Sunday, 4 November 2012

Legging Seksi VS Seluar Londeh.

.Budaya Legging Seksi VS Seluar Londeh.





Ramai di antara wanita di luar sana beragama Islam tetapi memakai seluar ketat dan legging di khalayak ramai dan menjadi tontonan percuma para lelaki-lelaki. 



Dan ramai juga wanita Islam menyangka "Boleh, apa salahnya pakai legging  asalkan pakai baju labuh". Hakikatnya, wanita Islam tetap tidak boleh memakai seluar yang berkain nipis dan ketat. 



Seluar jeans ketat pun sudah dipersetujui HARAM oleh para alim agama, apatah lagi legging yang sudah jelas menampakkan bentuk betis, paha dan punggung mereka.


Pakai tudung ? Bagus ! Itu menepati kehendak Islam. Tetapi kenapa anda perlu memakai bersama seluar ketat dan legging? Itu namanya mencampur adukkan yang halal dengan yang haram. Air dan minyak tidak boleh bercampur.



Tudung + Baju labuh dan longgar + Seluar longgar = HALAL

Tudung + Baju sendat dan kontot + Seluar ketat dan legging = HARAM 

Tudung + Baju labuh + Legging = HARAM




Walaupun legging dipakai bersama tudung dan baju paras lutut sekalipun, ia tetap tidak sesuai dari segi peraturan pemakaian Islam kerana bahagian betis wanita yang gebu masih nampak 'ketat'. 



Bukan lucah atau kasar, tetapi itulah kesannya memakai legging di tempat terbuka. Memang wanita Islam yang sudah tahu dirinya mempunyai betis yang mampat, paha yang gebu dan punggung yang agak besar tetapi berani memakai legging ketat bersama baju pendek di hadapan lelaki-lelaki bukan suami.



 Amat mudah para lelaki untuk mengscan apa yang terselindung di sebalik legging itu. Kemudian, bermain-mainlah idea-idea kotor dan fantasi cabul, rogol di dalam minda lelaki-lelaki itu.






Lelaki pulak dengan budaya seluar londehnya. Aku tak tahu la apa mesej yang cuba disampaikan oleh si pemakai seluar londeh ne? Nak tunjuk jenama boxer atau seluar dalam dia ke? 



Nak kata keding pun tak juga sebab tali pinggang ada kat situ. Kepada yang suka pakai seluar londeh, gaya seluar londeh anda merupakan satu gaya yang menyakitkan mata.



Masalahnya boleh pulak mereka rasa bangga bila menampakkan seluar dalam mereka. Minda mereka ne semua dah terbalik. Hebat dalam pendidikan dan kerjaya tapi mundur dan kurang beradab dalam etika pemakaian. 




Entah ke mana hilangnya rasa malu tu. Budaya barat ramai nak ikut. Sunnah nabi semua tolak ke tepi dengan alasan kolot. Mungkin pemakai seluar londeh ne diorang rasa stylo dengan berpakaian seperti itu.



 Mungkin juga mereka berasa janggal bila berpakaian sopan seperti yang ditetapkan dalam Islam. Entah la. Kalau boyfriend anda berpakaian seperti ini, apa anda akan buat?




Fikirlah sendiri. Inilah dunia fesyen. Banyak yang negatif berbanding positifnya. Teguran kerana anda juga saudara sesama islam.


No comments: