Oki Setiana Dewi |
benar seorang artis filem dan sinatron terkenal Indonesia, kerana
penampilannya tidak seperti artis-artis lain yang sering mendedahkan
aurat, sebaliknya Oki Setiana Dewi mengenakan jilbab labuh menutupi
sehingga paras dadanya. Bertambah cantik dan ayu.
Oki memakai jilbab sejak usia 16 tahun dan sebelum berlakon filem”
tutur Oki.
Ketika usianya 16 tahun ia bertekad mahu menjadi seorang solehah,
meskipun ia menyedari ilmu agamanya sangat minimum ketika itu.
Namun telah tertanam dalam hati nuraninya satu perasaan bahawa
perjalanan hidupnya kini menuju Allah SWT. Memakai kerudung adalah
satu perintah agama, untuk menjaga keselamatan wanita, justeru tiada
alasan untuk muslimah mengingkarinya.
Sehingga jika datang keinginan untuk melakukan hal-hal yang ditegah
agama, ia teringat kerudung yang dipakainya, lantas tak jadi melakukan
nya. Kata Oki yang ketika itu tinggal di Batam, Riau bersama orang
tuanya.
Namun memakai jilbab atau kerudung dalam usia muda pastinya banyak
cabaran. Pernah orang bertanya, kenapa sih kamu pakai kerudung, bukan
kah itu pakaian Arab? Oki lantas menjelaskan, ini bukan pakaian Arab tapi
pakaian Islam bagi muslimah. Beritahu Oki di acara bicara Selebriti malam
itu.
Oki sejak dari kecil bercita-cita mahu jadi artis, namun setelah
berubah ke jalan Allah dengan memakali kerudung dalam usia 16
tahun, ia merasakan peluangnya untuk menjadi artis tertutup rapat.
Cita-citanya harus dikuburkan kerana mana ada direktor filem mahu
mengambil wanita yang memakali kerudung sebagai artis. Lantas
Oki bercita-cita pula mahu menjadi guru.
Selanjutnya, kata Oki “Suatu hari, tanpa diduga, terima telefon dari
direktorfilem. Kamu ditawarkan berlakon filem. Belum usai percakapan,
Oki beritahu, aku sekarang memakai jilbab. Mana bisa…Jawab direktor.
Bisa!”
Mendengar tawaran itu, cita-citanya mahu jadi artis filem seperti
hidup kembali. Ia berlari ke musolla lantas mengadu kepada Allah
SWT. “Ya Allah, aku sekarang sedang berlari menuju-Mu. Manakala
rezeki juga di tangan-Mu. Jangan persulitkan rezekiku lantaran jilbab
ku ini. Namun paling penting, apakah dengan pekerjaan ku (rezeki)
sebagai pelakon filem kelak akan berpaling dari-Mu?
Oki diterima berlakon untuk filem “Ketika Cinta Bertasbih” yang
diangkat dari novel Islami terkenal hasih karya Habiburrahman
El-Shirazy dan diberiperanan sebagai ustazah Ana. Filem itu bukan
saja diminati di Indonesia, bahkan Malaysia.
Menurut Oki, maklum balas yang diterimanya selepas publik
menonton filem KCB, ramai remaja perempuan mula memakai
kerudung. Ini adalah kesan positif yang diterima mereka lewat
filem itu. Dan ini merupakan salah satu dari uslub dakwah.
Oki pernah mendeklamasi sebuah puisi berkait dengan
pengalamannya selama 4 hari di Kelantan dan kesempatan
berjumpa dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Nik Mat di kediaman rasmi Tok Guru, di JKR 10.
Negeri Kelantan Seindah Namamu
Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku lewati
Taat menjunjug al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku duga
Bertemu seorang ulama’
Yang dicintai rakyatnya
Lalu…
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit Cuma
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama’
Yang lembut… tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga kita bertemu kembali
cair beb! |
4 comments:
Yang pastinya gadis cun ini bukannya puteri atau wanita umnogok.
juga bukan muslimah pasikun!
Ketua wanita umnogok, contoh betina bertudung tapi bergelumang rasuah dan maksiat. Pencacai tetap macai, dulu kini & selamanya.
Buta hati perut. Busuk sampai keusus. Bak kata Mamak Kutty, "orang bodoh saja yang ada dalam umnogok".
jika benar mengumpat!jika bohong fitnah!kutuk peribadi kau tanggunglah sendiri!muflis di akhirat kau tanggung sendiri!
Post a Comment