Saturday 3 November 2012

BINATANG DARI NERAKA JAHANAM.


.

Binatang Dari Neraka Jahanam


Dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila 
tiba hari kiamat nanti maka akan keluar 
seekor binatang dari neraka Jahannam yang 
digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah 
jarak antara langit dan bumi dan lebarnya 
pula dari timur hingga ke barat.


Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s 
berkata, “Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan 
kamu hendak mencari siapa?”


Lalu berkata Huraisy : “Aku mencari lima jenis orang .”
1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap 
dalam masjid hal dunia.