CUEPACS MINTA BONUS, KENAIKAN BEBERAPA ELAUN TETAP KAKITANGAN AWAM PADA BAJET 2014
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta
kerajaan memperuntuk pemberian bonus
dua bulan dan menaikkan beberapa elaun
tetap termasuk perumahan dan sara hidup
kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet
2014.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata
kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan
elaun itu berikutan peningkatan kos sara
hidup terutamanya setelah subsidi petrol
dikurangkan baru-baru ini.
Menurutnya Cuepacs amat berharap
imbuhan tetap perumahan dinaikkan
mengikut gred setelah 15 tahun berada
pada
paras sama selain mengambil kira
ketidakmampuan golongan rendah dan
sederhana memiliki rumah berikutan
harga
semakin meningkat kini.
Cuepacs turut memohon elaun sara hidup
(Cola) antara kawasan bandar dan luar
bandar diselaraskan kepada RM300 kerana
kos sara hidup di semua kawasan tidak
banyak
berbeza.
Kongres itu juga mahukan kerajaan menurun
kan kadar faedah pinjaman perumahan untuk
penjawat awam daripada 4 peratus kepada
1 peratus berikutan kenaikan harga rumah.
Sementara itu, Omar berkata Cuepacs
menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri
Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai
pelepasan cukai untuk golongan
berpendapatan sederhana
yang dijangka
diumum dalam bajet kali ini.
Bagaimanapun, Omar berharap kerajaan
dapat memberikan lebih banyak mekanisme
subsidi kepada golongan itu kerana mereka
tidak layak menerima bantuan lain seperti
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang
dinikmati golongan berpendapatan rendah.
"Sudah tentu ini berita gembira buat kita
jika ia diumumkan. Namun, kita berharap
lebih
banyak bantuan atau subsidi lain
diumum
untuk penjawat awam," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dijadual membentangkan Bajet 2014 pada
25 Okt ini-blogrzcrew.
1 comment:
Pilihanraya 13 dah berlalu.Masa nak pancing undi PRU 14 lambat lagi..
Nak dapat sebulan bonus pun belum tentu lagi lah bro...
Post a Comment