Wanita Ini Samakan Pakaian Wanita Muslim Dengan Kostum Batman
Pakaian yang menutup aurat sememangnya dituntut dalam agama Islam bagi orang perempuan..
Namun, pakaian seumpama itu telah mendapat pandangan negatif daripada seorang editor majalah di New York apabila menyamakan pakaian itu seperti kostum Batman..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..
Sebuah majalah yang berpangkalan di New York,
VICE baru-baru ini telah menerbitkan sebuah artikel
yang dianggap telah menyinggung perasaan wanita Muslim.
Artikel yang dikarang oleh wakil editor fesyen,
Annette Lamothe-Ramos itu menceritakan mengenai
pengalamannya memakai hijab (pakaian wanita muslim
+ purdah)
selama satu hari mengelilingi bandar New York.
Dalam artikel yang ditulisnya, semasa dia memakai
pakaian seperti yang dipakai kebanyakkan wanita
Muslim itu dan mengelilingi tempat-tempat awam
di bandar New York, kelihatan ramai orang yang takut
akan dirinya ketika itu, malah anjing perliharaannya
juga takut semasa dia mengenakan pakaian tersebut.
Ayat yang membuat kan umat Islam tersinggung terutama
sekali golongan wanita Muslim ada lah semasa dia berasa
dirinya seakan-akan Batman apabila mengenakan hijab.
Dia juga mendakwa
berasa sangattidak selesa dan menyebabkan dia berpeluh
dengan banyak. Kata Annette lagi, apa yang bagus
mengenai pakaian ini ialah anda tidak perlu lagi
menggunakan payung sekiranya hari hujan.
Artikel yang
ditulisnya mendapat banyak komen-komen negatif dari
para pembaca. Kebanyakkan mereka memberitahu bahawa
artikel yang ditulisnya telah mengguris hati dan perasaan
wanita Muslim.
Annette juga
yang tidak sensitif dan memiliki perasaan kerana secara
semberono mengatakan pakaian wanita Muslim menyerupai
kostum Batman.
Walaubagaimana pun, di bahagian
akhir
artikel nya,dia menegaskan yang hasil daripada
'eksperimen' nya itu, dia mampu mempelajari untuk
lebih menghargai wanita yang memakai hijab dan purdah.
- Daily Mail
No comments:
Post a Comment