Kesan Onani Kepada Lelaki!
Kesan Onani Kepada Lelaki ini adalah artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia.
Oleh DR. MOHD ISMAIL MOHD. TAMBI
SEJAK kebelakangan ini, Mazlan menyedari dia mula menggemari dengan ‘hobi’ barunya.
Apabila telah sebati dengan hobi barunya, pasti dia ‘sukar’ meninggalkannya.
Dalam tempoh sebulan sekurang-kurangnya dia akan mengulangi beronani antara tiga hingga empat kali.
Anak kelahiran Mentakab, Pahang
ini yang suka membaca, rupa-rupanya menyedari bahawa ‘hobi’ tersebut
mungkin boleh mengundang ‘musibah’ andai dia meneruskan tabiat tersebut.
Kesan Onani Kepada Lelaki!
Dia menyedari, lebih banyak keburukan dari kebaikan. Paling membimbangkannya, setelah beberapa lama leka dengan hobinya, Mazlan mendapati
kerandut zakarnya tidak seimbang. Selain kerandut zakarnya yang berat
sebelah, itu, banyak urat tersimpul di sebelah kiri zakarnya.
Semasa beronani, Mazlan menyedari bahawa dia tidak mencapai tahap klimaks yang diingininya dan cepat berasa letih.
Bimbang dengan kesan sampingan yang bakal ditanggung, Mazlan kini semakin tertekan, kalau-kalau apa yang ditakutinya menjadi kenyataan.
Perasaan malu yang menebal menyebabkan Mazlan enggan berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Bagaimanapun, Mazlan menyedari dia tidak boleh membiarkan dirinya terbelenggu dengan persoalan. Akhirnya Mazlan memutuskan mendapatkan bantuan doktor.
DR. ISMAIL: Amalan onani atau juga dikenali sebagai melancap merupakan amalan turun-temurun yang kekal sehingga kini.
Amalan
ini boleh dikatakan sebagai amalan semula jadi kepada kita sebagai
permulaan untuk mengenali tentang diri kita sendiri, naluri, rangsangan
syahwat dan sebagainya.
Amalan
onani terjadi kerana nafsu syahwat yang berlaku secara langsung dan
tidak langsung memberi rangsangan kepada individu itu untuk melakukan
sesuatu semata-mata ingin merasai nikmat keseronokan, kelegaan,
ketenangan dan kepuasan syahwat.
Kebanyakan
individu yang melakukan onani adalah mereka yang suka keseorangan dan
suka berkhayal. Mereka akan memikirkan perkara-perkara yang boleh
menimbulkan rangsangan kepada nafsu syahwat.
Apabila
senario ini berjaya merangsang nafsu, mereka akan mula menyentuh
bahagian tubuh badan yang dapat merangsangkan syahwat, bagi menikmati
kemuncak syahwat.
Mereka akan rasa puas dan mendapat kelegaan dan jika itu sudah mencukupi mereka akan tidur atau melakukan perkara biasa.
Jika nikmat kemuncak tersebut tidak mencukupi mereka akan melakukan sehingga mendapat kepuasan batinnya.
Mereka
yang melakukan onani adalah untuk keseronokan kendiri sahaja. Malah,
rata-rata tidak terfikir bahawa perbuatan mereka boleh menjejaskan
kesihatan jika amalan tersebut di luar kawalan.
Mereka
yang suka melakukan onani tidak semestinya mereka yang suka membaca
atau menonton cerita-cerita yang boleh mengundang kepada rangsangan
syahwat.
Khayalan adalah perangsang utama mencetuskan kehendak untuk beronani.
Satu
kajian rambang yang dijalankan di kalangan remaja tentang amalan onani
mendapati lelaki melebihi kaum perempuan di mana sebanyak 70 peratus
lelaki berbanding 40 peratus perempuan.
Amalan ini biasanya ditinggalkan apabila mereka mempunyai aktiviti sosial yang stabil.
Didapati
amalan melakukan onani tidak mengenal bangsa ataupun agama. Mereka yang
melakukan onani adalah orang yang mempunyai fantasi seks yang
keterlaluan sehingga mereka tidak dapat mengawal diri dan tewas dengan
godaan fantasi tersebut.
Jika
mereka dapat mengawal emosi dan perasaan, sudah pasti mereka tidak akan
melakukan onani walaupun mereka terdedah dengan perkara yang
merangsangkan syahwat.
Remaja prabaligh adalah golongan orang yang paling banyak melakukan onani jika dibandingkan dengan golongan dewasa.
Orang
dewasa mempunyai fikiran yang matang dan dapat mengenal dirinya sendiri
berbanding remaja yang masih dengan pemikiran yang kurang matang dan
bertindak mengikut perasaan.
Kesan
jangka masa panjang untuk seseorang yang melakukan onani akan
menyebabkan mereka menjadikan onani sebagai satu tabiat yang biasa untuk
dilakukan jika keinginan naluri mereka berada pada tahap yang tidak
dapat dikawal lagi.
Mereka
akan ketagih melakukan tabiat tersebut jika mereka inginkan keseronokan
tetapi pada mereka yang merasakan onani satu tabiat yang buruk, mereka
mestilah cepat bertindak supaya keseronokan kendiri dapat dikawal dengan
baik.
Dari segi kesihatan pula, amalan onani boleh menekan kesihatan bagi mereka yang melakukannya.
Ini tertakluk kepada amalan dan cara gaya onani yang dilakukannya.
Ada
sesetengah mereka mengalami kecederaan alat kelamin sehingga luka
berdarah, dengan batang zakar terasa sakit yang berpanjangan dan boleh
juga menyebabkan kerosakan pada urat saraf zakar.
Apa
yang pasti kesan jangka masa panjang adalah menyebabkan seseorang itu
mati pucuk jika mereka gemar beronani secara berterusan dengan cara yang
ganas itu.
Melakukan
onani berpanjangan akan menyebabkan seseorang itu tidak akan mencapai
keseronokan dan kepuasan apabila melakukan hubungan seks dengan
pasangan, setelah berkahwin.
Hakikatnya,
banyak kesan sampingan yang dikaitkan dengan amalan onani seperti lemah
tenaga batin dan kerosakan kemaluan seperti urat bersimpul, kemandulan
dan masalah zuriat terencat.
Kesemua
ini tidak ada kaitan dengan masalah yang biasa berlaku akibat amalan
beronani selain daripada perkara yang telah dijelaskan awal tadi.
Bagaimanapun, ada waktunya onani boleh dilakukan, iaitu jika perbuatan itu boleh menghalang lelaki terbabit daripada berzina.
Mereka yang menghadapi masalah ini dinasihatkan supaya, meningkatkan daya kawalan diri atau jati diri.
Ini
boleh dilakukan dengan mengelakkan diri daripada berseorangan atau
membaca buku yang mengghairahkan, menonton gambar yang merangsangkan,
melayari laman web lucah dan sebagainya.
Maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada :
Atau anda boleh mengambil pengajaran daripada :
Remaja Gila Seks Mati Selepas Melancap 40 Kali Sehari!
No comments:
Post a Comment