Rakyat Kelantan Tidak Perlukan UMNO Lagi.....
Berbeza pandangan mengenai isu Naib Presiden
Pas, Datuk Husam Musa yang mengkritik
Kerajaan Negeri Kelantan, Bekas Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri
Annuar Musa menyatakan Umno di negeri itu
perlu malu dengan tindakan berani pemimpin itu.
Menurutnya, isu pentadbiran negeri tersebut
seharusnya Umno yang perlu memainkan
peranan sebagai pembangkang.
"Umno patut malulah sebab sepatutnya Umno
yang bangkang.
"Ini Husam pula yang tolong bangkang. Patut
orang Umno kena malulah," katanya kepada
Sinar Harian Online, dalam satu wawancara
khas baru-baru ini.
Tambahnya, Umno tidak boleh menganggap
tindakan Husam tersebut membantu parti untuk
menang dengan mudah.
"Sebab orang tengok, Pas dia sendiri tolong betul
kan diri dia sendiri.
"Kita pula tengok, oh sebab Husam tolong
bangkang, maka kita akan menang dengan
mudah. Tidak macam itu politik ini," ujarnya.
Dalam sidang Dun Kelantan 8 Oktober lalu,
Husam yang juga Adun Salor kerajaan negeri
menarik perhatian ramai apabila mendedahkan
beberapa tindakan kerajaan negeri yang
disifatkannya tidak wajar dan menyimpang
daripada konsep ketelusan.
Antara yang disentuh adalah permohonan
aktiviti pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat
di Machang oleh sebuah syarikat melalui proses
runding terus dan kenaikan tarif air yang berkuat
kuasa Ogos lalu.
Bagaimanapun, Annuar yang juga Ahli Parlimen
Ketereh itu turut memuji tindakan Husam yang
dikatakan mencuba untuk menyedarkan kerajaan
negeri itu dari terus melakukan kesalahan.
"Tapi baguslah Husam sudah tunjuk contoh.
Kalau Husam tolong membangkang Pas, maka
Pas akan terselamat kerana Husam.
"Jadi, apa yang Husam buat membantu kerajaan
Pas, menyedarkan kerajaan Pas.
"Tapi kalau Umno terus lena...oh tak mengapa
lah Husam tolong buat kerja, Husam buat kerja
bukan nak tolong matikan Pas tetapi dia buat
nak selamatkan parti dia.
Jadi kena sedarlah, wakil-wakil rakyat yang
berjuang dalam Dun dan pemimpin-pemimpin
tempatan," katanya.
***
Sebab tu aku kata kalau PAS dah ada
pembangkang untuk betulkan kelemahan
mereka sendiri maka rakyat Kelantan tak
perlu lagi pilih UMNO kerana peranan UMNO
boleh diambil alih oleh PAS. Menghabiskan beras
aja undi UMNO ni kalau nak jadi pembangkang
pun mereka tak reti.
No comments:
Post a Comment