Friday, 25 October 2013

PENJENAYAH DITATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH!!I INILAH DASAR PAKATAN HARAM!!!

Kes Tembak Mati Pegawai AMBank ; Foto 

Peguam Celaka Ini Pertahankan Pembunuh?



Pegawai Ambank yang ditembak mati oleh pengawal keselamatan telah selamat dikebumikan namun pembunuhnya masih lagi bebas. 


Pastinya keluarga mangsa masih bersedih diatas pemergian orang yang tercinta. Arwah telah meninggalkan seorang suami dan dua orang anak yang masih kecil.


Tanah kubur yang masih merah dan keluarga yang sedang berkabung, tiba-tiba seorang peguam PKR N. Surendran didakwa membuat kenyataan yang akan menambahkan kesedihan keluarga mangsa. 


Mengikut sumber, N. Surendran akan membela pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pekerja Ambank semalam. 


Laporan memetik N.Surendran yakin pengawal keselamatan terrsebut mengalami tekanan dan menjadi tugas untuk beliau mempertahankan pengawal Keselamatan tersebut dan mengelakkan hukuman gantung sampai mati jika pengawal keselamatan tersebut disabitkan dengan kesalahan membunuh. 


Keluarga pengawal keselamatan yang membunuh pekerja Ambank juga dilaporkan telah berjumpa dengan N. Surendran bagi membantu dalam kes pembunuhan ini.


JIKA BENAR DAKWAAN TERSEBUT, amat malanglah kepada rakyat Malaysia kerana penjenayah akan terus terbela dan mangsa akan teraniaya sampai bila-bila. 


Aku yakin peguam PKR ini akan menggunakan seluruh tenaga fikiran untuk memastikan pembunuh tersebut terlepas daripada hukuman dengan alasan-alasan teknikal di dalam undang-undang. Benar, yang dituduh wajar membela diri demi keadilan ditegakkan tetapi bagaimana pula keadilan kepada keluarga mangsa?


Inilah konsep liberal yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Kedaulatan undang-undang akan dicabar daripada segenap aspek. Seseorang itu akan terus dibela untuk “membersihkan diri” sehingga mengenepikan tuduhan asal melalui alasan teknikal. Inilah namanya kebebasan yang menafikan kebebasan orang lain.


Pakatan Rakyat yang  memperjuangkan hak asasi rakyat menurut perlembagaan namun hak asasi orang lain pula dinafikan...

2 comments:

Anonymous said...

bodoh pulak aku tgk blog ni .... owner blog toksah citer la mmg bodoh sokmo gileer... undi pembangkang maka undi DAP???... abih undi BN bukan undi MCA... haii kesian kerana nak duit blog ni sanggup jadi lembu2 BN... macai forever

Anonymous said...

kalau blog ni jadi lembu BN, boleh nampaklah dia Angguk Saja kata BN ! ni KJ pun dia hentam !