??BACA SETERUSNYA:


Alkisahnya ini adalah kisah benar.Berlaku di sebuah perkampungan di Jerantut.Kisahnya kisah pelik.Semua suami di kampung ini sangat takutkan bini.Kat belakang bini bukan main lagi beraninya.Apabila di depan bini bukan main lagi menikusnya.

Hendak dijadikan cerita,pada suatu hari berkumpullah mereka di sebuah warung.mereka berbincang bagaimana mahu mengatasi masalah yang sedang mereka alami sekarang ini.Begitu bersemangat mereka mengeluarkan pendapat dan buah fikiran.

Ada yang cadang guna bomoh.Ada yang cadang mandi bungalah,ada yang cadang jerkah aje bini tu,dan bermacam-macam lagilah cadangan yang di kemukakan.

Perbualan mereka didengari oleh seorang pendita yang kebetulansedang minum di warung tersebut.Pendita tersebut berjanji akan menyelesaikan masalah mereka nanti.Pendita tersebut meminta mereka berkumpul dibawah sepohon pokok yang rendang di tepi sungai di hujung kampung tersebut.

Maka bertanyalah mereka kepada pendita tersebut alasan apa yang patut diberikan kepada bini mereka nanti.Pendita tersebut suruh cakap mahu pergi memancing.Mereka semua bersetujulah dengan kata-kata pendita tersebut.Terbayanglah di kepala mereka bahawa masalah mereka akan selesai dengan bantuan pendita yang bijaksana lagi bestari.

Keesokan harinya setelah mendapat keizinan bini masing-masing maka berkumpullah mereka di bawah pokok.Pendita pun memulakan ceramah motivasinya dengan penuh bersemangat.Para peserta pun mendengar dengan penuh semangat dan memberikan respon yang sangat menggalakkan.mereka mula sedar dan yakin bila nanti pasti tidak takutkan bini lagi.

Melihat akan keyakinan yang tinggi yang diperlihatkan oleh para peserta yang menyertai kem motivasi tersebut terdetiklah di hati pendita bahawa mereka ini sudah tidak takutkan bini lagi.

Pada akhir program maka pendita tersebut pun bertanyalah,apakah tuan-tuan masih lagi takutkan bini?Tidak lagi.Kami tidak takutkan bini lagi sekarang ni.teriak mereka serentak.Gembira subgguhlan pendita tersebut kerana segala usahanya telah membuahkan hasil.

Maka pendita pun meminta sesiapa yang masih lagi takutkan bini bergerak ke sebelah
kanan.Secara tiba-tiba semua mereka bergerak ke sebelah kanan,kecuali seorang.terperanjatlah pendita tersebut.

Namun hatinya terubat apabila melihat masih ada seorang lagi yang sudah tidak takut lagi pada bininya.Syukurlah,sekurang-kurangnya aku berjaya mengubah walaupun seorang.Mudah-mudahan yang seorang ini dapat pula mengubah yang lain-lain tu secara beransur-ansur.

Pendita itu bertanyalah kepada yang seorang tadi,mengapa kamu tidak bergerak ke kanan seperti kawan-kawan kamu yang lain?Apakah kamu benar-benar sudah tidak lagi takutkan bini kamu?

Sebenarnya tuan pendita,sebelum datang ke mari bini saya dah pesan,jangan ikut apa yang orang lain buat.

Ya Allah!jerit pendita tersebut.Rupanya kamu paling takutkan bini berbanding yang lain.Kamulah penakut bini tegar.Pendita pun rebah lalu pengsan kerana terlalu terkejut ilmunya tak menjadi.

Senario ini lah yang terjadi kepada segelintir ahli-ahli politik Malaysia.Jerkah sikit aje dan kecut telur.

Persoalannya sekarang apakah Kisah ini kisah benar?Ntah,aku pun kurang Pasti. 


NAK TAU SIAPA AHLI POLITIK MALAYSIA YANG TAKUTKAN BINI???

SIAPA YE??BOLEH TAK SESIAPA BERITAU AKU SIAPA ORANGNYA???????

 Фотоподборка за деня / Funny pictures for 02-11-2011

2 comments:

Anonymous said...

Presiden ada kuasa pecat ahli di lain-lain peringkat jawatan.

Justeru kalau si bini jadi presiden mana-mana organisasi yang disertai juga oleh si suami, tentulah si isteri tidak takut terhadap suami!

Dalam lain perkataan suami berkenaan bakal menjadi individu yang takut pada isteri.

Betulkan?

Kutukandewata said...

betul sangat weh cakap awok tu!!

Itu baru jadi presiden organisasi tertentu,kalau bini barisan kabinet negara tidak takutkan suami mampussss kita..

Betul tak?