Thursday, 3 October 2013

SI KEDEKUT VS SI PEMURAH!!!

sekadar hiasan!!!











































Ahli parlimen adalah wakil rakyat untuk semua.Tak kira umno ke mca ke,pas ke.Ketua bahagian Umno adalah untuk menjaga kepentingan umno.Memperkasakan Umno.Memastikan program berjalan untuk memperkuatkan umno.Ahli parlimen di pilih pucuk pimpinan Umno.


Dengan lobi dan kroni yang kuat sesiapa saja boleh jadi ahli parlimen! Tiada jawatan dalam parti pun boleh jadi calon parlimen.Cukup dengan menyuap agensi-agensi tertentu di bantu pula oleh mubarak,kenalan MB atau mengugut presiden parti maka jadilah ahli parlimen.


Ketua bahagian pula lebih kemas dan utuh kerana dia dipilih oleh ahli-ahli akar umbi.Sebab itu pemimpin yang mendengar denyut nadi rakyat selalunya terpilih.Membantu ahli-ahli ketika susah tidak kira waktu.Pemimpin yang rasa dirinya elit atau perasan dirinya hebat sangat hanya kenal kita ketika nak undi kita aje.

Bezanya orang yang kedekut dengan orang yang pemurah ialah,si kedekut dia tetap kedekut.Ketika dia perlukan undi kita pun dia kedekut.Minum air di kedai kopi pun dia takut sebab kedekut nak bayar air.Apa lagi kalau dia menang nanti,muka kita pun dia geli nak pandang! 


Si pemurah lain,dia sentiasa bersama kita,minum sekali,bersembang tak kira waktu baik waktu pemilihan ke,tak pemilihan ke dia tetap bersama rakyat marhaen macam kita.Ketika ahli-ahli yang susah datang mengadu dia tetap bantu,kerana dia tahu dalam rezeki dia ada rezeki orang lain.10 rm dipoketnya mungkin hanya 2 rm rezeki dia,8 rm lagi rezeki orang lain.Inilah sebenarnya yang melambangkan islam! Bukan yang dilakon-lakon depan orang ramai.Lakonan itu tak dapat tidak tetap bersertakan rasa riak dan takbur!

No comments: