Sunday, 6 October 2013

SUDAH BERANI MELAKONKAN ADEGAN SEKS!!!



Pelakon Johan As'ari tidak mahu adegan panas 
yang pertama kali dilakonkannya dalam filem 
seram Paku cuba disensasikan.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As’ari, 
27, berkata ketika melakonkan adegan itu, dia 
yang bergandingan dengan pelakon baru 
Aishah Alias telah meminta beberapa krew 
sahaja dibenarkan berada di set tersebut 
ketika babak itu dilakonkan.

"Saya pertama kali bawa watak yang saya 
sendiri tidak tahu bagaimana untuk melakon
kan kerana saya belum berkahwin, begitu 
juga Aishah, jadi kami minta agar krew yang 
tidak terlibat keluar daripada set tersebut.

"Saya tidak mahu perkara ini akan menimbul
kan fitnah dan mengelakkan gambar yang 
tidak sepatutnya diambil dan tersebar," 
katanya kepada mStar Online.

Tambah Johan, walaupun tiada sebarang aksi 
yang bersentuhan dan hanya menggunakan
 teknik kamera namun dia mahu lebih berhati-
hati dengan perkara berkaitan sensitiviti masyarakat.

Sementara itu, bercerita pengalaman melakon
kan adegan tersebut, Johan berkata, dia 
terpaksa berlari mengelilingi kawasan lokasi 
bagi mendapatkan ekspresi yang sepatutnya.

"Saya bertanya kepada pengarah macam 
mana nak buat aksi ini, dia kata ia seperti 
selepas bermain bola, jadi saya terpaksa 
berlari mengelilingi kawasan lokasi terlebih 
dahulu untuk mendapatkan perasaan itu," 
katanya.

Dalam pada itu, Johan yang pertama 
kali melakonkan cerita seram ini 
mengakui teruja dengan jalan cerita yang 
berbeza daripada filem seram lain.

"Ketika menerima tawaran ini, saya baca 
skripnya sangat kuat dan menarik, watak 
yang saya bawa pula lebih banyak bermain 
dengan emosi.

"Pada saya watak Fahmi yang tidak dapat 
menerima kehilangan isteri itu memerlukan
 saya banyak menangis dan mencabar 
lakonan saya," katanya.

Filem Paku berkisarkan tentang seorang 
suami yang tidak dapat menerima kematian 
isteri, lantas menggunakan ilmu hitam 
untuk menghidupkan kembali isterinya.

Filem terbitan Nusantara Seni Karya ini 
turut dibintangi oleh Azad Jasmin, Diddy Hirdi, 
Zaidi Omar dan Kamal Adli.

No comments: