Thursday, 24 October 2013

WANG BUKANLAH SEGALA-GALANYA TETAPI SEGALA-GALANYA ADALAH WANG!!!





Kali ini saya ingin mengutarakan pendapat berkenaan mereka yang 
terlalu mementingkan wang ringgit hingga mengenepikan benda-
benda yang mereka anggap kecil tetapi hakikatnya amat bernilai
 dalam hidup mereka...

Seorang sahabat saya,seorang wanita yang amat 
mementingkan wang,malahan mengakui bahawa dirinya 
sememangnya materialistik...Beliau mengutamakan wang
 sehinggakan di dalam pencarian pasangan hidup,beliau 
hanya inginkan seorang lelaki yang mempunyai kerjaya yang 
lebih baik daripada dirinya...Motto hidup beliau ialah
 "Wang bukanlah segalanya tetapi segalanya memerlukan 
wang"...

Saya tidak menyalahkan beliau kerana dalam kehidupan kita 
serba moden kini,setiap perkara yang kita lakukan memerlukan 
wang,hatta untuk membuang air kecil sekalipun kita memerlukan 
sekurang-kurangnya dua puluh sen jika berada di tempat awam...

Namun yang menjadi masalahnya ialah apabila kita terlalu 
mementingkan wang sehingga kita sanggup mengorbankan 
kebahagiaan diri hanya kerana pasangan kita tidak setaraf 
dengan kita...

Itulah yang berlaku kepada sahabat saya ini...Beliau sanggup 
untuk mengenepikan cinta dan hidup bersendirian daripada 
menerima cintalelaki yang tarafnya lebih rendah dari beliau...

Beliau seorang yang cantik dan terdapat beberapa orang lelaki 
yang ingin menjadikan beliau teman istimewa tetapi kerana 
kedudukan yang tidak setaraf,agak sukar untuk beliau 
menerima kehadiran lelaki di dalam kehidupan beliau...

Bagi saya,apalah ertinya wang ringgit yang banyak atau 
melimpah ruah jika kita tidak mendapat kebahagiaan...???
Mungkin dunia kini, apa jua yang kita lakukan memerlukan 
wang tetapi hakikatnya wang tidak mampu membeli cinta...

Wang tidak mampu membeli kebahagiaan...Wang tidak mampu 
membeli kejujuran...Wang tidak mampu membeli kesetiaan...
Dan banyak lagi perkara yang sebenarnya tidak mampu dibeli 
dengan wang...

Malahan sahabat saya ini selalu menyatakan mungkin jodoh 
belum ada kepada soalan kenapa masih solo walaupun memiliki 
wajah yang cantik dan kerjaya yang bagus...

Mungkin benar jawapan tersebut namun jodoh juga perlu 
dicari,bukan hanya menunggu dan menanti untuk ianya sampai...
Kenapa saya berkata begitu...???

Kerana ada beberapa orang lelaki yang serius ingin 
menjalinkan hubungan dengan beliau tetapi ditolak kerana 
alasan yang sama...Semuanya kerana taraf dan wang...

Setiap perkahwinan,Allah telah menjanjikan rezeki masing-masing...
Dan itulah janji Allah...Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit 
tetapi mungkin kebahagiaan,keharmonian,anak-anak,dan sebagainya...

Maka tidak perlu bimbang andainya pasangan kita taraf 
ekonominya lebih rendah dari kita kerana kita tak akan pernah 
tahu apa yang akan berlaku di masa depan...Apa yang penting 
kita sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik di dalam 
kehidupan kita...

Saya ingin mengambil sedikit kata-kata daripada seorang sahabat 
yang beliau letakkan di status muka buku beliau baru-baru ini...
Status tersebut berbunyi begini:

"Percayalah...wang bukan segalanya...jika kamu menjadi hamba 
kepada wang ringgit yang kamu damba,ruginya kamu...sering saja 
terlepas dari saat-saat penting dan indah bersama insan yang 
kamu cinta..."

Sememangnya itulah kebenaran dalam kehidupan ini...
Apabila kita terlampau taksub mengejar wang ringgit dan 
mengenepikan perkara lain,akhirnya kita pasti akan hilang 
saat-saat yang sepatutnya kita hargai bersama insan yang 
tersayang...

Malahan sejujurnya,saya amat menghormati insan yang 
mempunyai pemikiran seperti ini...Dewi (bukan nama sebenar),
iaitu pemilik status yang saya pinjam ini merupakan seorang 
insan yang amat penyayang dan sentiasa menghargai insan 
tercinta...

Si suami sentiasa menjadi keutamaan bagi beliau dan saat bersama 
suami menjadi sesuatu yang terlalu berharga yang tidak mungkin 
mampu dibeli dengan nilai semua wang ringgit mahupun wang dolar
 atau mungkin wang rupiah di selurub dunia ini...

Bagi saya,setiap saat yang berlalu amatlah berharga...Jangan disia-
siakan setiap detik waktu...Sememangnya kita memerlukan wang di
 dalam hidup tetapi jangan sesekali menjadi hamba wang hingga 
kita tidak menghargai insan yang menyayangi kita dan yang kita 
sayangi...

Detik yang berlalu tak mungkin akan kembali...Hargailah setiap 
saat bersama orang tercinta kerana kita takkan pernah tahu bila 
mereka atau kita akan dijemput oleh Malaikat Izrail untuk
 "pulang"...

Wassalammua'laikum warahmatullahi taala wabarakatuh...
Posted by 

1 comment:

Anonymous said...

Ikuti seksyen 165 Undang2 Keseksaan.